Kebudayaan Vietnam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Budaya Vietnam)
Lompat ke: pandu arah, cari

Kebudayaan Vietnam banyak dipengaruhi jirannya China. Oleh sebab kaitan Vietnam dengan selatan China sepanjang zaman, salah satu daripada ciri-ciri budaya Vietnam ialah tugas kewangan. Pendidikan dan kebaikan diri dihargai tinggi. Mengikut sejarah, lulus dalam peperiksaan Mandarin diraja pernah menjadi satu-satunya cara bagi orang Vietnam untuk memajukan diri mereka secara sosial.

Ketika zaman sosialis, kehidupan kebudayaan Vietnam banyak dipengaruhi oleh media yang dikawal kerajaan dan pengaruh kebudayaan rancangan sosialis. Selama berdekad-dekad, pengaruh budaya luar dihindari dan penekanan diberi kepada penghargaan dan perkongsian budaya negara komunis seperti Kesatuan Soviet, China, Cuba dan lain-lain. Sejak 1990-an, Vietnam melihatkan dirinya lebih terdedah kepada budaya dan media Asia Tenggara, Eropah dan Amerika.

Dewan Opera Hanoi ialah satu contoh seni bina Kolonial Perancis di Vietnam.

Salah sejenis pakaian tradisional Vietnam yang terlaris ialah " Áo Dài" yang dipakai untuk peristiwa khas seperti perkahwinan atau pesta. Áo dài berwarna putih dijadikan pakaian seragam yang diwajibkan untuk pelajar perempuan di kebanyakan sekolah tinggi di Vietnam. Áo Dài dahulunya dipakai oleh kedua-dua jantina tetapi kini hanya dipakai oleh perempuan, kecuali untuk peristiwa kebudayaan tradisional penting yang tertentu di mana ada lelaki yang memakainya.

Masakan Vietnam kurang berminyak dan banyak bersayur. Hidangan-hidangan utama banyak berdasarkan nasi, kicap, dan sos ikan. Rasa-rasa makanan ini biasanya manis (gula), pedas (lada serrano), masam (limau), nuoc mam (sos ikan), dan diperisakan lagi oleh beraneka pudina dan selasih.

Muzik Vietnam meanmpakkan sedikit perbezaan antara tiga rantau: Bắc (Utara), Trung (Tengah), dan Nam (Selatan). Muzik klasik Utara adalah yang tertua di Vietnam dan lebih bersifat formal. Muzik klasik Vietnam boleh dikatakan berasal daripada serangan Mongol, apabila orang Vietnam menawan sekumpulan opera China. Muzik klasik Tengah menunjukkan pengaruh budaya Champa dengan melodinya yang melankolik. Muzik selatan pula menghasilkan sifat laissez-faire yang bertenaga.

Bola sepak ialah sukan paling popular di Vietnam. Selain itu, badminton, tenis, ping pong, dan catur juga tidak kurang popular di kalangan rakyat. Bola tampar, khususnya yang bola tampar wanita, turut disaksikan ramai orang Vietnam. Masyarakat ekspatriat Vietnam membentuk sebahagian penting dalam kehidupan kebudayaan Vietnam dengan memperkenalkan sukan, filem, muzik dan kegiatan kebudayaan Barat yang lain kepada negara. Vietnam juga merumahkan sebuah industri perfileman yang kecil.

Di kalangan pelbagai majlis tradisional Vietnam, perkahwinan tradisional Vietnam adalah antara yang terpenting. Meskipun mengalami pembaratan, kebanyakan adat lama dalam perkahwinan Vietnam masih dirai oleh orang Vietnam di dalam dan luar negeri, dengan sering menggabungkan unsur timur dan barat.