Bunga raya dadu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bunga raya dadu
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Malvales
Keluarga: Malvaceae
Genus: Hibiscus
Spesies:
H. mutabilis
Nama binomial
Hibiscus mutabilis

Bunga raya dadu, baru landak, bunga balik cahaya, bunga waktu besar dan si buyung (Hibiscus mutabilis)[1][2][3][4][5] ialah tumbuhan yang ditanam lama untuk bunga menonjolnya. Ia tempatan dari selatan China dan Taiwan, dan kini ditemukan seluruh benua kecuali Antartika.

Raya dadu cenderung tumbuh membelukar atau bak pohon di zon 9 dan 10, sungguhpun ia menjadi sakaan di sebelah utara. Bunganya boleh jadi tunggal atau ganda, dan bergaris pusat 4–6 in (10–15 cm); ia kembang putih atau dadu, dan berganti merah pekat setelah petang. Jenis Rubra pula berbunga merah. Bunganya menarik perhatian pendebunga, termasuk lebah khusus, Ptilothrix bombiformis.[6] Ia banyak ditanam orang kerana kelihatan indah ketika kembang di waktu pagi.[5]

Pergantian warna bunga raya dadu

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Bunga raya dadu dikenal dengan beberapa nama setempat lain serantau Nusantara:[3][4]

Botani[sunting | sunting sumber]

Tumbuhan renek ini tegak dengan tinggi 2–5 m (6 ka 7 in–16 ka 5 in), dengan beberapa percabangan dan berambut halus. Daunnya bertangkai panjang dan berwarna hijau kusam. Adapun panjangnya 5–8 cm (2.0–3.1 in) dan terletak berselingan. Lai daunnya besar, bercangap dan menjari 3-5 helai dengan hujung runcing dan pangkal berlekuk, berukuran 10–20 cm (3.9–7.9 in) × 10–22 cm (3.9–8.7 in); kededua permukaan dilapisi oleh bulu-bulu halus dan tunggal. Bila daun-daun ini diramaskan ke dalam air, airnya akan mengental.[5][7]

Bunganya berukuran besar, berdiameter 7–10 cm (2.8–3.9 in) dan keluar daripada daun yang berkumpul di hujung ranting. Bunga raya dadu yang terletak di ranting atas berwarna putih agak kekuningan pada awal waktu dan lama-kelamaan menjadi merah pekat atau kesumba. Tangkai bunganya sepanjang 8–10 cm (3.1–3.9 in), lurus, mempunyai 10 daun tangkai, bak bintang dan berbulu dengan panjang 1.5–2.5 cm (0.59–0.98 in). Tangkai-tangkai ini membentuk pembuluh yang kuat dan tersembul di stigmanya. Rangginya sepanjang 3–4 cm (1.2–1.6 in), bercangap lima dan berbentuk bujur. Sari bunganya berdiameter 10–12 cm (3.9–4.7 in),[8] berjumlah tunggal atau ganda, dan berwarna putih atau dadu di waktu pagi dan menjelang layu menjadi merah di sore hari. Sulur bunganya panjang, berwarna kuning dan pendek-pendek ukurannya.

Buahnya bulat, berdiameter 2–5 cm (0.79–1.97 in), dipenuhi rambut kasar, dan bijinya berlekuk. Bijinya bulat, berbulu, dengan panjang bulu 2–4 mm (0.079–0.157 in). Raya dadu yang berbunga tunggal boleh ditemukan di China, sementara yang berwarna ganda lebih sering ditanam. Tumbuhan ini boleh diperbanyakkan melalui pengetutan dan keratan.[7][9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "bunga raya dadu". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ "baru landak". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ a b de Clerq, Frederik Sigismund Alexander; Greshoff, Maurits (1909). Nieuw plantkundig woordenboek voor Nederlandsch-Indië. Amsterdam: J.H. de Bussy. m/s. 188.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  4. ^ a b Heyne, Karel (1917). De nuttige planten van Nederlandsch-Indië (dalam bahasa Belanda). 3. Batavia: Ruygrok & Co. m/s. 199.
  5. ^ a b c Sampaguita Syafrezani (2009). Manfaat Tumbuhan Bunga Penghias Pekarangan. Bandung: Titian Ilmu. m/s. 54. ISBN 978-979-027-105-1 Check |isbn= value: checksum (bantuan).
  6. ^ "Hibiscus mutabilis (Confederate Rose, Cotton Rose) | North Carolina Extension Gardener Plant Toolbox". plants.ces.ncsu.edu. Dicapai pada 2021-02-26.
  7. ^ a b Dalimartha, Setiawan (2007). Atlas Tumbuhan Obat Indonesia. 4:115 – 17. Jakarta:Puspa Swara. ISBN 979-1133-14-X.
  8. ^ Merrill, E.D. (1912). A Flora of Manila. Manila: Bureau of Printing. m/s. 322.
  9. ^ Dasuki, U.A. (2001). Hibiscus mutabilis L. dalam PROSEA. van Valkenburg, J.L.C.H. and Bunyapraphatsara, N. (Editors). PROSEA (Plant Resources of South-East Asia) Foundation, Bogor, Indonesia. Diakses pada 30 Desember 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]