Boo Cheng Hau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Dr.

Boo Cheng Hau
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Johor
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – masih menjawat
Didahului olehTeo Eng Yee (GERAKAN)
Butiran peribadi
Parti politikDAP (Pakatan Rakyat)
PekerjaanDewan Undangan Negeri

YB Dr. Boo Cheng Hau adalah seorang ahli politik Malaysia dari Parti Tindakan Demokratik (DAP). Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Skudai, Johor pada masa sekarang. Dr. Boo telah bertanding semenjak pilihan raya umum Malaysia 2004, 2008 dan 2013 bagi kawasan Skudai, negeri Johor.Kini telah keluar parti DAP. [1]

Isu[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Oktober 2011, kliniknya di Taman Universiti, di Johor Baharu, dipecah masuk mengakibatkan kerugian RM800. [2] Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor ACP Che Yusoff Che Ngah berkata kejadian berkenaan disedari seorang pekerja klinik terbabit kira-kira pukul 8 pagi sebelum polis menerima laporan mengenainya sejam kemudian. Dr Boo ketika ditemui berkata kejadian terbabit merupakan kali pertama sejak klinik itu dibuka 13 tahun lalu.

Keputusan Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

DUN: Skudai, Gelang Patah (N48, P.162)[3]
Tahun Pembangkang Undi Prts Kerajaan Undi Prts
2004 Boo Cheng Hau (DAP) 13,380 46% Teo Eng Yee (GERAKAN) 15,573 54%
2008 Boo Cheng Hau (DAP) 23,214 69% Teo Eng Tee (GERAKAN) 10,270 31%
2013 Boo Cheng Hau (DAP) 33,692 68% Liang Ah Chy (MCA) 15,642 32%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-02. Dicapai pada 2014-07-05.
  2. ^ "Klinik ADUN Skudai dipecah masuk", Malaysiakini.com. 25 Oktober 2011.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-02. Dicapai pada 2014-07-05.