S. Kadarisman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
S. Kadarisman
S. Kadarisman.jpg
S. Kadarisman
Kelahiran Shahadat Kadarisman
12 Mei 1922(1922-05-12)
Kampung Kauman, Jawa
Meninggal dunia 17 Februari 1989 (umur 66)
Singapura
Warganegara Singapura
Nama lain Shahadat Kadarisman, S. Kadarisman
Pekerjaan Pelakon, Pengarah
Agama Islam

S. Kadarisman atau nama penuhnya Shahadat Kadarisman merupakan seorang pelakon filem Melayu, yang berasal daripada keluarga yang berlatar belakangkan seni. S. Kadarisman dilahirkan di Kampung Kauman, Jawa pada 12 Mei 1922. Huruf 'S' dipangkal nama Kadarisman bermaksud Shahadat iaitu keturunan nenek moyang beliau. S. Kadarisman dilahirkan dalam keluarga wayang bangsawan. Datuk beliau, Hussain Golpan merupakan pengasas bangsawan. Ibu beliau pula merupakan seorang primadonan bangsawan.

S. Kadarisman mula berlakon dalam filem Menantu Durhaka terbitan syarikat di Indonesia. Di Malay Film Productions, beliau merupakan salah seorang anggota dalam Majlis Penapis Cerita. Serba boleh di dalam apa jua peranan. Cerita-ceritanya telah diterima oleh P. Ramlee untuk diarahkan. Diantaranya filem Labu Labi dan Madu Tiga.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau telah meninggal dunia pada 17 Februari 1989 berusia 66 tahun akibat penyakit kencing manis dan jantung. Jenazahnya dikebumikan di Pusara Aman, Singapura.

Filem[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]