Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
PT Lion Mentari Airlines, beroperasi sebagai Lion Air, ialah syarikat penerbangan tambang murah yang terbesar di Indonesia.[1] Mula beroperasi pada 30 Jun 2000, Lion Air terbang ke Arab Saudi, Malaysia Singapura dan Vietnam, selain bandar-bandar di dalam Indonesia, dari pangkalannya di Jakarta.[2]
Wings Abadi Air merupakan subsidiari syarikat penerbangan ini.
Pada masa lalu, Lion Air ditempatkan di Terminal Dua Sukarno-Hatta bersama dengan penerbangan antarabangsa yang lain, sedangkan penerbangan domestik ditempatkan di Terminal Satu. Perletakan Lion Air di Terminal Dua memberi kemudahan penerbangan sambungan kepada para penumpang antarabangsa, selain daripada memberi kemegahan kepada syarikat Lion Air. Sekarang Lion Air ditempatkan di Terminal Satu bersama penerbangan lainnya.
Lion Air terbang ke 60 destinasi ketika ini, 6 daripadanya antarabangsa (4 negara).
Pesawat-pesawat Lion Air setakat 14 Februari 2012 terdiri daripada:[1][3]
MD-82 Lion Air di Pekanbaru (2006)
Lion Air mencatat rekod apabila ia menempah 230 pesawat daripada Boeing pada 2012, menjadikannya pesanan terbesar daripada segi jumlah pesawat dan kos pesanan. Pada November 2011, Lion Air dan Boeing mengumumkan yang syarikat penerbangan itu bercadang membeli 29 737-900ER dan 201 737 MAX, dengan harga semasa $21.7 bilion.[5] Tempahan muktamad ditandatangani pada 14 Februari 2012, dengan nilai semasa $22.4 bilion.[6] Penghantaran -900ER dijangka bermula pada 2016, dengan MAX menyusul pada 2017.[6]