Burung Ruak-ruak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Ruak-ruak
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Burung
Genus: Amaurornis
Spesies: A phoenicurus
Binomial: Amaurornis phoenicurus
[[{{{Ksubspesies}}}]]

Amaurornis phoenicurus phoenicurus
Amaurornis phoenicurus maldivus
Amaurornis phoenicurus insularis
Amaurornis phoenicurus leucocephalus
Amaurornis phoenicurus midnicobaricus
Amaurornis phoenicurus leucomelana
Amaurornis phoenicurus variabilis

Burung Ruak-Ruak ialah salah satu daripada haiwan yang boleh di dapati di Malaysia. Nama sainsnya Amaurornis phoenicurus[1]. Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar dalam koleksi gambar haiwan di Tanah Melayu. [2]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung Ruak-ruak adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (Vertebrat), kelas : burung. Burung Ruak-ruak adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Ruak-ruak tidak bergigi.

Burung ini biasa terdapat berhampiran penempatan manusia tetapi amat sukar dilihat kerana ia akan terbang atau berlari menyorok apabila menyedari manusia menghampirinya.

Anak burung bewarna hitam yang dapat dilihat apabila dibawa melintas jalan. Ia merupakan spesies yang mudah mengadaptasi.

Ia berbunyi pada waktu maghrib selama beberapa minit seperti bunyi katak menguak dan menguek dan diikuti bunyi u-wak. Juga bunyi hoop kosong lembut monoton berulang; bunyi amaran adalah hik bernada tinggi.

Burung Ruak-ruak (Amaurornis phoenicurus) merupakan sejenis burung air dalam keluarga rail and crake Rallidae.

Remaja di Kolkata, West Bengal, India.

Burung Ruak-ruak dewasa kebanyakannya mempunyai kelabu gelap pada bahagian belakang dan sisi, dan kepala, leher dan dada putih. Bahagian perut dan bawah ekor bewarna perang cerah (cinnamon coloured). Badannya tirus menegak agar memudahkan ia menyusup melalui rimbun semak dan rumput paya. Ia empunyai jari panjang, ekor pendek dan kaki dan paruh kuning.

Kedua jantina serupa bentuk, tetapi burung remaja lebih pudar berbanding burung dewasa. Bayi burung bewarna hitam seperti kesemua jenis (Rallidae).

Makanan[sunting | sunting sumber]

Burung ini menggunakan paruh dalam lumpur dan air berlumpur, juga memagut makanan yang dilihat. Ia makan serangga, ikan kecil, dan biji benih. Ia merayau mencari makan di tanah atau di semak samun dan tumbuhan renek.

Burung Ruak-ruak mudah dilihat dikawasan terbuka. Ia merupakan burung yang bising, terutamanya pada waktu subuh dan maghrib, dengan bunyi panggilan ruak ruak yang kuat.Merupakan hidupan liar yang dilindungan Akta Perlindungan Hidupan Liar Tahun 1972 (Akta 76) bagi semenanjung Malaysia,dan juga indonesia.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Burung Ruak-ruak membiak dengan bertelur. Telur Burung Ruak-ruak bercengkerang keras. Habitat membiak mereka adalah dikawasan berpaya sepanjang Asia selatan dari India dan Sri Lanka ke selatan China dan Indonesia. Ia bersarang ditempat kering di kawasan berpaya, bertelor 6-7 biji telor. Ia agak besar sekitar 32 cm dan merupakan penghuni tetap disepanjang julat mereka.

Habitat[sunting | sunting sumber]

Burung ruak-ruak terdapat di kawasan berair, seperti paya semak, kolam dan alur di hutan terbuka, paya bakau dan padang dan taman.

Tempatan di Malaysia dan kadang-kala juga dari negeri China. Terdapat di India sehingga Asia Timur sehingga Wallacea.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z
  1. (Bahasa Melayu) Senarai burung di Kuala Gula – format DOC
  2. Natural History Drawings: The Complete William Farquhar Collection : Malay ...