Ahmad Sabri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ahmad Sabri (1909 - 1994) merupakan penulis skrip cerita bangsawan dan pelakon filem melayu dan radio Singapura era 60an hingga 90an.[1]

Ahmad Sabri
Kelahiran1909 (1909)
Meninggal dunia1994(1994-00-00) (umur 84–85)
Tahun aktif1931-1990an
Keluarga2 orang anak
3 Cucu

Biografi[sunting | sunting sumber]

Ahmad Sabri merupakan sebuah nama yang tidak asing lagi dalam dunia perfileman melayu klasik suatu ketika dahulu. Anak kelahiran Bandung, Jawa Barat, Indonesia ini dilahirkan pada sekitar tahun 1909. Beliau yang ketika itu menetap di Indonesia telah berhijrah ke Singapura bersama bapanya untuk mencari datuknya dan sejak itulah dia dan bapanya terus bermastautin di sana.

Sebelum terlibat dalam dunia perfileman, Ahmad Sabri terlebih dahulu terlibat dunia bangsawan sejak tahun 1931. Ketika itu banyak rombongan bangsawan mengadakan pementasan di seluruh Malaysia, Pulau Pinang, Borneo dan Indonesia. Maka banyaklah pengalamannya sepanjang terlibat dalam pementasan bangsawan itu. Dalam sebuah pementasan bangsawan, skrip amat penting sebagai rujukan dalam sebuah penceritaan. Namun tidak mudah bagi seorang penerbit bangsawan untuk mendapatkan skrip-skrip bangsawan kerana kekurangan orang yang boleh menulis skrip bangsawan dan kurangnya minat untuk menghasilkan skrip di kalangan para penulis sendiri. Cuma terdapat beberapa skrip itu diantaranya Haji Shariff Medan, S. Kadarisman dan Ahmad Sabri.

Ahmad Sabri yang mula terlibat dalam penulisan skrip cerita-cerita bangsawan bermula dalam tahun 1960an. Ketika itu beliau menulis skrip bangsawan untuk rancangan bangsawan udara di radio Singapura. Menurutnya "Saya menulis atas galakan kawan-kawan yang sama-sama berlakon dahulu". Beliau juga ada menambah skrip untuk sandiwara radio. Pernah suatu ketika dahulu skripnya ditolak untuk rancangan itu. Namun beliau terus belajar dan mencuba hingga berjaya. Baginya, bidang penulisan skrip ini dilakukan bukan kerana bayarannya semata-mata tetapi kerana mahu mempelajari teknik dan cara menulis skrip. Beliau juga pernah menulis satu siri cerita bangsawan untuk siaran selama enam minggu.

Mengenai pembabitanya dalam dunia perfileman pula, beliau telah berlakon kira-kira 65 buah filem. Beliau yang juga merupakan pelakon bebas pada waktu banyak berlakon dibawah produksi Shaw Brothers/Malay Film Productions dan Cathay Keris. Antara filem-filem lakonannya adalah Gila Talak, Gurindam Jiwa, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Ikan Emas, Madu Tiga, Tiga Abdul dan banyak lagi. Filem terakhirnya di layar perak dapat di kesan melalui filem Kolej 56 karya Ahmad Fauzee pada tahun 1989.

Pada tahun 1975, Ahmad Sabri telah berhenti menulis skrip bangsawan kerana mengalami masalah mata. Disebabkan daya penglihatannya semakin pudar, beliau tidak dapat membaca skrip dan menulis dengan baik.[2]

Bulan Mei 1994, Ahmad Sabri tertimpa kemalangan jalan raya, beliau dimasukan ke Hospital Alexandra selama dua bulan dan dikeluarkan pada julai 1994 kerana kecenderaan di kaki, muka dan tangannya. Beliau memberitahu melalui perbualan di telefon bahawa beliau telah dilanggar sebuah motorsikal di Teck Whye Lane, berhampiran rumahnya. Usia lanjutnya membuat pendengaran kurang jelas dan ingatannya juga tidak begitu baik. Tetapi, Ahmad Sabri dapat mengingati bagaimana kemalangan itu berlaku. Masa itu Ahmad Sabri baru balik dari Geylang. Ahmad Sabri baru turun dari bas dan sedang seberang jalan apabila Ahmad Sabri dilanggar motosikal.

"Kaki, muka dan tangan saya luka, tapi yang paling teruk ialah kaki kanan saya. Ia retak" Kata Ahmad Sabri.

Dalam usianya yang sudah 80an tahun pun beliau masih berlakon bangsawan di radio.[3] Sampai Ahmad Sabri menghembuskan nafas terakhirnya di Singapura.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1961 Sri Mersing Ayah Siantan Filem pertama
Sultan Mahmud Mangkat Dijulang Megat Alang Merewah
Jalak Lenteng Belatuk
Yatim Mustapha Datuk Bendahara
1962 Mabuk Kepayang Awang (Ayah Aminah)
1963 Gila Talak
1964 Dua Pendekar
Madu Tiga Rashid
Tiga Abdul Suleiman Akhlaken
1965 Gurindam Jiwa
Ikan Emas Perdana Menteri/Memanda Menteri
1989 Kolej 56 Bapa Roslan Filem terakhir

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ahmad Sabri - Sulaiman Akhlaken, dicapai pada 2024-04-22
  2. ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-04-22.
  3. ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-04-22.