Azizan Abdul Razak
| Yang Amat Berhormat Dato' Seri DiRaja Ustaz Hj. Azizan Abdul Razak |
|
|
Menteri Besar Kedah ke-10
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 9 Mac 2008 |
|
| Didahului oleh | Datuk Seri Mahdzir Khalid |
|---|---|
|
Pesuruhjaya PAS Kedah
|
|
| Tempoh berjawat 2008 – kini |
|
|
|
|
| Tempoh berjawat 2000 – 2008 |
|
|
Ahli DUN
bagi N20 Sungai Limau |
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 8 Mac 2008 |
|
|
|
|
| Parti politik | |
| Pekerjaan | Menteri Besar,Bekas Pensyarah, Ahli Dewan Undangan Negeri |
| Agama | Islam |
Dato' Seri DiRaja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak (Jawi: استاذ حاج عزيزان عبدالرازق) merupakan Menteri Besar Kedah Ke-10 selepas Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Kedah. Beliau menjadi Menteri Besar selepas PAS dan Parti KeADILan Rakyat membentuk kerajaan negeri Kedah atas kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008.
Isi kandungan |
[sunting] Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, pernah belajar di Maktab Mahmud pada tahun 1959-1965. Ustaz Azizan berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar dan undang-undang dari University of Kent, Canterbury, United Kingdom.
[sunting] Kerjaya
[sunting] Pengalaman Kerjaya
Ustaz Azizan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Harakah dan tenaga pengajar di sekolah yang didudukinya iaitu Maktab Mahmud, Alor Setar pada tahun 1966. Beliau pernah menjadi pensyarah pelawat Mindanao State University, Filipina dan pensyarah sambilan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)(1983-1984, 1986-1995). Beliau fasih berbahasa Melayu (loghat Kedah) , bahasa Inggeris,bahasa Arab dan bahasa Filipina.
[sunting] Pengalaman Antarabangsa
- Muktamar Al-Haj Anjuran All Indian Iranian Association New Delhi, India (1980)
- Pembentangan Kertas Kerja di 1st ASEAN Syariah Administration Conference Workshop, Manila (1983)
- Persidangan Gerakan Islam Sedunia, Turki (1995)
- Persidangan Islam Sedunia, Lubnan (2001)
- Conference of South East Asia Islamic Law, Manila
[sunting] Penulisan Antarabangsa
- Dirasah Hawla At Tashriq Al Islami, terbitan Kementerian Hal Ehwal Agama Islam Filipina
- Introduction to Islamic New Jurisprudence, terbitan Office of Muslim Affair and Cultural Communities, Quezon City, Filipina 1986
- Syariah, Adat and Command Low Amongst the Maranoas of Southern Philippines : And Exploratory and Comparative Study, Terbitan Southeast Asian Studies Program
[sunting] NGO
- AJK Persatuan Bekas Pelajar Melayu Timur Tengah
- AJK Persatuan Falak Syarie Malaysia
- Ahli Persatuan Syariah Asia Tenggara (South East Asia Association)
[sunting] Politik
Beliau mula menyertai PAS pada tahun 1978 di England. Pada tahun 1986 bergiat aktif dengan PAS di Malaysia. Beliau merupakan Naib Presiden PAS (2003-2005), Ketua Penerangan PAS Pusat (2001-2003), Ahli Majlis Syura Ulama PAS (1991 hingga kini) Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1993 hingga sekarang) selain menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah (2000 hingga sekarang), Setiausaha Perhubungan PAS Kedah (2000 hingga sekarang) dan mewakili PAS ke MAPEN (1989). Beliau memenangi DUN Sungai Limau (dahulu dikenali sebagai DUN Sala) mulai 1995 hingga 2008 mengalahkan calon dari Barisan Nasional.
[sunting] Kontroversi
[sunting] Didesak undur kerana uzur
Pada Julai 2011, Ustaz Azizan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk membuat pemeriksaan perubatan berkala (susulan) kerana pernah membuat pembedahan pintasan jantung pada 2005. Beliau hanya jalani imbasan MRI (Pengimejan Resonans Magnetik) serta perlu menstabilkan tekanan darah tinggi di samping mengawal paras gula dalam kandungan air kencing. [1]Datuk Mukhriz Mahathir selaku timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah menggesa Azizan digantikan oleh Exco Datuk Amiruddin Hamzah kerana kesihatannya terjejas. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan tiada cadangan itu setakat ini.[2]
Ustaz Azizan Abdul Razak menafikan beliau tidak profesional berbanding Datuk Seri Mahdzir Khalid, bekas Menteri Besar Kedah.Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah tidak hutang dengan kerajaan pusat untuk bayar gaji. Hasil balak sampai RM70 juta setahun. Masa BN cuma RM8 juta. Banyak pula buat projek membazir. BN bagi JKKK (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung) guna duit pusat. Saya bagi MKK (Majlis Keselamatan Kampung) guna duit kerajaan negeri. Kerajaan PAS Kedah tidak boleh banyak buat pembaharuan kerana hanya menang 16 kerusi (PAS 16 , PKR 3 dan BN 11).Manakala PAS Kelantan mentadbir lebih 30 tahun dengan banyak majoriti.
[sunting] Larangan hiburan pada bulan Ramadan
Larangan pusat hiburan beroperasi pada bulan Ramadan ditarik balik selepas berunding dengan Exco PKR S. Manikumar dan Lim Soo Nee.[3] Sebelum itu, kerajaan mahu melaksanakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepenuhnya.Enakmen itu diperkenalkan 14 tahun lalu oleh kerajaan BN tetapi BN sendiri tidak menguatkuasakannya .13 jenis hiburan itu termasuklah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko. MCA dan Gerakan mambantah larangan itu dan Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu membawa larangan itu mesyuarat kepimpinan Pakata Rakyat.[4] Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua mencadangkan partinya keluar perikatan tiga tahun Pakatan Rakyat ekoran isu hiburan itu. Kaum Cina merayakan "Festival Hantu Lapar" pada bulan Ogos.
[sunting] Penyelewengan air
Ustaz Azizan mahu mendedahkan pihak yang menyebabkan Kedah kerugian berjuta-juta ringgit dalam proses rawatan air .Pada 5 Oktober 2010,Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Nawawi Ahmad menggesa laporan dibuat kepada SPRM. Sebelum ini PAS dipertikaikan kerana menaikkan tarif air.[5]
[sunting] Rujukan
| Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Kedah 9 Mac 2008 – |
Penyandang Kemudian |
| Y.A.B Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid | Penyandang |