Batu Kikir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 2°50′U 102°19′T / 2.833°U 102.317°T / 2.833; 102.317 Batu Kikir ialah sebuah pekan yang terletak di antara Kuala Pilah dan Bahau, Negeri Sembilan. Dahulu, Batu Kikir merupakan pekan kecil yang mempunyai kedai-kedai kayu terletak di tepi jalan utamanya. Apabila menjelang musim perayaan, ia mengundang kesesakan jalan raya yang teruk kerana jalan yang melalui pekan itu kecil dan banyak kereta berhenti di tepi jalan untuk ke kedai berhampiran.

Tapi, kini Batu Kikir telah berwajah baru. Pekan lama itu telah dirobohkan dan diganti dengan kedai-kedai batu yang baru dan turut mempunyai perhentian bas. Jalan utamanya juga telah bertambah besar dan deretan kedai tidak lagi terletak di kiri-kanan jalan tersebut. Ia telah dipindahkan ke kawasan khas jauh dari jalan utama.

Di pekan Batu Kikir juga terdapat sebuah sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Kebangsaan Batu Kikir, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol. Juga terdapat sebuah sekolah Cina di sana.

Penduduk[sunting | sunting sumber]

Mejoriti penduduk pekan Batu Kikir terdiri daripada kaum melayu.Terdapat juga kaum cina dan India yang kebanyakannya berkerja sebagai peniaga. Pekan Batu Kikir yang yang terkenal dengan jambatan besi telah dinaik taraf oleh pihak kerajaan tempatan.

Taman Perumahan[sunting | sunting sumber]

Taman-taman perumahan yang terdapat di Batu Kikir antaranya ialah: Rumah Rakyat Batu Kikir,Taman Anggerik (Desa Anggerik),Taman Mutiara,Taman Mawar,Taman Setia Budi,Taman Melati dan lain-lain lagi.


Sejarah Peperangan Senapang & Parang 1946[sunting | sunting sumber]

Pekan Batu Kikir yang terletak lebih kurang 16km dari Kuala Pilah dan 12km dari Bahau merupakan sebuah kampung tersusun pada awalnya. Di pekan ini telah menyimpan satu sejarah yang masih belum dikenali secara meluas. Mengikut sejarah, terdapat satu peperangan yang agak menarik iaitu peperangan di antara masyarakat Melayu yang menggunakan senjata parang melawan pasukan Bintang Tiga yang menggunakan senapang. Walaupun senjata yang gunakan pasukan Bintang Tiga lebih baik berbanding dengan masyarakat Melayu pada ketika itu, tetapi kemenangan telah memihak kepada Masyarakat Melayu.

Peperangan ini menjadi satu sejarah yang mengambarkan semangat perjuangan masyarakat ketika itu menentang pasukan Bintang Tiga yang menjadikan Gua di Simpang Pertang sebagai markas mereka. Peperangan ini berpunca dari peristiwa amuk di Padang Lebar berhampiran dengan Pekan Batu Kikir. Akhirnya peristiwa ini bertukar kepada satu peperangan yang dahsyat dan melibatkan banyak nyawa dari pasukan Bintang Tiga terkorban. Peperangan ini telah berlaku pada bulan November 1946.

Peristiwa ini perlu diteliti kerana ianya memberi pengajaran tentang kehidupan yang harmoni datang dari kepercayaan dari satu kaum kepada satu kaum yang lain untuk tingggal bersama dalam satu tempat.[1]

Peristiwa Bersejarah 1988[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1988, telah berlakunya satu kebakaran yang terbesar di pekan batu kikir yang melibatkan deretan kedai utama di sana. Peristiwa itu berlaku sekitar jam 11 pagi. Banyak kemusnahan dan kerugian yang ditanggung oleh peniaga-peniaga disana ketika itu.Kerana kejadian itu, ia merubah bentuk asal Pekan Batu Kikir sekarang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. [Memoir Abdullah CD, Zaman Pergerakan Sehingga 1948, Sird, 2005, hlm 178]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]