Brokoli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Brokoli
Broccoli
Broccoli
Spesies
Brassica oleracea var. italica
Kumpulan kultivar
Kumpulan Italica
Asal
Dari Itali (2,000 tahun lalu)[1][2]

Brokoli atau kubis bunga hijau ialah sejenis tumbuhan yang dijadikan sebagai sayur-sayuran.

Jambak bunganya bersama tangkai jambak bunga yang muda direbus atau dikukus sehingga sederhana empuk untuk dijadika sebagai ulam. Rasanya lemak-lemak manis.

Ciri botani[sunting | sunting sumber]

Herba berbatang lembut sederhana besar, batang tidak berkayu. Daun tunggal, bersaiz besar, lebar, tebal, susunan berpilin, berwarna hijau tua, urat daun berwarna putih jelas kelihatan. Bunga majmuk, kecil, berwarna hijau tua ketika muda, terdapat di dalam jambak bugan yang keluar di hujung pucuk utama, tangkai bunga besar, berwarna putih kehijauan. Bunga yang mekar berwarna kuning. Buah panjang, mengandungi banyak biji benih.

Penanaman[sunting | sunting sumber]

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Brokoli mengandungi air, diindolimetana, glukorafanin, indol-3-karbinol, karotenoid, sulforafan, karbohidrat, alkaloid, serat, kalium, zink, fosforus, magnesium, kalisum, protein, gula dan vitamin C.[perlu rujukan]

Dikatakan jika memakan brokoli dapat mempercepatkan penyembuhan penyakit dan mencegah pertumbuhan sel kanser paru-paru.[perlu rujukan] Ia juga dapat menghindarkan diri dari pelbagai penyakit termasuk penyakit barah, serangan jantung, strok dan penyakit osteoporosis bagi wanita.[perlu rujukan] Selain itu, ia boleh dijadikan sebagai awet muda dan kaya dengan antioksidan dan penyedap selera makan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Buck, P. A. "Origin and Taxonomy of Broccoli". Department of Food Technology, University of California. Diperoleh pada 2009-05-14. 
  2. Stephens, James. "Broccoli—Brassica oleracea L. (Italica group)". University of Florida. ms. 1. Diperoleh pada 2009-05-14.