Budaya di Kelantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kelantan terkenal dengan pelbagai jenis makanan. Antaranya ialah kuih tahi itik, keropok lekor, budu, nasi dagang, nasi kerabu, buah tanjung, lompat tikam, solok lada, ayam dan ikan percik, kerabu sagheh, jala mas dan lain-lain. Budu dihasilkan daripada ikan yang diperam dalam tempayan manakala kuih buah tanjung dan kuih tahi itik dihasilkan daripada kuning dan putih telur.

Hiburan tradisional Kelantan[sunting | sunting sumber]

  1. Dikir Barat
  2. Gasing
  3. Main Puteri
  4. Makyong Kelantan
  5. Menora Makyong
  6. Silat
  7. Wau Bulan
  8. Wayang Kulit Kelantan (atau Wayang Kulit Siam)
  9. Wayang Kulit Melayu

Suatu ketika dahulu, Wayang Kulit Gedek (atau Wayang Gedek) yang terkenal di negeri Kedah dan Perlis juga dikatakan pernah bertapak di negeri Kelantan. Pada masa kini kerajaan Kelantan mengharamkan persembahan Wayang Kulit Gedek. Ia kini telah lenyap dari negeri Kelantan.

Main Puteri bermula sebagai satu cara perubatan alternatif dengan menggunakan alunan muzik yang menarik dan mempunyai sebahagian daripada kepercayaan animisme. Bagaimanapun ia kini telah berubah dan merupakan suatu bentuk hiburan. Pada masa kini kerajaan Kelantan mengharamkan Main Puteri.

Namun begitu, kerajaan Kelantan telah menapis permainan sama ada permainan atau hiburan yang boleh memesongkan akidah mengikut syarak yang ditetapkan oleh agama atau permainan yang berunsur perubatan dan yang jelas mempengaruhi perspektif masyarakat Kelantan.

Salah satu budaya yang tersohor yang gemar dimainkan oleh masyarakat Kelantan ialah Dikir Barat di mana budaya atau hiburan ini telah tersebar ke seluruh negara dan institusi pengajian tinggi.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.