Azab Kubur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Azab Kubur (Bahasa Arab: عذاب القبرʿAdhāb al-Qabr) adalah satu konsep Islam bagi tempoh selepas kematian tetapi sebelum Hari Kiamat, apabila roh-roh yang tidak bersaksi dengan kesaksian yang benar akan dihukum dan diseksa dalam kubur.

Dalam sistem kepercayaan Islam, selepas mati roh seseorang melalui suatu peringkat digelar barzakh, di mana ia wujud dalam kubur (walaupun jika mayat orang itu telah dimusnahkan, rohnya akan rehat di bumi berhampiran tempat kematian mereka).[1] Apabila pengebumian tamat dan orang terakhir di upacara itu telah melangkah 70 langkah dari kubur, Malaikat Munkar dan Nakir akan menegakkan mayat dalam kubur dan menanyakan tiga soalan: "Siapakah Tuhanmu? Siapakah nabimu? Apa agamamu?". Seseorang yang soleh akan menjawab secara betul, mengatakan bahawa Tuhan mereka ialah Allah, bahawa Muhammad adalah Nabi mereka dan agama mereka adalah Islam. Jika si mati menjawab soalan secara betul, masa menantikan kebangkitan semula adalah menyeronokkan. Mereka yang tidak menjawab seperti yang telah disebutkan akan menderita Azab Kubur hingga hari pengadilan.[2]

Kepercayaan[sunting | sunting sumber]

Beberapa mazhab Islam awal seperti Khawarij dan sesetengah bahagian Mu'tazilah menolak iman ("kepercayaan teguh") dalam Hukuman Kubur.[3] Kumpulan-kumpulan ini tidak semestinya menolak kewujudan azab, tetapi lebih kepada menolak ketidakdapatsangkalan hadis yang menjelaskan azab ini.

Hukuman[sunting | sunting sumber]

Dalam kepercayaan Islam, alam kubur merupakan "tahap ketiga" kehidupan manusia, mengikuti kehidupan dalam rahim dan kemudian hidup fana, dan yang keempat hidup selamanya di syurga atau neraka.

Hukuman kubur digunakan tanpa mengira jalan mati atau kedudukan corporeal si mati, dan diukur mengikut kriteria tidak seperti yang hidup. Yang hidup tidak dapat menganggap benda-benda ini dengan mata, telinga atau deria dalam mereka. Meskipun, seorang yang mati adalah pada keseluruhannya menyedari mereka, tetapi menurut dengan kriteria hidup selepas mati.[Penjelasan diperlukan][petikan diperlukan] Haiwan dapat mendengari Hukuman Kubur sementara manusia tidak dapat.[4]

Sesetengah umat Islam juga percaya bahawa yang hidup dapat mengantarai yang mati yang menjalani hukuman, dan lebih kurang buat sementara waktu menghentikan penderitaan mereka.

Nabi Muhammad bersabda: "Sesungguhnya antara amalan kebaikan seorang Mukmin yang akan terus menyertainya sesudah matinya ialah ilmu yang dia ajarkan dan dia sebarkan, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf yang diwariskan atau masjid yang dibangunkannya atau rumah ibnu sabil yang dibangunkannya atau mata air yang dialirkannya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya pada saat dia sihat dan masih hidup, amalan itu akan menyertainya sesudah mati." (Sahih, Ibnu Majah)[5]

Contoh dalam Sunnah[sunting | sunting sumber]

Sunnah mengandungi bukti dan penjelasan hukuman kubur.

