Kebudayaan Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Putrajaya Night Mosque PM Office.JPG
Sebahagian daripada siri tentang
Kebudayaan Islam

Hari cuti

Aidiladha · Aidilfitri · al-Ghadeer
al-Kadhim · al-Qadr · Arba'een
Ashura · Chand Raat · Hari Imamat
Israk dan Mikraj · Maulid · Mugam
Ramadan · Pertengahan Sya'ban
Tahun Baharu

Kesusasteraan

Arab · Asia Selatan · Azerbaijan
Bengali · Indonesia · Jawa · Kashmir
Kurdistan · Melayu · Parsi · Sindhi
Somali · Turki · Urdu

Muzik
Dastgah · Ghazal · Madih nabawi

Maqam · Mugam · Nasyid · Qawwali

Pakaian

Abaya · Agal · Boubou
Burqa · Chador · Jellabiya
Niqab · Salwa kameez · Taqiya
Thawb · Jilbab · Hijab/Tudung

Seni

Seni khat · Miniatur · Ambal

Seni bina

Arab · Azeri · Indo-Islam
Iwan · Maghribi · Mughal
Orang Moor · Parsi · Somali
Sudan-Sahel · Tatar · Uthmaniyyah

Tarian

Pusaran · Sema

Teater

Karagöz dan Hacivat · Ta'zieh

IslamSymbolAllahCompWhite.PNG

Portal Islam

Kebudayaan Islam ialah istilah yang khususnya digunakan dalam akademia sekular untuk memerikan kesemua amalan kebudayaan yang sepunya kepada orang Islam daripada segi sejarah. Oleh sebab agama Islam berasal pada abad ke-6 di Semenanjung Arab, bentuk kebudayaan Muslim yang awal adalah lebih banyak daripada orang Arab. Dengan peluasan empayar-empayar Islam yang pesat, orang Islam berhubung dan menyerap kebudayaan-kebudayaan Parsi, Turki, Mongol, India, Melayu, Berber, dan Indonesia.

Percanggahan pendapat tentang istilah[sunting | sunting sumber]

"Kebudayaan Islam" pada dirinya merupakan sebuah istilah yang menimbulkan perbalahan. Orang Islam tinggal di banyak negara dan komuniti yang berbeza. Justera, mengasingkan apa yang menyatukan mereka selain daripada agama Islam adalah sesuatu perkara yang susah. Bagaimanapun, ahli akademik sekular tidak hendak mengakui masalah itu kerana mereka melihatkkan agama sebagai salah satu aspek antropologi dan sejarah budaya.

Marshall Hodgson, ahli sejarah Islam yang terkenal, memerhatikan kesulitan tersebut antara penggunaan agama dan penggunaan akademik sekular untuk perkataan bahasa Inggeris, "Islamic" (bersifat Islam) dan "Muslim", di dalam karya tiga-jilidnya, The Venture Of Islam (Penjelajahan Islam). Untuk mengatasi masalah tersebut, beliau mencadangkan bahawa kedua-dua istilah itu digunakan hanya untuk fenomena agama lalu mereka istilah "Islamicate" (Islamikat) untuk menandakan semua aspek kebudayaan orang Muslim sejarah. Bagaimanapun, cadangannya tidak pernah digunakan secara meluas, dengan kekeliruan penggunaan umum kedua-dua perkataan itu masih wujud.

Amalan dan kepercayaan agama[sunting | sunting sumber]

C.J. Whites menyatakan bahawa kebudayaan Islam umumnya merangkumi semua amalan yang berkembang dan berkisar pada agama Islam, baik amalan al-Quran seperti solat mahupun yang bukan daripada al-Quran seperti pembahagian dunia Islam. Di Bengal, kebudayaan Islam juga merangkumi tradisi Baul yang memudahkan pemelukan Islam secara aman di kebanyakan kawasannya.

Bahasa dan kesusasteraan[sunting | sunting sumber]

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam


Arab[sunting | sunting sumber]

Kesusasteraan Islam awal adalah dalam bahasa Arab kerana bahasa itu merupakan bahasa komuniti-komuniti Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah dan Madinah. Oleh sebab sejarah awal komuniti Islam menumpukan pengasasan agama Islam, hasil kesusasteraan mereka bersifat agama. Lihat rencana tentang al-Quran, Hadis, dan Sirah Rasul Allah yang merupakan sastera komuniti Islam yang terawal.

Dengan pembentukan Kerajaan Bani Ummaiyyah, kesusasteraan Muslim sekular dikembangkan (lihat Hikayat Seribu Satu Malam). Sedangkan ia tidak mempunyai sebarang kandungan agama, sastera sekular itu disebar oleh orang Arab ke seluruh pelosok empayar dan justera itu, menjadi sebahagian kebudayaan yang tersebar luas.

