Wayne Rooney

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Wayne Rooney
W Rooney.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Wayne Mark Rooney
Tarikh lahir 24 Oktober 1985 (29 tahun)
Tempat lahir Liverpool, England
Tinggi 1.78 m (5 ka 10+18 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini Manchester United
Nombor 10
Kerjaya remaja
1996–2002 Everton
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2002–2004
2004–
Everton
Manchester United
067 (15)
247 (126)
Pasukan kebangsaan
2003– England 073 (28)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 06:40, 16 April 2012 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 20:00, 8 Oktober 2011 (UTC)

Wayne Mark Rooney (lahir 24 Oktober 1985 di Liverpool) merupakan seorang pemain bola sepak Inggeris yang mana sekarang ini bermain untuk kelab Liga Perdana Manchester United dan Pasukan bola sepak kebangsaan England. Beliau ini dilihat sebagai seorang yang paling berbakat dalam permainan bola sepak moden, yuran perpindahan dari Everton masih lagi tertinggi bagi seorang remaja. Biasanya beliau bermain sebagai seorang penyerang kedua kepada Ruud van Nistelrooy bagi kelab pasukannya sebelum perpindahan van Nistelrooy ke Real Madrid, walaupun semasa musim 2005-06, beliau menunjukkan bakatnya sebagai seorang pemain dengan berpindah-pindah dari bahagian tengah dan bermain pada kedua-dua posisi. Rooney telah dibandingkan dengan pemain-pemain seperti Diego Maradona[1]. Beliau memakai jersi nombor 8 bagi Manchester United daripada 2004 sehingga Jun 2007, apabila nombor jersinya ditukar kepada nombor 10. Beliau memakai jersi nombor 10 bagi England.

Rooney membuat penampilan pertama di peringkat antarabangsa pada tahun 2003, dan menjadi yang pemain termuda mewakili England (rekod kemudian dipecahkan oleh Theo Walcott). Dia merupakan penyerang termuda yang pernah mewakili England. Penampilan beliau di UEFA Euro 2004 dengan menjaringkan empat gol, secara tidak langsung menjadikan beliau antara persaing penyerang termuda. Rooney juga telah muncul pada tahun 2006 dan 2010 dalam saingan Piala Dunia dan ini secara tidak langsung telah menganggap beliau sebagai pemain terbaik negaranya. Dia telah menerima Anugerah England Player Of The Year sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2008 dan 2009. Sehingga September 2011, beliau telah memenangi 73 kap antarabangsa dan menjaringkan 28 gol.

Ketika baru berusia sembilan tahun, Rooney telah menyertai pasukan belia Everton, dia muncul sebagai pemain profesional pada tahun 2002. Beliau menghabiskan dua musim di kelab Merseyside itu, sebelum berpindah ke Manchester United dengan nilai perpindahan sebanyak £ 25.6 juta musim perpindahan musim panas 2004. Pada tahun yang sama, Rooney telah diberi gelaran Wazza. Sejak Rooney berada dalam pasukan United, United telah memenangi Liga Perdana sebanyak empat kali, Liga Juara-Juara UEFA 2007-08 dan Piala Liga sebanyak 2 kali. Beliau juga pernah memegang gelaran naib juara Liga Perdana Inggeris sebanyak dua kali dan Liga Juara-Juara juga dua kali. Pada bulan Ogos musim 2011-12 Rooney menjaringkan gol sebanyak 150, dan menjadikan beliau penjaring gol United yang tertinggi sejak permulaan Liga Perdana. Musim 2009-10, Rooney telah dianugerahkan PFA Players' Player of the Year dan FWA Footballer of the Year. Rooney juga telah memenangi anugerah 'Goal of the Season' daripada Padanan BBC. Beliau telah senaraikan dalam FIFPro World 11 untuk tahun 2011.

Rooney adalah pemain bola sepak yang menerima bayaran ketiga tertinggi di dunia selepas Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, dengan pendapatan tahunan sebanyak € 20.7 m (£ 18 m) termasuk tawaran penajaan.

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Rooney dilahirkan di Croxteth, Liverpool dan merupakan anak kepada pasangan Thomas Wayne dan Jeanette Marie Rooney (née Morrey). Beliau adalah berketurunan Ireland dan dibesarkan sebagai seorang yang beragama Katolik di Croxteth bersama dengan adiknya Graeme dan John ketiga-tiga mereka bersekolah di De La Salle School Beliau dibesarkan dengan menyokong kelab tempatan beliau iaitu Everton. Wira zaman kanak-kanaknya adalah Duncan Ferguson.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:

Templat:Skuad England Euro 2004