Adam Air

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Adam Air
IATA
KI
ICAO
DHI
Callsign
Adam Sky
Ditubuhkan 2003
Operasi ditamatkan 18 Mac 2008
Hab LTA Soekarno Hatta
Pesawat 22
Destinasi 21
Ibu pejabat Jakarta, Indonesia
Tokoh utama Adam Adhitya Suherman (Presiden dan CEO)
Laman web http://www.flyadamair.com/

Adam Air merupakan sebuah sistem penerbangan swasta yang berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Jakarta, Indonesia dengan hab sekundernya di Medan dan Surabaya.

Walaupun kadangkala dirujuk sebagai satu penerbangan berkos rendah, ia memasarkan dirinya sebagai satu syarikat penerbangan yang merentangi di antara berkos rendah dan penerbangan tradisi dengan menawarkan perkhidmatan atas kapal dengan hidangan, tetapi pada harga persaingan, serupa dengan model yang digunakan oleh syarikat Valuair yang berpusat di Singapura.

Adam air adalah salah satu syarikat penerbangan yang ditutup oleh kerajaan indonesia. Penutupan tersebut disebabkan oleh kemalangan kemalangan udara yang menyebabkan kematian. (lihat penerbangan adam air 547).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Syarikat penerbangan ini ditubuhkan pada 2002 oleh ahli perniagaan dan ahli politik Indonesia terkenal, Agung Laksono bersama Sandra Ang.

Syarikat Adam Air telah memulakan operasi pada 19 Disember 2003 dengan 2 Boeing 737 disewa dari GE Capital Aviation Services. Ia dipunyai sepenuhnya dan dinamakan sempena nama Adam Adhitya Suherman, ketua eksekutif syarikat berkenaan.

Pesawat[sunting | sunting sumber]

Boeing 737 Adam Air

Peristiwa dan kemalangan[sunting | sunting sumber]

Rekod keselamatan Adam Air telah dikritik pada masa lalu. Dalam 2006 sekurang-kurangnya satu kapalterbang tergelincir dari landasan, di mana satu lagi telah tersalah arah – paling penting hilang – kemudian membuat pendaratan cemas.

Pada 1 Januari 2007, pengawal trafik udara telah hilang berhubungan dengan Penerbangan 574 Adam Air, kira-kira satu jam sebelum ia dijadualkan mendarat di Manado, Sulawesi, Indonesia. Penerbangan berkenaan berasal dari Surabaya, Jawa. Laporan awal telah dibuat menyatakan bahawa penyelamat telah berjaya mengesan bangkai kapalterbang itu. Bagaimanapun, laporan itu didapati salah. Kapal berkenaan masih lagi hilang, dan para penyelamat berkata mereka masih berharap yang kapalterbang berkenaan dapat membuat pendaratan cemas.

Destinasi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]