Ao dai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ao dai

Ao dai adalah pakaian tradisional dan juga pakaian kebangsaan wanita Vietnam. Áo bermaksud sehelai pakaian di bahagian atas badan manakala dài pula bermaksud panjang. Ao dai berasal dari selatan vietnam dan perkataan Ao dai pada asalnya digunakan untuk pakaian yang dipakai di Mahkamah Diraja Nguyen pada abad ke 18, ketika Dinasti Nguyen. Semasa Tet(Tahun Baru Vietnam) dan lain-lain majlis, lelaki Vietnam pula memakai gam AO(Jubah Sutera) versi Ao dai yang terdiri dari kain tebal.

Ao dai kemudian dikembangkan kepada áo ngũ thân, iaitu gaun bangsawan berdinding lima yang dipakai pada abad ke 19 hingga awal abad ke 20. Diinspirasi dari fesyen Paris, Nguyễn Cát Tường dan lain-lain artis yang mempunyai kaitan dengan Universiti Hanoi mereka semula ngũ thân untuk menjadikannya pakaian moden sekitar tahun 1920-1930. Pakaian yang telah direka semula telah dipromosikan oleh artis di majalah Tự Lực văn đoàn sebagai pakaian kebangsaan untuk era moden. Sekitar tahun 1950, pereka Saigon telah mengubahsuai sedikit rekaan pakaian tersebut dengan mengetatkan sesetengah bahagian dan hasilnya versi yang telah diubahsuai sangat terkenal di Vietnam Selatan sekitar tahun 1960 sehingga awal tahun 1970 dan kekal dipakai sehingga ke hari ini.

Áo dài berwarna putih dijadikan pakaian seragam yang diwajibkan untuk pelajar perempuan di kebanyakan sekolah tinggi di Vietnam. Áo Dài dahulunya dipakai oleh kedua-dua jantina tetapi kini hanya dipakai oleh perempuan, kecuali untuk peristiwa-peristiwa penting rakyat yang berkaitan dengan kebudayaan tradisional tertentu di mana lelaki juga turut memakainya.

Bahagian-Bahagian Pakaian[sunting | sunting sumber]

Gambar menunjukkan bahagian-bahagian Ao dai.
Nút bấm thân áo: Cangkuk(digunakan sebagai pengikat) dan lubang
ống tay: Lengan
Đường ben: Jahitan dalam
Nút móc kết thúc: Cangkuk utama dan lubang
Tà sau: Sayap belakang
Khuy cổ: Butang kolar
Cổ áo: Kolar
Đường may: Kelim
ống tay: Lengan
Kích (eo): Pinggang
Tà trước: Sayap depan

Áo dài selalunya dipakai dengan nón lá(topi daun runcing), iaitu gaya yang berkaitan dengan Huế. Manakala semasa majlis perkahwinan dan lain-lain majlis rasmi satu penutup kepala yang dipanggil khăn đóng pula dikenakan.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]