Arab City

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Arab City merupakan sebuah projek pembangunan yang asalnya akan dibangunkan di Pulau Melaka, Melaka.Projek ini dibangunkan oleh Golden Corporate Heritage Sdn Bhd (GCH) dengan kerjasama kerajaan negeri Melaka[1].Kos projek ini ialah sebanyak RM 1 Billion tetapi telah terbengkalai sejak bulan Julai 2013.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Projek ini merupakan yang pertama di dunia.[2]Pada mulanya, projek ini dirancang untuk dibuat di Jalan Ampang,Kuala Lumpur pada tahun 2007. Namun begitu, kerana masalah birokrasi dan tawaran dari Ketua Menteri Melaka telah menyebabkan lokasi projek ini berpindah.[3]Menurut Presiden GCH, Sheikh Saleh Al Mansour berkata bahawa projek ini sudahpun dipasarkan di 20 buah negara Arab .Untuk permulaan, GCH telah mengeluarkan pelaburan awal sebanyak RM 400 Juta.[4]Projek ini dirancang untuk membuka peluang pekerjaan kepada 800 orang.[5]Projek ini bermula pada bulan Januari 2009 dan dijangka siap pada tahun 2012.[6] Namun begitu, ianya telah terbengkalai dan pelancarannya tidak pernah berlaku.

Fasa pembinaan[sunting | sunting sumber]

Projek ini meliputi keluasan seluas 46.9 ekar (18.76 hektar), terletak di tiga kawasan iaitu Pulau Melaka, Klebang dan Kampung Jawa.

  • Fasa 1: Projek di Pulau Melaka dengan RM250 juta seluas 1.68 hektar . Beberapa bazaar beli belah, restoran bertema Arab, kedai dan muzium yang memaparkan pelbagai barangan Arab yang bersejarah akan dibangunkan.
  • Fasa 2: Projek di Klebang dengan tapak seluas 36.2 ekar (14.48 hektar), pembangunan bercampur mengandungi hotel bertaraf lima bintang, resort kesihatan dan kelab sukan air.
  • Fasa 3: Projek di Kampung Jawa. Pusat dagangan borong tetapi GCH masih belum memutuskan pelan pembangunan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kos Pembangunan Arab City Melaka Lebih RM1 Bln". Bernama. 28 April 2009. Dicapai pada 26 Ogos 2015.
  2. ^ "Fasa pertama projek Arab City siap April depan". Utusan Malaysia. 20 November 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-26. Dicapai pada 26 Ogos 2015.
  3. ^ (Inggeris)"Golden Corporate Heritage's RM1.2bil project in Malacca on track". The Star. 27 Julai 2009. Dicapai pada 26 Ogos 2015.
  4. ^ (Inggeris)"A New Chapter". Gulf News. 30 Mac 2012. Dicapai pada 26 Ogos 2015.
  5. ^ "Pemaju Arab City di Melaka Yakin dengan kejayaan Projek itu". Bernama. 21 Jun 2009. Dicapai pada 26 Ogos 2015.
  6. ^ (Inggeris)"Developer Expects Arab City Melaka To Be Ready By Year-end". Bernama. 5 July 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-26. Dicapai pada 26 Ogos 2015.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]