Anya Rozova

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anya Rozova
Nama kelahiran Anya Rozova
Tarikh lahir 3 Januari 1989
Tempat lahir Saint Petersburg, Rusia
Warna rambut Perang Kecoklatan
Warna mata Biru
Tinggi 5 ft 10 in (1.78 m)
Ukuran 33-25-34 (AS)
Berat
Saiz baju
Saiz kasut 9.5 (AS)
Agensi Elite Model Management
Style International Management
Nama gelaran Anya Kop
Laman web http://www.anyarozova.com

Anya Rozova (lahir pada 3 Januari 1989 di Saint Petersburg, Rusia[1] tetapi dibesarkan di Waipahu, Hawai), adalah seorang model fesyen Amerika Syarikat. Anya adalah naib juara Musim 10 bagi America's Next Top Model. Beliau telah menukar nama akhir beliau dari Kop ke Rozova, sebagai nama akhir beliau yang berasal dari rusia, itupun selepas beberapa penjelasan telah dibuat selepas Musim 10 berakhir.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Anya dilahirkan di Saint Petersburg, Rusia. Beliau diambil sebagai anak angkat semasa beliau berumur 4 tahun, oleh sebuah keluarga yang berasal dari Hawaii.[3] Beliau telah membesar bersama keluarga angkatnya di Oahu.[4] Anya menjadi pelajar di Moanalua Elementary School dan graduasi dari Waipahu High School di Hawaii pada 2007.[1] Beliau menari tarian Hula dan Tahiti, dan menjadi ahli kelab polynesia semasa di sekolah tinggi.[5] Kerjaya Anya dalam bidang peragaan bermula pada umur beliau menjangkau 17 tahun di Hawaii. Beliau telah diambil untuk pertunjukan fesyen bukan formal oleh Chanel, Fendi, Jeanie Chun, Louis Vuitton dan lain-lain.[4]Beliau sebelum ini menandatangan bagi More Models & Talent di Honolulu.[6]

America's Next Top Model[sunting | sunting sumber]

Anya adalah naib juara Musim 10 dalam America's Next Top Model. Personaliti beliau yang ceria dan tarikan "high Fashion" yang ada pada beliau selalu mengkagumkan para juri.Beliau bermula dengan baik pada permulaan musim pertandingan ini,telah menerima panggilan yang pertama dariTtyra. Pada episod ketiga beliau rambut kecoklatannya itu telah diwarnakan menjadi perang platinum dan dipotong sedikit untuk pengubahsuaian yang telah dilakukan terhadapnya. Beliau juga telah diundi sebagai "Covergirl of the Week" bagi minggu yang kesepuluh. Beliau juga menang tiga cabaran, salah satunya adalah di mana beliau telah terlibat di dalam satu sesi penggambaran yang menuntut beliau berpakaian (hanya ditutupi dengan selimut) oleh Nigel Barker. Beliau juga menang peluang untuk muncul di iklan bagi 7Up, dengan bertemakan "Au Natural" dan menerima wang berjumlah $10,000 dari 7Up. Untuk hadiah cabaran ketiga beliau, beliau telah diberi pakaian dari Gai Mattiolo. Semasa beliau dalam cabaran iklan komersil bagi Covergirl, beliau dilihat mengkagumkan atas personaliti yang begitu tekad dengan tugasnya, tapi bagi cetakan iklan beliau telah menerima pelbagai ulasan. Selepas terpilih untuk dua peserta terakhir bersama dengan pesaingnya Whitney Thompson, kedua-dua wanita itu di dalam pertunjukan fesyen bagi Versace di Rom, Itali. Pada sesi penghakiman yang terakhir, Anya dikritik sebagai terlalu selamat dan tidak beremosi, dan akhirnya menyaksikan Anya kalah terhadap Whitney Thompson. Anya telah menjadi feature pada 19 November 2008 yang bersiaran semasa America's Next Top Model, Musim 11 berlansung sebarai salah satu "Top Models in Action".

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Anya telah menandatangan bersama Elite Model Management di New York City dan beliau sekarang sedang memeperaga di Hong Kong yang diman beliau telah menyain bersamaStyle International Management.[7][8]

Anya telah menjadi penghias kulit depan untuk "Swim In Style 2008" dari akhbar Midweek, akhbar tempatan di Hawai.[9] Beliau juga sekali lagi telah menghiasi Kulit depan bagi akhbar "Midweek" bagi isu jun 2008.[10] Anya sudah berkhidmat untuk Gilt Groupe,Satu rangkaian katalog. yang di mana beliau memperaga untuk pakaian jenama Tibi, Habitual,Greenbeads, dan Vera Wang.[11][12][13][14] She has appeared in Level Magazine #4, Anthem Magazine and Nylon Magazine.[15][16][17] Beliau juga bermodeling untuk Daily Sun (太陽報), Ming Pao Weekly dan OakNYC. [18][19][20] Beliau muncul dalam isu bagi majalah Jessica Code dan More.[21][22] Anya muncul di Ming Pao bagi kali kedua memperaga pakaian dari Missoni [23] dan turut muncul dalam majalah HM [24].Anya juga muncul sebagai feature dalam majalah jet china [25].

Beliau turut beraksi di pentas peragaan untuk Nuj Novakhett dan Julian Louie di pertunjukan fesyen musim bunga/panas 2008 dalam New York Fashion Week.[26][27] Beliau juga memperaga untuk Calvin Klein di Hong Kong[28].

Anya bersama Fatima Siad dan katarzyna Dolinska muncul di tyra banks show bersama tiga wanita memperaga pakaian bagi episod Recessionista: Queen of Cheap.[29]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:Citation style

Pautan luar[sunting | sunting sumber]