Persatuan Cina Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Persatuan Cina Malaysia
Malaysian Chinese Association
马来西亚华人公会
MCA
Ketua Dato' Seri Chua Soi Lek
Setiausaha-Agung Dato' Sri Kong Cho Ha
Diasaskan 27 Februari 1949
Ibu pejabat Tingkat 8, Wisma MCA,
163, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Ideologi Nasionalisme.
Tapak web
Laman Persatuan Cina Malaysia

Persatuan Cina Malaysia (MCA) (Cina Tradisional: 馬來西亞華人公會, Cina Ringkas: 马来西亚华人公会, pinyin: Mǎláixīyà Huárén Gōnghuì; bahasa Kantonis: MaLoiSaiYa WahYen KoongWui; bahasa Inggeris: Malaysian Chinese Association) merupakan sebuah parti politik yang diasaskan pada 27 Februari 1949 di Malaysia untuk mewakili etnik Cina Malaysia, satu daripada tiga parti komponen utama bagi parti gabungan di Malaysia yang dipanggil sebagai Barisan Nasional (BN).

Presiden MCA[sunting | sunting sumber]

Nama Tempoh perkhidmatan
Tun Tan Cheng Lock 27 Februari 1949 - Mac 1958
Tun Dr. Lim Chong Eu Mac 1958 - Julai 1959
Dr. Cheah Toon Lok Julai 1959 to November 1961 (Pemangku)
Tun Tan Siew Sin November 1961 - April 1974
Tan Sri Lee San Choon April 1974 - Mac 1983
Datuk Dr. Neo Yee Pan Mac 1983 - November 1985 (Pemangku)
Tan Koon Swan November 1985 - September 1986
Tun Dr. Ling Liong Sik September 1986 - Mei 2003
Tan Sri Ong Ka Ting Mei 2003 - Oktober 2008
Dato' Sri Ong Tee Keat Oktober 2008 - 27 Mac 2010
Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek 28 Mac 2010 - 20 Disember 2013
Dato' Seri Liow Tiong Lai 21 Disember 2013 - kini

Program MCA[sunting | sunting sumber]

  1. 1993 - Projek Langkawi yang disasarkan untuk meningkatkan tahap pendidikan penduduk luar bandar .
  2. 2004 - Program pembelajaran sepanjang hayat .[1]

Penglibatan di dalam media[sunting | sunting sumber]

MCA juga mempunyai pengaruh di dalam media massa di Malaysia. Di antaranya adalah Huaren Holdings, The Star, dan stesen radio 988. Pada 7 Mei 2010, media internet Malaysiakini.com melaporkan bahawa MCA memiliki 40 peratus saham Star Publications melalui badan pelaburannya, Huaren Holdings. Star Publications menerbitkan akhbar bahasa Inggeris utama negara, The Star dan merupakan sumber kewangan penting bagi MCA. Oleh itu pucuk pimpinan yang berkaitan dengan politik akan berubah sepertimana berubahnya pucuk pimpinan MCA berubah daripada Dato' Seri Ong Tee Keat kepada Dato' Seri Chua Soi Lek.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Chin, James (2006). "New Chinese Leadership in Malaysia: The Contest for the MCA and Gerakan Presidency". Contemporary Southeast Asia (CSEA), Vol. 28, No. 1 (April 2006).
  • Chin, James (2000). "A New Balance: The Chinese Vote in the 1999 Malaysian General Election". South East Asia Research 8 (3), 281–299.
  • Chin, James (2001). "Malaysian Chinese Politics in the 21st Century: Fear, Service and Marginalisaton". Asian Journal of Political Science 9 (2), 78–94.
  • Goh, Cheng Teik (1994). Malaysia: Beyond Communal Politics. Pelanduk Publications. ISBN 967-978-475-4.
  • "National Front parties were not formed to fight for Malaysian independence". Malaysia Today. oleh Pillai, M.G.G. (3 November 2005)
  1. MCA Nafi Akan Tamatkan Projek Langkawi Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
  2. "'Pembersihan' di Star dan media milik MCA", Malaysiakini.com. 7 Mei 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]