Amirsham Abdul Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Senator Datuk

Amirsham Abdul Aziz
Fail:DatukAmirshamAAziz.jpg

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Unit Perancangan Ekonomi
Penyandang
Tempoh jawatan 
18 Mac 2008

Lahir Johor Johor Bahru, Johor
Pekerjaan Malaysia Menteri Kabinet, Senator
Religion Islam

Senator Datuk Amirsham Abdul Aziz (lahir 18 September 1950 di Johor Bharu) merupakan bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Maybank Group (1994-2008) . Pada Mac 2008, beliau dilantik sebagai seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bertanggungjawab mengetuai Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Statistik sehingga 9 April 2009.

Pada 27 Mei 2009, beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Malaysia (NEAC) yang berstatus menteri tetapi bukan dalam kabinet, berkuatkuasa 1 Jun 2009.Antara lain tugasnya ialah menjadi penasihat kerajaan dalam pengukuhan model ekonomi baru untuk negara yang berpaksikan inovasi, kreativiti dan bernilai tambah yang tinggi.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Ibu bapanya Abdul Aziz Udin (Abdul Aziz Podo) dan Marsinah Djamil, yang berhijrah dari Silungkang , Sumatra Barat..Marsinah dari Rembau , Negeri Sembilan. Isterinya Puan Sri Faizah Mohd Tahir dan mereka mempunyai dua anak. Puan Sri Faizah pernah menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Amirsham lulusan Universiti Malaya jurusan ekonomi (1973). Beliau bekerja sebagai akauntan (1973-1976) di firma Hanafiah Raslan Mohamad , Bank Bumiputera (sekarang CIMB Bank). Ketika itu pengerusi Bank Bumiputera ialah Datuk Raslan Abdullah iaitu bapa kepada penulis Karim Raslan.

Pada 1977 menyertai Maybank sebagai pengurus pinjaman Mayban Finance Corp dan menanjak sebagai pengarah eksekutif (1993) dan pengarah urusan (1994) dan ketua pegawai eksekutif (CEO) pada 2002.

Amirsham rapat dengan pengerusi Maybank ,Tan Sri Basir Ahmad iaitu suami kepada Tan Sri Rafidah Aziz.

Amirsham menerima gelaran Datuk dari Yang Dipertuan Agung ke-10, Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman dan gelaran Tan Sri dari Yang Dipertuan Agung ke-13 , Sultan Mizan Zainal Abidin.Beliau menerima Anugerah Presiden 2009 dari Institut Akauntan Awam Malaysia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.