Parsi[sunting | sunting sumber]

Menjelang zaman empayar Abbasid, bahasa Parsi telah menjadi salah satu bahasa yang utama dalam tamadun Islam dan justera, kebanyakan sastera Islam yang paling terkenal merupakan sastera Parsi (lihat Persidangan Burung dan puisi Rumi).

Asia Selatan[sunting | sunting sumber]

Di Bengal, tradisi muzik rakyat, Baul, menghasilkan puisi asimilasi yang menggabungkan Sufisme dengan banyak imej tempatan. Pemuisinya yang paling terkenal ialah Hason Raja dan Lalon.

Zaman moden[sunting | sunting sumber]

Pada zaman moden, pengelasan penulis mengikut bahasa semakin tidak berguna. Karya Naguib Mahfouz, pemenang Hadiah Nobel Mesir, telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan dibaca di seluruh dunia. Sebaliknya, penulis-penulis yang lain seperti Orhan Pamuk menulis terus dalam bahasa Inggeris untuk mencapai lebih banyak pembaca antarabangsa.

Perayaan[sunting | sunting sumber]

Lihat rencana tentang Eid ul-Fitr, Eid ul-Adha, Ashurah (lihat juga Hosay, dan Tabuik), Mawlid, Lailat al Miraj, dan Shab-e-baraat.

Nikah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Nikah

Perkahwinan dalam Islam dianggap sebagai amat sangat penting. Nabi Muhammad s.a.w., nabi Islam yang terakhir, menyatakan bahawa "menikah adalah setengah daripada agama". Terdapat banyak hadis yang menyanjung pentingnya perkahwinan dan kekeluargaan.

Dalam Islam, nikah ialah ikatan undang-undang dan kontrak sosial antara seseorang lelaki dan seseorang perempuan, sebagaimana digalakkan oleh Syariat Islam.

Seni[sunting | sunting sumber]

"Wayang Kulit", seni boneka bayang Indonesia, membayangkan campuran kepekaan asli dan kepekaan Islam.
"Advice of the Ascetic" (Nasihat seorang Zahid), sebuah miniatur Parsi abad ke-16 yang disimpan di Istana Golestan, Tehran.

Seni Islam yang membentuk sebahagian kajian Islam, terutamanya bersifat abstrak dan hias. Ia menggambarkan reka bentuk Arabes bergeometri dan berbunga-bunga serta juga reka bentuk seni khat pada sepanjang sejarahnya. Berbeza dengan tradisi seni Kristian yang cenderung menggambarkan manusia, seni Islam tidak merangkumi penggambaran makhluk, termasuk manusia. Kekurangan pemotretan tersebut adalah kerana Islam awal mengharamkan pelukisan manusia, termasuk gambar Nabi Muhammad s.a.w. kerana perbuatan sedemikian dipercayai akan menggoda penganutnya supaya mengamalkan penyembahan berhala. Larangan melukis gambar manusia atau ikon sebegini dikenali sebagai anikonisme. Bagaimanapun, pada sepanjang dua abad yang lalu, disebabkan semakin banyak perhubungan dengan peradaban Barat, larangan tersebut telah dilonggarkan sehingga hanya orang Muslim yang paling ortodoks kini menentang pemotretan.

Seni Islam biasanya menumpukan Allah, dan oleh sebab Allah tidak boleh dilambangkan dengan imejan ["All you believe him to be, he is not"], corak geometri dipergunakan sebagai ganti. Corak-corak ini adalah serupa dengan gaya Arabes yang juga melibatkan pengulangan reka bentuk geometri, tetapi tidak semestinya digunakan untuk mengungkapkan idaman susunan dan alam semula jadi.

Seni khat[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Seni khat Islam

Dilarang melukis makhluk dan diajar menghormati al-Quran, para pelukis Islam mengembangkan seni khat Arab sehingga menjadi suatu bentuk seni. Ahli seni khat telah lama menggunakan ayat al-Quran atau peribahasa sebagai seni, dengan menggunakan bahasa Arab yang berbunga-bunga untuk mengungkapkan keindahan yang dirasakan mereka dalam ayat-ayat al-Quran.

Seni mempertahankan diri[sunting | sunting sumber]

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Seni bina Islam
Istana kubu di Alhambra, bukti kepada puncak tamadun Islam di Eropah, ialah salah satu tarikan pelancong yang paling popular di Sepanyol.
Masjid Sultan Ahmed di Istanbul disiapkan pembinaannya pada 1616.
Gambaran burung merak jubin yang wujud sejak Zaman Uthmaniyyyah, dari Istana Kubadabad.

