Takwim Ibrani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Takwim Ibrani atau Takwim Ibrani (הַלּוּחַ הָעִבְרִי‎, ha'luakh ha'ivri) merupakan takwim qamari-suria yang kini digunakan khususnya untuk sambutan keagamaan Yahudi. Ia menentukan tarikh-tarikh perayaan Yahudi dan hari-hari yang sesuai untuk membaca ayat-ayat dalam kitab Taurat, yahrzeit (tarikh untuk memperingati kematian saudara-mara), dan pembacaan Mazmur harian, antara pelbagai kegunaan istiadat. Di negara Israel, takwim ini merupakan takwim rasmi untuk tujuan awam serta menyediakan rangka masa untuk pertanian.

Takwin Ibrani telah mengalami perubahan sepanjang zaman. Contohnya, hingga zaman Tannaim (sekitar 10–220 M) bulan-bulan disusun mengikut pemerhatian bulan sabit baru dengan bulan tambahan yang ditambah setiap dua tiga tahun untuk membetulkan perbezaan antara dua belas bulan qamar dengan tahun suria, dan dengan ini, untuk memastikan Paskah kekal dalam musim bunga. Penambahan bulan tambahan juga berasaskan pemerhatian terhadap kejadian alam, iaitu masaknya tanaman barli; umur anak kambing, anak biri-biri dan anak merpati; kemasakan pokok buah; dan kaitan tarikh dengan tekufah (musm).[1] Sepanjangan zaman Amoraim (200–500 M) hingga zaman Geonim, sistem ini diganti oleh hukum matematik. Rukun-rukun dan hukum-hukumnya dipercayai ditetapkan pada piawaian masa kini sewaktu Maimonides menyusun Mishneh Torah pada abad ke-12.

Disebabkan beza sekitar 11 hari antara 12 bulan qamari dengan satu tahun suria, maka tempoh tahun takwim Ibrani berbeza-beza dalam kitaran Meton 19 tahun berulang-ulang yang terdiri daripada 235 bulan qamari dengan ditambahnya bulan tambahan mengikut petua-petua yang ditetapkan setiap dua tiga tahun, untuk sebanyak 7 kali setiap 19 tahun. Tahun takwim Ibrani adalah sekitar 6 minit 25+25/57 saat lebih lama daripada tahun suria min semasa, maka dalam setiap 224 tahun, takwim Ibrani akan ketinggalan sehari di belakang waktu suria min semasa; dan dalam sekitar setiap 231 tahun, ia akan ketinggalan sehari di belakang tahun takwim Gregory.

Gelaran zaman yang digunakan untuk takwim Ibrani pada masa kini adalah Anno Mundi ("dalam tahun duniawi" dalam bahasa Latin; Bahasa Ibrani: לבריאת העולם "sejak penciptaan dunia").

Sumber dan sejarah[sunting | sunting sumber]

Kitab Tanakh mengandungi beberapa perintah yang berkenaan dengan penjagaan takwim dengan kitaran bulan, serta mencatat perubahan-perubahan yang telah dilakukan pada takwim Ibrani.

Hari[sunting | sunting sumber]

Sehari dalam takwim Yahudi tidak tetap tempohnya, sebaliknya bercontohkan "...jadilah petang dan jadilah pagi..."[2] dalam kisah Penciptaan di bab pertama Kitab Kejadian. Mengikut tafsiran klasik Rabbini pada surat ini, sehari dalam takwim Ibrani Rabbini bermula ketika matahari terbenam (bermulanya "petang") hingga matahari terbenam seterusnya. Ini dirumitkan oleh tiadanya waktu matahari terbenam atau terbit yang ketara di kawasan sekitar kutub Bumi pada musim-musim tertentu. Di tempat-tempat berkenaan pada musim panas apabila matahari tidak terbenam ke bawah kaki langit, sehari dikira dari tengah hari ke tengah hari, manakala pada musim sejuk apabila matahari tidak terbit ke atas kaki langit, sehari dikira dari tengah malam ke tengah malam.[3]

Resam Yahudi tidak menjaga waktu, maka waktu umum diterima guna. Biarpun waktu umum menerapkan kelaziman-kelaziman yang disesuaikan mengikut setempat seperti zon waktu, waktu piawai dan waktu jimat siang, namun semua ini tidak bertempat dalam resam Yahudi. Waktu umum hanya digunakan sebagai titik rujukan bagi ungkapan-ungkapan seperti: "Shabbat bermula pada...". Kemajuan matahari terbenam yang malar di seluruh dunia serta perubahan musim menyebabkan perubahan waktu awam yang beransur-ansur dari sehari ke hari berikutnya berdasarkan fenomena falak yang nyata (iaitu matahari terbenam) dan bukan ketentuan manusia.

Daripada kebiasaan garisan tarikh antarabangsa, terdapat pertikaian mengenai di mana beralihnya hari. Antara yang disyorkan adalah meridian songsang Baitulmuqaddis. (Baitulmuqaddis terletak 35°13’ di timur meridian perdana, maka meridian songsangnya adalah 144°47' di barat, merentasi rantau timur Alaska.)[4][5]

Minggu[sunting | sunting sumber]

Takwim Ibrani mengikuti kitaran mingguan tujuh hari yang berjalan serentak tetapi bebas daripada kitaran bulanan dan tahunan. Nama-nama hari dalam seminggu sekadar bilangan hari dalam seminggu. Dalam bahasa Ibrani, nama-nama tersebut boleh disingkatkan dengan menggunakan nilai bilangan huruf Ibrani, cth. יום א׳‎ (Hari pertama, atau Yom Rishon (יום ראשון‎)):

  1. Yom Rishon - יום ראשון‎ (יום א׳‎), "hari pertama" [Ahad]
  2. Yom Sheni - יום שני‎ (יום ב׳‎) "hari kedua" [Isnin]
  3. Yom Shlishi - יום שלישי‎ (יום ג׳‎) "hari ketiga" [Selasa]
  4. Yom Reviʻi - יום רביעי‎ (יום ד׳‎) "hari keempat" [Rabu]
  5. Yom Khamishi - יום חמישי‎ (יום ה׳‎) "hari kelima" [Khamis]
  6. Yom Shishi - יום ששי‎ (יום ו׳‎) "hari keenam" [Jumaat]
  7. Yom Shabbat - יום שבת‎ (יום ש׳‎ atau שבת‎), "hari rehat" [Sabtu].

Nama-nama hari dalam seminggu berasaskan tujuh hari yang disebut dalam kisah Penciptaan. Cntohnya, Genesis 1:5 "...Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari pertama". Dalam ayat-ayat berikutnya disuratkannya hari berbilangan, cth. 'hari kedua', 'hari ketiga', dan seterusnya. Rujuk Genesis 1:8, 1:13, 1:19, 1:23, 1:31 dan 2.2.

Bulan[sunting | sunting sumber]

Sejak zaman dahulu lagi, takwim qamari-suria Mesopotamia luas digunakan oleh negara-negara Asia Barat. Strukturnya yang juga digunakan oleh kaum Ibrani adalah berasaskan bulan-bulan Qamari dengan penambahan satu bulan untuk merapatkan takwim dengan kitaran suria.[6]

Num 10:10 menekankan kepentingan menyambut bulan baru dalam agama Ibrani (ראש חודש‎, Rosh Chodesh, "pangkal bulan"): "... pada bulan-bulan barumu haruslah kamu meniup nafiri itu pada waktu mempersembahkan korban-korban bakaranmu ..." Begitu juga dalam Num 28:11. "Bulan baru" itu bererti keluarnya anak bulan.

