Broery Marantika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Broery Marantika

Broery Marantika
Latar belakang
Nama lahir Simon Dominggus Pesulima
Nama lain Broery Pesulima
Lahir 25 Jun 1948(1948-06-25)
Asal Bendera Indonesia Indonesia
Mati 7 April 2000 (umur 51)
Genre Blues, jazz
Pekerjaan Penyanyi, pelakon
Tahun aktif 1971 - 2000
Laman web http://www.broery.com

Broery Marantika kemudian dikenali juga dengan nama Broery Pesulima (25 Jun 1948 -- 7 April 2000) adalah penyanyi dan penggubah dari Indonesia kelahiran Ambon. Nama sebenarnya adalah Simon Dominggus Pesulima, tetapi dia tidak menggunakan Pesulima ketika mula-mula dikenali sebagai penyanyi. Sebaliknya, Broery menggunakan nama keluarga Marantika, yakni nama keluarga ayah angkatnya yang juga bapa saudara sebelah ibunya, Paderi Simon Marantika

Selama kerjayanya dia lebih dikenali dengan nama Broery Marantika meskipun dia telah menukar kepada Pesulima sejak 80-an lagi. Dia dibesarkan oleh keluarga bapa saudaranya, Paderi Simon Marantika. Ayahnya bernama Gijsberth Pesulima sedangkan ibunya bernama Wilmintje Marantika. Broery mempunyai tiga adik beradik iaitu Henky, Freejohn and Hemi.

Salah satu lagunya yang terkenal antara lain adalah Mawar Berduri dan Angin Malam. Ia mengalami angin ahmar pada tahun 1998, setelah itu ia seringkali masuk keluar rumah sakit. Broery meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.

Broery menikah pertama kali di Singapura dengan penyanyi setempat yang namanya tersohor di seluruh Asia, Anita Sarawak. Dalam pernikahan itu, Broery menggunakan nama Broery Abdullah. Setelah bercerai, ia kembali menggunakan nama aslinya dan menikahi Wanda Irene Latuperisa. Mereka mempunyai dua orang anak Indonesia Pesulima dan Nabila Methaya Pesulima.

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain