Gelang Patah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Gelang Patah ialah sebuah pekan terletak di selatan Johor Bahru, Johor berhampiran Selat Tebrau. Pekan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. Kini namanya semakin megah dan kian popular dengan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar. Namanya juga terkenal disebabkan oleh "otak-otak Gelang Patah", sejenis makanan yang popular di Johor. Antara tempat yang menjadi mercu tanda Gelang Patah ialah jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Gelang Patah juga terkenal dengan restoran-restoran makanan lautnya yang yang menjadi tumpuan ramai penduduk tempatan serta penduduk Singapura.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama Gelang Patah dipercayai berasal daripada sebuah peristiwa pada zaman dahulu ketikamana kawasan Gelang Patah ini masih sebuah lautan. Pada suatu hari, sebuah kapal layar seorang permaisuri yang tidak diketahui asal usulnya dan namanya telah tiba di kawasan Gelang Patah, kemudian gelang yang dipakainya telah terjatuh ke dalam lautan. Dia berasa sedih dan menangis sehinggakan obor-obor terdengar sahutan dan tangisan kesedihan itu. Dengan kuasa ajaib, obor-obor itu telah menjumpai gelang tersebut dan membawa gelang tersebut kepada permaisuri itu. Malangnya, sebaik sahaja permaisuri itu ingin mencapai gelang, gelang itu patah secara tiba tibanya, lalu lantas permaisuri kembali bersedih keran merasakan dia tidak ada rezeki untuk memiliki gelang itu. Dan terlintas di fikirannya untuk menamakan kawasan terjadinya peristiwa yang menyayat hatinya itu dengan nama "Gelang Patah" sebagai tanda ingatan.[1]

Taman perumahan dan kampung[sunting | sunting sumber]

  • Taman Nusa Perintis 1, 2, 3
  • Taman Nusa Perdana, Taman Syed Idrus
  • Taman Gelang Emas, Taman Nusantara
  • Taman Mas
  • Taman Desa Paya Mengkuang
  • Taman Syed Idrus
  • Kampung Baru Muafakat, Kampung Baru
  • Kampung Paya Mengkuang
  • Kampung Tiram Duku, Pekajang
  • Kampung Melayu, Tg Adang, Tg Pelepas, Tg Kupang
  • Kampung Ladang, Kampung Ladang Darat, Kampung Bukit Tempurung
  • Kampung Jawa, Kampung Pok, Kampung Pendas Laut
  • Kampung Dapur Arang, Kampung Simpang Arang
  • Kampung Pulai, Kampung Ulu Pulai

Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • SJKC Ming Terk, Tmn Nusa Perintis
  • SK Nusantara, SA Nusantara, SMK Taman Nusa Jaya
  • SA Gelang Patah, SK Gelang Patah, SMK Gelang Patah, Tg Adang, Bukit kucing(C.I.Q)
  • SRK Gelang Patah, Bukit Tempurung, Tanjung Kupang, Murni Pok, Pekajang, Tmn Nusa Perintis, Bukit Kucing(C.I.Q), Desa Paya Mengkuang
  • SJKT Bukit Tempurung

Wakil politik[sunting | sunting sumber]

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Tan Ah Eng (BN) mengekalkan kerusi parlimennya P162 Gelang Patah.

  • Jumlah pengundi: 78,676
  • Peratusan kaum: M: 33.54% C: 54.06% I: 12.22%
  • Tan Ah Eng (BN) (33,630) menewaskan Dr. Zaleha Mustafa (PKR) (24,779) dengan majoriti 8,851.
  • Jumlah undi: 60,653
  • Peratus mengundi: 77.09%
  • Undi rosak: 2,244
  • Penyandang: Tan Ah Eng (BN) (majoriti: 31,666 undi)

Rujukan[sunting | sunting sumber]