Rafidah Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Padlock.svg
Rencana ini telah dilindungi bagi mencegah laku musnah.
Jika anda ingin menyuntingnya, sila bincangkan di laman perbincangannya atau meminta pertolongan seorang penyelia.
Rafidah Aziz

Y.B. Tan Sri Rafidah Aziz (lahir 4 November 1943) ialah bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sejak 20 Mei 1987 hingga 19 Mac 2008 akibat digugurkan dalam Jemaah kabinet Abdullah Ahmad Badawi 2008, walaupun menang besar di Kuala Kangsar. serta Ketua Wanita UMNO hingga hari ini. Penggantinya ialah bekas Menteri Pertanian dan Asas Tani, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Naib Presiden UMNO


Pendidikan

Dilahirkan di Selama, Perak, Rafidah Aziz mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Melayu di Kampung Baru (1948-1950), Sekolah Rendah Convent di Bukit Nanas, Kuala Lumpur (1953-1955), dan Sekolah Menengah Convent di Johor Bahru (1959-1960). Selepas menamatkan pengajian di Victoria Institution Kuala Lumpur pada tahun 1962, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1966.

Kerjaya

Rafidah Aziz memulakan kerjayanya sebagai Tutor di Universiti Malaya sambil meneruskan pengajian dalam bidang Sarjana Ekonomi antara 1966 dan 1970. Selepas menamatkan pengajian, beliau telah dilantik sebagai Penolong Pensyarah sehingga tahun 1973 sebelum dilantik sebagai Pensyarah sehingga tahun 1976. Dalam tempoh berkenaan, beliau memegang beberapa jawatan yang penting di Universiti Malaya seperti Pengerusi Bahagian Pembangunan Desa Fakulti Ekonomi serta Ahli Senat.

Rafidah Aziz kini memegang beberapa jawatan politik yang penting iaitu Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia. Di samping itu, beliau juga adalah Pengerusi Wanita Barisan Nasional.

Politik

Dalam Pergerakan Wanita UMNO, Rafidah Aziz kini adalah Ketua Wanita UMNO (1984-1996) dan 1999 sehingga sekarang) di peringkat kebangsaan dan negeri Perak. Peranan yang beliau memainkan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sejak tahun 1987 telah menjadikan ekonomi Malaysia sebagai destinasi pilihan pelabur-pelabur asing di samping meningkatkan ekonomi negara menerusi aktiviti perdagangan luar. Kebolehan dan pencapaian beliau banyak dibantu melalui pengalamannya semasa memegang jawatan-jawatan penting seperti Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan Awam (1976), Timbalan Menteri Kewangan (1977-1980) dan Menteri Perusahaan Awam (1980-1987). Rafidah Aziz juga pernah dilantik menjadi Senator Dewan Negara (1974).

Rafidah Aziz juga menjadi tulang belakang dalam membangunkan dasar dan hala tuju beberapa agensi kerajaan persekutuan. Antara agensi-agensi dan organisasi-organisasi berkenaan ialah MARA (1973-1976), RISDA (1973-1976), Majlis Pelindung dan Penasihat Pengguna (1973-1976), Lembaga Perancang Keluarga (1973-1976), Majlis Penasihat dan Perunding Belia Kebangsaan serta Pengerusi Lembaga Kolej Tunku Khursiah.

Rafidah Aziz pertama kali dipilih sebagai Wakil Rakyat setelah memenangi kawasan Parlimen Selayang pada Pilihan Raya Umum 1978. Selepas itu, beliau telah berpindah ke kawasan Parlimen Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1982.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Rafidah Aziz bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Kuala Kangsar , negeri Perak. Rafidah Aziz telah menang dengan mendapat undi sebanyak 10735. Calon lawan ialah Khairuddin Abd Malik dari PAS mendapat 9,277 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 73% . Undi rosak sebanyak 373.

Aktiviti kemasyarakatan

Rafidah Aziz pernah merupakan Penasihat untuk Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS), serta dipilih menjadi penaung bagi berbagai organisasi seperti PENIAGAWATI, NAWEM, IABC, USAHANITA, AOTS serta Gabungan Kontraktor Wanita Malaysia.

Hobi

Masa lapang Rafidah Aziz sering diisi dengan aktiviti membaca, menghias rumah, melakukan aktiviti kerja tangan, mendengar muzik ataupun bermain golf dan skuasy.

Jawatan

  • Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (1987 - 2008)
  • Ketua Wanita UMNO (2004-2007)

Lihat juga

Pautan luar