Unsur gaya Islam[sunting | sunting sumber]

Seni bina Islam dapat dikenal pasti menerusi unsur-unsur berikut yang diwariskan daripada masjid pertama yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah, serta juga daripada ciri-ciri pra-Islam lain yang disesuaikan daripada seni bina gereja dan seni bina saumaah:

  • Laman dalam yang besar yang seringnya digabungkan dengan dewan sembahyang utama (pada asalnya, satu ciri Masjid al-Nabawi).
  • Menara (pada asalnya digunakan sebagai menara pengawal yang diterangi dengan obor, misalnya di Masjid Agung Damsyik; oleh itu, terbitan perkataan "manāra" dalam perkataan Arab daripada, nur, yang membawa pengertian, "cahaya").
  • Mihrab atau ceruk pada dinding dalaman untuk menunjukkan arah ke Mekah. Ini mungkin berasal daripada penggunaan ceruk yang lalu untuk memaparkan skrol Torah di dalam saumaah Yahudi atau daripada haikal gereja Qibti;
  • Kubah (penggunaannya yang terawal dalam agama Islam adalah pada masjid abad ke-8 yang terletak di Madinah).
  • Penggunaan iwan untuk mengasingkan ruang-ruang yang berbeza;
  • Penggunaan bentuk geometri dan seni ulangan (arabes).
  • Penggunaan seni khat Arab hiasan;
  • Penggunaan simetri;
  • Pancuran penyucian;
  • Penggunaan warna yang terang;
  • Penumpuan ruang dalaman sesebuah bangunan, berbanding dengan kawasan luar.

Tafsiran[sunting | sunting sumber]

Tafsiran seni bina Islam yang umum termasuk konsep-konsep yang berikut:

  • Konsep kuasa tak terhingga Allah dibangkitkan oleh reka bentuk yang mempunyai tema ulangan yang membayangkan ketakterhinggaan.
  • Bentuk manusia dan haiwan jarang digambarkan dalam seni hias kerana karya Allah tiada tandingan. Dedaun merupakan motif yang sering digunakan tetapi biasanya digayakan atau dimudahkan atas sebab yang sama.
  • Seni khat digunakan untuk mengindahkan kawasan dalaman sesebuah bangunan dengan menggunakan petikan daripada al-Quran.
  • Seni bina Islam telah digelar "seni bina purdah" kerana keindahannya bersandarkan ruang dalaman (laman dalam dan bilik) yang tidak dapat dilihat dari luar (pemandangan dari jalan raya).
  • Penggunaan bentuk yang tersergam indah seperti kubah yang besar, menara yang melangit, dan laman dalam yang luas untuk melambangkan kuasa.

Muzik[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Muzik Islam

Muzik Islam ialah muzik agama Muslim, sebagaimana dinyanyikan atau dimainkan dalam upacara awam atau dalam sembahyang peribadi. Kawasan tengah klasik Islam ialah Semenanjung Arab dan Timur Tengah, Afrika Utara dan Mesir, Iran, Asia Tengah, serta India utara dan Pakistan. Oleh sebab Islam ialah agama berbilang budaya, pengungkapan muzik penganutnya sangat berbeza, dengan gaya muzik asli di kawasan-kawasan yang berikut membentuk muzik sembahyang yang dihayati oleh orang Muslim sezaman:

Orang Turki Seljuk, puak nomad yang memeluk Islam dan menaklukkan Anatolia (Turki kini) lalu menjadikan Kekhalifahan itu sebagai Empayar Uthmaniyyah, juga amat mempengaruhi muzik Islam (lihat muzik klasik Turki).

Afrika Sub-Sahara, Indonesia, Malaysia, dan Filipina selatan juga mempunyai jumlah penduduk Muslim yang besar, akan tetapi kawasan-kawasan itu tidak banyak mempengaruhi pelbagai tradisi muzik Islam, berbanding dengan kawasan tengah.

India Selatan[sunting | sunting sumber]

Lagu Mappila, Duff Muttu

Kesemua kawasan India Selatan telah dikaitkan menerusi perdagangan lama sebelum ditaklukkan oleh Islam pada 600-an. Adalah mungkin bahawa gaya muzik mengikut laluan yang sama dengan barangan perdagangan. Bagaimanapun, tanpa sebarang rekod, kita hanya dapat meneka muzik pra-Islam di kawasan-kawasan tersebut. Islam mungkin banyak mempengaruhi muzik di kawasan India Selatan kerana ia menyatukan kawasan yang luas di bawah khalifah yang pertama dan memudahkan perdagangan antara kawasan-kawasan yang jauh. Sudah tentu, orang Sufi yang merupakan persaudaraan tasawuf telah menyebarkan muzik mereka secara meluas.