Bulan-bulan Ibrani dengan padanan Babylon
# Ibrani Tiber Akademi Umum/
Lain-lain
Bil. hari Padanan Babylon Perayaan Nota
1 נִיסָן Nīsān Nisan Nissan 30 Nisanu Paskah Dipanggil Abib (Exodus 13:4, 23:15, 34:18, Deut. 16:1)
dan Nisan (Esther 3:7) dalam Tanakh.
2 אִיָּר / אייר ʼIyyār Iyyar Iyar 29 Ayaru Pesach Sheni
Lag B'Omer
Dipanggil Ziv dalam 1 Kings 6:1, 6:37.
3 סִיוָן / סיוון Sīwān Sivan Siwan 30 Simanu Shavuot
4 תַּמּוּז Tammūz Tammuz Tamuz 29 Dumuzu Seventeenth of Tammuz Dinamakan sempena dewa Babylon Dumuzi
5 אָב ʼĀḇ Av Ab 30 Abu Tisha B'Av
Tu B'Av
6 אֱלוּל ʼĔlūl Elul 29 Ululu
7 תִּשׁרִי Tišrī Tishri Tishrei 30 Tashritu Rosh Hashanah
Yom Kippur
Sukkot
Shemini Atzeret
Simkchat Torah
Dipanggil Ethanim dalam 1 Kings 8:2.
Bulan pertama tahun awam.
8 מַרְחֶשְׁוָן / מרחשוון Marḥešwān Marẖeshvan Marcheshvan
Kheshvan
Marẖeshwan
29/30 Arakhsamna Dipanggil Bul dalam 1 Kings 6:38.
9 כִּסְלֵו / כסליו Kislēw Kislev Kislev
Chisleu
Chislev
29/30 Kislimu Hanukkah
10 טֵבֵת Ṭēḇēṯ Tevet Tebeth 29 Tebetu 10 Tevet
11 שְׁבָט Šəḇāṭ Shvat Shevat
Shebat
Sebat
30 Shabatu Tu Bishvat
12L* אֲדָר א׳ Adar I* 30 *Hanya dalam tahun lompat.
12 אֲדָר / אֲדָר ב׳ ʼĂḏār Adar / Adar II* 29 Adaru Purim

Tarikh Tahun Baru Yahudi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tarikh Jumlah hari Tahun Tarikh Jumlah hari
5767 23 September 2006 355 5787 12 September 2026 385*
5768 13 September 2007 383* 5788 2 Oktober 2027 355
5769 30 September 2008 354 5789 21 September 2028 354
5770 19 September 2009 355 5790 10 September 2029 383*
5771 9 September 2010 385* 5791 28 September 2030 355
5772 29 September 2011 354 5792 18 September 2031 354
5773 17 September 2012 353 5793 6 September 2032 383*
5774 5 September 2013 385* 5794 24 September 2033 355
5775 25 September 2014 354 5795 14 September 2034 385*
5776 14 September 2015 385* 5796 4 Oktober 2035 354
5777 3 Oktober 2016 353 5797 22 September 2036 353
5778 21 September 2017 354 5798 10 September 2037 385*
5779 10 September 2018 385* 5799 30 September 2038 354
5780 30 September 2019 355 5800 19 September 2039 355
5781 19 September 2020 353 5801 8 September 2040 383*
5782 7 September 2021 384* 5802 26 September 2041 354
5783 26 September 2022 355 5803 15 September 2042 385*
5784 16 September 2023 383* 5804 5 Oktober 2043 353
5785 3 Oktober 2024 355 5805 22 September 2044 355
5786 23 September 2025 354 5806 12 September 2045 384*

* Tahun lompat 13 bulan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Talmud, Sanhedrin 11b
  2. Gen 1:5, Gen 1:8, Gen 1:13, Gen 1:19, Gen 1:23, Gen 1:31 dan Gen 2.2.
  3. "CALENDAR - JewishEncyclopedia.com". Diperoleh pada 2012-04-24. 
  4. See Willie Roth's essay The International Date Line and Halacha.
  5. "Appendix II: Baal HaMaor's Interpretation of 20b and its Relevance to the Dateline" in Talmud Bavli, Schottenstein Edition, Tractate Rosh HaShanah, Mesorah Publications Ltd. ("ArtScroll") 1999, where "20b" refers to the 20th page 2nd folio of the tractate.
  6. Ancient Israel: Its Life and Institutions (1961) by Roland De Vaux, John McHugh, Publisher: McGraw-Hill, ISBN 978-0-8028-4278-7, p.179