Bahasa Melayu Kedah
| Bahasa Melayu Kedah بهاس ملايو قدح |
|
| Kedah Malay | |
| Dituturkan di | Malaysia |
|---|---|
| Rantau | Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak |
| Keluarga bahasa |
Bahasa Austronesian
|
| Kod Bahasa | |
| ISO 639-3 | – |
Bahasa Melayu Kedah merupakan salah satu dialek yang dituturkan oleh masyarakat Malaysia di Negeri Kedah, Penang, Perak, dan Perlis. Bahasa Melayu Kedah juga dipertuturkan di Wilayah Selatan Thailand iaitu Satun.
Penduduk di Trang, Thailand juga menuturkan bahasa Melayu Kedah dengan pengaruh bahasa Thailand [1] Penutur dialek Melayu ini keseluruhannya dianggarkan lebih 4 juta (sekitar 3,1 juta penutur bahasa ibunda dan selebihnya digunakan sebagai bahasa kedua). Selain negari-negari tersebut, dialek ini juga dituturkan di selatan Myanmar dan sebuah tempat di utara Sumatera. Masyarakat setempat merujuk kepada Bahasa Melayu Kedah ini sebagai loghat utara (dialek Utara-oleh Malaysia) dan pelet Kedah (dialek Kedah di Negeri Kedah).
Bahasa Melayu Dialek Kedah juga boleh dibahagikan kepada beberapa subdialek yang diterdiri daripada Kedah Persisiran (standard), Baling ataupun Kedah Hulu, Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang dan lain - lain (Luar Malaysia).
Contoh Bahasa Melayu Kedah:
| Dialek Kedah (Subdialek Piawai) | Bahasa Melayu Piawai (Malaysia) |
|---|---|
| Hang | Kamu, Engkau |
| Cek | Saya, Kamu |
| Depa | Mereka |
| Hangpa | Kalian |
| Sepa (Hanya digunakan disesetengah tempat) | Kami |
| Pi | Pergi |
| Mai | Datang, Mari |
| Awat, Pasepa | Mengapa |
| La | Sekarang |
| Sat | Sebentar, Sekejap |
| Mengkala | Bila, Apabila |
| KetegaR | Degil, Keras Kepala |
| Jom (digunakan secara meluas dalam Bahasa Melayu) | Ayuh, Mari |
| Kot (digunakan secara meluas dalam Bahasa Melayu) | Mungkin, Barangkali |
| GeRek | Basikal (juga digunakan oleh Masyarakat dikawasan bandar) |
| Mertun | Tukul |
| Tenggalung | Baling |
| Ghabat | Panjat |
| Ligan | Kejar |
| Loq Laq | Tak senonoh |
| Ketit | Gigit kecil |
| Tokak | Gigit |
| Berlemuih | Comot |