Beruk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Beruk
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrata
Kelas: Mamalia
Order: Anthropoidea
Famili: Cercopithecidae
Genus: Macaca
Spesies: M. nemestrina
Binomial: Macaca nemestrina

Beruk (bahasa Inggeris: Pig-tailed Macaque) merupakan salah satu daripada haiwan terlindung yang terdapat di banyak negara di Asia, termasuknya Malaysia, Indonesia, Thailand, Bangladesh, India, China, Burma, Laos, Kambodia. Nama saintifiknya Macaca nemestrina. [1]

Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya ("mega diversity") dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih daripada 1,500 vertebrat darat, lebih daripada 150,000 spesies invertebrat, lebih daripada 1,000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih daripada 4,000 spesies ikan laut.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Beruk adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak sehingga mampu berdikari, dan mempunyai bulu di badan. Jantungnya terdiri daripada empat kamar yang serupa dengan manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, manakala kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Beruk mempunyai tempoh bunting selama 5.7 bulan (170 hari). Ia mampu hidup selama 26 tahun. Beruk jantan biasanya mempunyai ketinggian 495 - 564 mm, sementara beruk betina pula mempunyai ketinggian antara 467 hingga 564 mm.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.