Garuda Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Garuda Indonesia
Penerbangan Garuda Indonesia
Garuda Indonesia Logo.svg
IATA ICAO Callsign
GA GIA Indonesia
Ditubuhkan 1949 (sebagai Garuda Indonesian Airways)
Hab
Hab kedua
Bandar tumpuan Padang, Palembang,Yogyakarta, Semarang, Manado
Program frequent flyer Garuda Frequent Flyer
Lobi ahli Garuda Lounge
Perikatan Skyteam (2012)
Pesawat 62
Destinasi 47
Ibu pejabat Jakarta, Indonesia
Tokoh Emirsyah Satar (Presiden dan CEO)
Laman web www.garuda-indonesia.com/

Penerbangan Garuda Indonesia atau lebih dikenali sebagai Garuda Indonesia merupakan penerbangan kebangsaan Indonesia berpusat di Indonesia. Garuda adalah nama burung mitos.

Isi kandungan

[sunting] Sejarah Garuda Indonesia

Garuda Indonesia Air Lines di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo

Garuda Indonesia bermula pada 26 Januari 1949, dengan bantuan KLM Royal Dutch Airlines menggunakan Catalina Flying Boats dan DC-3 Dakotas. Pesawat pertama mereka diberi nama Seulawah yang bermaksud Gunung Emas. Sepanjang permulaan operasi Garuda,ia mendapat banyak pertolongan dari kerajaan Burma. Pada tahun 1953 sahaja, 46 pesawat di dalam operasi Garuda. Pada tahun 1954, Garuda menjadi penerbangan kebangsaan Indonesia. Convair 240 dan Convair 340 kemudiannya memasuki perkhidmatan diikuti Lokheed Elektra pada tahun 1961. Manakala pada tahun 1956, Garuda membuat penerbangan sulung ke Mekah 60an menyaksikan kemajuan yang pesat dalam industri penerbangan Indonesia. Penerbangan pertama ke Hong Kong bermula pada tahun 1961. Pesawat jet pertama iaitu Convair CV990A diperkenalkan pada tahun 1963 digunakan untuk diterbangkan ke Amsterdam,Belanda. Kemudiannya DC-8 yang disewa dari KLM Royal Dutch Airlines memasuki operasi menggantikan Convair CV990A. Pesawat ini kemudiannya dibeli sendiri oleh Garuda. Manakala, F27,F28, DC9 dan 737-200 digunakan untuk perkhidmatan domestik.

Pada awal 1990-an, Garuda menggunakan pesawat DC10-30, Boeing 747 dan Airbus A300 untuk destinasi antarabangsa mereka.

[sunting] Kapal Terbang

Airbus A330-200 milik Garuda Indonesia
Pesawat Garuda mengiklankan Tahun Melawat Indonesia 2008

Pesawat di dalam operasi Garuda:

Boeing 737 NG Garuda Indonesia seragam baru di Lapangan Terbang Antarabangsa Adisucipto, Yogyakarta. (2010)

[sunting] Destinasi

Untuk rencana lanjutan, lihat Destinasi-destinasi Garuda Indonesia

Garuda terbang ke bandar-bandar utama di seluruh dunia termasuklah Asia dan Eropah.


[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain