Anderson Luís de Abreu Oliveira

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Anderson
Anderson Luís de Abreu Oliveira.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Anderson Luís de Abreu Oliveira
Tarikh lahir 13 April 1988 (25 tahun)
Tempat lahir Porto Alegre, Brazil
Tinggi 1.76 m (5 ka 9+516 in)
Posisi permainan Attacking Midfielder / Centre Midfielder
Maklumat kelab
Kelab terkini Manchester United
Nombor 8
Kerjaya remaja
1993–2004 Grêmio
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2004–2005
2005–2007
2007–
Grêmio
FC Porto
Manchester United
05 0(1)
18 0(2)
10 0(0)
Pasukan kebangsaan
2005–2006
2007–
Brazil U-17
Brazil
36 (18)
020(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 18:19, 16 December 2007 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 02:30, 17 July 2007 (UTC)
For other Brazilian footballers nicknamed Anderson, see: Anderson (footballer).


Anderson Luís de Abreu Oliveira (lahir 13 April 1988 di Porto Alegre, Brazil), dikenali dengan nama Anderson, merupakan seorang pemain bola sepak Brazil, sekarang ini bermain untuk kelab Manchester United. Posisi biasa beliau adalah di pemain tengah menyerang, tetapi di Manchester United beliau bermain di midfield tengah, di mana dia berkebolehan bertahan dan juga menyerang apabila mendapat bola.

Isi kandungan

Karier kelab [sunting]

Grêmio [sunting]

Anderson menyertai Grêmio sebagai pemain junior pada tahun 2005 dan membuat penampilan sulungnya bersama pasukan tersebut. Anderson bermain dalam lima perlawanan Brazilian Serie B pada separuh kedua tahun tersebut. Beliau meraih gelaran ikon pasukan setelah menjaringkan gol yang membawa Grêmio kembali ke Serie A dalam perlawanan penentuan menentang Nautico. Gol itu amat diingati memandangkan Grêmio pada ketika itu hanya mempunyai tujuh pemain di atas padang, selain Nautico menyaksikan satu sepakan penalti mereka diselamatkan.

Porto [sunting]

Anderson menyertai Porto pada Disember 2005 selepas hanya lima penampilan pasukan utama bersama Grêmio, dan membuat penampilan liga pertama bersama Porto pada 5 Mac 2006. Beliau seterusnya membantu Porto memenangi Liga Portugal musim itu. Musim seterusnya, beliau membuat kemunculan sulung Liga Juara-Juara Eropah menentang CSKA Moscow. Bagaimanapun, Anderson terlepas perlawanan selama 5 bulan berikutan patah kaki.

Manchester United [sunting]

3 Mei 2007, laman web United mengumumkan kelab telah bersetuju secara dasarnya untuk menandatangani khidmat Anderson daripada Porto dengan bayaran yang tidak dinyatakan. Pada 29 Jun 2007, Anderson memperoleh permit kerja untuk bermain di United Kingdom, dan perpindahan itu disempurnakan pada 2 Julai. Anderson menjadi pemain kedua dari Brazil bermain di Manchester United selepas Kleberson.

Beliau diberikan nombor 8 yang dipakai oleh Wayne Rooney sebelumnya dan membuat penampilan sulung pada 3 Ogos 2007, bermain selama 45 minit dalam perlawanan persahabatan pra-musim menentang Doncaster Rovers yang dimenangi United 2-0.

Membuat penampilan liga kompetitif menentang Sunderland pada 1 September 2007, Anderson kemudiannya digantikan oleh Louis Saha pada separuh masa. Penampilan Liga Juara-Juara sulungnya bersama United muncul ketika United berdepan Sporting Lisbon pada 19 September 2007, sebagai pemain gantian kepada Ryan Giggs pada minit ke-76. Beliau bermain selama 90 minit penuh ketika kekalahan United kepada Coventry City dalam perlawanan Piala Liga pada 26 September 2007, bermain bersama-sama skuad yang hampir keseluruhannya daripada pemain simpanan dan skuad muda.

Pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2008 di Moscow, Anderson menjadi pemain gantian di minit terakhir kepada Wes Brown, dan menyempurnakan sepakan penalti keenam United dalam penentuan penalti yang seterusnya membantu United menjuarai Liga Juara-Juara Eropah.

Beliau menyempurnakan penalti terakhir dalam perlawanan akhir Piala Liga 2008-09 menentang Tottenham Hotspur di Wembley, setelah masuk pada minit ke-56 menggantikan Danny Welbeck.


Anugerah [sunting]

Kelab [sunting]

Grêmio [sunting]

Porto [sunting]

Antarabangsa [sunting]

Brazil U-17 [sunting]

Brazil [sunting]

Rujukan [sunting]

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan golden_ball tidak disediakan

Pautan luar [sunting]