  • Diceritakan Ibn 'Abbas: Rasulullah melalui dua kubur dan berkata, "Kedua-dua mereka (orang yang dalam kubur) diseksa, dan mereka tidak diseksa oleh kerana dosa besar. Yang ini tidak digunakan untuk menyelamatkan dirinya dari menjadi dilumpuri dengan kencingnya, dan yang satu lagi pernah membuat fitnah (di kalangan orang untuk membangkitkan permusuhan, misal kata, seorang pergi kepada seorang dan memberitahunya bahawa sebarang orang berkata tentangnya pasal sebarang perkara-pekara buruk). Nabi kemudian menanyakan daun hijau sebatang pokok kurma, membelahnya ke dalam dua bahagian dan menanam satu di tiap kubur dan berkata, "Ia diharapkan bahawa hukuman mereka boleh reda hingga kedua-dua keping daun berkeringan."[6]
  • Dari Abu Hurayrah yang berkata: Nabi berkata, “Apabila salah seorang kamu menamatkan tashahhud (keterangan agama dalam solat) akhir, dia harus meminta perlindungan dengan Allah dari empat perkara: Dari Azab Api Neraka, dari Azab Kubur, dari percubaan hidup dan kematian, dan dari percubaan jahat Maseehud-Dajjaal (Masihi Palsu).”[7]
  • Anas melaporkan Nabi Muhammad berkata: Jika anda tidak (meninggalkan) pengebumian yang mati (dalam kubur), saya sudah tentu berdoa kepada Allah bahawa Dia harus membuatmu mendengar keapda seksa kubur.[8]
  • Diceritakan Anas: Rasulullah berkata, "Apabila seornag manusia diletakkan dalam kuburnya dan para sahabatnya kembali dan dia jua mendengari langkah kaki mereka, dua malaikat datang kepadanya dan membuatnya duduk dan menanyanya: Apa yang kamu pernah berkata kepada lelaki ini, Muhammad? Dia akan berkata: Aku bersaksi bahawa dia adalah Rasulullah. Kemudian ia akan dikatakan kepadeanya, 'Lihat pada tempatmu dalam Api Neraka. Allah telah memberikan kamu tempat dalam Syurga daripada itu. “Rasulullah menambah, "Orang yang mati akan melihat kedua-dua tempatnya. Tetapi seorang kafir atau munafik akan berkata kepada para malaikat, 'Aku tidak tahu, tetapi aku pernah berkata apa yang orang pernah berkata! Ia akan dikatakan kepadanya, 'Tidak pun kamu tahu atau pernahkah kamu mengambil panduan (dengna membawa al-Quran).' Kemudian dia akan dipukul dengan penukul besi di antara kedua telinganya, dan dia akan menangis dan tangisan itu akan didengari oleh apa-apa sahaja yang mencapainya kecuali manusia dan jin."[9]
  • Umm Salama melaporkan: Rasulullah datang kepada Abu Salama (apabila dia mati). Matanya dimuatkan buka. Dia menutupnya. Dia mendekati mereka, dan kemudian berkata: Ketika roh diambil penglihatannya mengikutnya. Sesetengah orang dari keluarganya menangis. Jadi dia berkata: Jangan berdoa untuk dirimu sendiri apa-apa kecuali yang baik, untuk malaikat kata "Amin" pada apa yang kamu berkata. Dia kemudian berkata: O Allah, ampunilah Abu Salama, tingkatkanlah darjatnya di kalangan mereka yang dipimpin benar, berikannya seorang pengganti pada keturunannya yang masih ada. Ampunilah kami, O Tuhan sekian Alam, dan buatlah kuburnya luas, dan berikannya cahaya dalamnya.[10]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. "Life after death" di www.al-islam.edu.pk
  2. The Encyclopedia of Death and Dying, Entry: Islam
  3. Seperti dipetik oleh Abul-Hasan al-Ash’aree dalam al-Maqaalaatul-Islaamiyyeen (m/s. 430)
  4. THE SOUL'S JOURNEY AFTER DEATH, An Abridgement of Ibn Al-Qayyim's Kitabar-Ruh, Commentary by LAYLA MABROUK
  5. "Membeli syurga dengan harta". Sinar Harian. 23 Jun 2012. Diperolehi pada 20 Februari 2013. 
  6. Bukhari, Book 8, Volume 73, Hadith 78: Good Manners and Form
  7. Diriwayatkan oleh Sahih Muslim (2/93), Abu Daawood (no. 983), and others from Abu Hurayrah
  8. Muslim, Kitab 40, Hadis 6860: Kitab Berkaitan Syurga, Penjelasannya, Kedermawanannya dan Its Intimates
  9. Bukhari, Book 2, Volume 23, Hadith 422: Funerals
  10. Muslim, Book 4, Hadith 2003: The Book of Prayers

Pautan luar[sunting | sunting sumber]