Air tulen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Air tulen adalah air dari sebarang sumber yang telah diproses secara fizikal bagi menyingkir pencemaran. Air suling dan air deionized merupakan bentuk air tulen paling biasa, tetapi air juga boleh ditulenkan melalui proses lain termasuk osmosis sonsang, penapisan karbon, penapisan liang mikro (microporous), penapisan ultra (ultrafiltration), oksidasi ultraungu (ultraviolet oxidation), atau elektrodialisis. Dalam dekad terkini, gabungan proses di atas telah digunakan bagi menghasilkan air yang begitu tulen sehinggakan pencemaran dalamnya diukur dalam bahagian per sejuta (parts per billion - ppb) atau bahagian per laksa (parts per trillion - ppt). Air tulen mempunyai banyak kegunaan, termasuk dalam makmal sains dan kejuruteraan dan pengilangan, dan dihasilkan dalam pelbagai ketulenan.

Kaedah penulenan air[sunting | sunting sumber]

Penyulingan[sunting | sunting sumber]

Botol bagi penyulingan air di Real Farmacia di Madrid

Air suling mempunyai hampir kesemua bendasing dalamnya disingkirkan melalui penyulingan. Penyulingan membabitkan mendidihkan air dan kemudiannya mempeluwap wap air dalam bekas bersih, meninggalkan hampir kesemua bendasing pepejal. Penyulingan menghasilkan air yang amat tulen tetapi meninggalkan sisik galian putih atau kekuningan, yang memerlukan perkakasan penyulingan kerap dibersihkan.

Bagi banyak kegunaan, cara lain seperti air deionised digemari berbanding air suling.

Penyulingan berganda[sunting | sunting sumber]

Air suling berganda (ringkasan "ddH2O" atau "air Bidest.") disediakan melalui penyulingan air berganda. Dalam sejarah, ia merupakan piwaian mutlak (de facto) bagi air tulen makmal bagi biokimia dan analisa kesan (trace analysis) sehinggalah kaedah penulenan gabungan diterima ramai.

Deionization[sunting | sunting sumber]

Air deionized (DI water atau de-ionized water; juga dieja sebagai air deionised, merupakan air yang kandungan galian dalamnya disingkirkan, seperti kation dari natrium, kalsium, besi, tembaga dan anion seperti klorida dan bromida. Deionization adalah proses fizikal yang menggunakan resin penukaran ion dikilangkan khas yang mengikat dan menapis keluar bahan garam dari air. Disebabkan kebanyakan bendasing dalam air merupakan garam terlarut, deionization menghasilkan air yang tulen yang hampir menyerupai air suling dengan cepat dan tanpa penggandaan skala. Bagaimanapun, deionization tidak mengurangkan dengan banyaknya molekul organik tanpa caj, virus atau bakteria, kecuali yang terperangkap tanpa sengaja oleh resin. Resin anion asas yang dibuat kuat khas mampu menyingkirkan bakteria negative-Gram. Deionization boleh dilakukan secara berterusan dengan menggunakan elektrodeionization.

Ia perlu disedari bahawa penyingkiran kesemua ion dari air adalah hampir mustahil, disebabkan air cepat mengion sendiri bagi mencapai tahap keseimbangan (equilibrium).

Proses lain[sunting | sunting sumber]

Proses lain turut digunakan bagi menulenkan air, termasuk osmosis songsang, penapisan karbon, penapisan liang mikro (microporous), penapisan ultra (ultrafiltration), oksidasi ultraungu (ultraviolet oxidation), atau elektrodialisis. Ia digunakan bagi menggantikan atau sebagai tambahan kepada proses yang disenaraikan di atas. Secara umumnya, setiap proses amat sesuai untuk menyingkirkan bendasing tertentu dan tidak begitu bagus bagi bendasing yang lain.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]