Batavia Air

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Batavia Air
Batavia logo.png
IATA ICAO Callsign
7P BTV BATAVIA
Ditubuhkan 2002
Hab Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta
Pesawat 31
Destinasi
Slogan syarikat Trust Us To Fly
(Percayakan Kami Untuk Terbang)
Ibu pejabat Jakarta, Indonesia
Tokoh Yudiawan Tansari (Presiden)
Laman web http://www.batavia-air.co.id

Batavia Air (PT. Metro Batavia) adalah sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Jakarta, Indonesia. Ia mengendali perkhidmatan penerbangan dalam negeri ke 30 destinasi dan juga ke luar negara seperti China, Amiriah Arab Bersatu dan Malaysia. Batavia Air berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta[1].

Isi kandungan

[sunting] Kod penerbangan

  • Kod IATA : 7P
  • Kod ICAO : BTV
  • Tanda panggilan (callsign) : BATAVIA [2]

[sunting] Sejarah

Batavia Air ditubuhkan pada 2002 dan memulakan operasinya pada Januari 2002. Ia pada asalnya dikenali sebagai Metro Batavia dan mula menggunakan kapal terbang Fokker F27 yang disewa dari Sempati Air. Penerbangan pertama yang dilancarkan adalah dari Jakarta ke Pontianak pada Januari 2002.

Pada Mac 2007, Kementerian Pengangkutan Indonesia memberi amaran kepada 7 syarikat penerbangan tempatan yang ia akan menarik balik lesen syarikat-syarikat tersebut kecuali jika mereka memperbaiki prosedur-prosedur dalaman bagi meningkatkan keselamatan di udara. Syarikat-syarikat ini diberi tempoh 3 bulan untuk melaksanakan apa yang ditetapkan oleh kementerian. Kementerian itu juga telah menghasilkan sebuah sistem penilaian bagi menilai kadar keselamatan di udara. Syarikat penerbangan yang menduduki tangga ke-3 dianggap memiliki kapal terbang yang kurang selamat. Mereka adalah: Adam Air, Batavia Air, Jatayu Airlines, Kartika Airlines, Manunggal Air Services, Transwisata Prima Aviation dan Tri-MG Intra Asia Airlines[1].

[sunting] Destinasi

Batavia Air mengenadali perkhidmatan-perkhidmatan di bawah (pada January 2005): [perlu rujukan]

[sunting] Armada

Sehingga Disember 2009, armada Batavia Air terdiri daripada:

[sunting] Peristiwa dan kemalangan

Pada 21 November, 2007 pesawat Batavia Air 737-400 telah hilang bahagian kepaknya sebesar 40cm kali 50cm jurus selepas berlepas dari Jakarta. Kapal terbang ini berjaya melakukan pendaratan kecemasan dengan selamat dan tiada penumpang yang cedera.

[sunting] Pautan luar

[sunting] Rujukan

  1. 1.0 1.1 "Directory: World Airlines", Flight International, 2007-03-27, p. 84. 
  2. Airline Codes
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain