Capoeira

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Capoeira, sejenis silat yang diperkembangan oleh abdi Brazil.

Capoeira merupakan sejenis silat yang diperkembangkan oleh abdi Brazil semasa zaman jajahan. Silat ini berkait rapat dengan paranawe, sejenis tarian tradisional di negara tersebut.

Silat ini dicirikan oleh pergerakan yang cekap serta rumit, dan selalunya dilaksanakan dengan melekapkan badan atas lantai ataupun berdiri terbalik. Capoeira sentiasa dimain dengan muzik dan terdiri daripada dua gaya yang utama:

  • Angola: dicirikan oleh pergerakan yang lambat dan menumpukan kepada upacara amal serta tradisi capoeira;
  • Regional (disebut heh-jeeh-oh-nahl): dicirikan oleh pergerakan akrobat dengan penumpuan kepada teknik dan strategi.

Kedua-dua gaya ditandakan dengan penggunaan helah dan pergerakan berpura-pura serta gerak kaki yang meluas seperti ayunan, tendangan dan sondolan.

Keasalan perkataan capoeira telah dipertikaikan. Ada yang mengatakan perkataan ini merujuk kepada kawasan hutan yang telah dipugar. Bagaimanapun, cendekiawan Afro-Brazil, Carios Engenio, percaya bahawa perkataan ini merujuk kepada capa, sejenis bakul besar dan bulat yang dijunjung oleh abdi bandar yang menjual barang-barang. Menurut beliau, capoeira merujuk kepada orang yang menjunjung capa. Sebaliknya, K. Kia Bunseki Fu-Kiau, seorang cendekiawan Kongo, menggangap bahawa capoeira merupakan kecacatan perkataan kipura dalam bahasa Kikongo yang membawa maksud "mengepak-ngepak, bergerak pantas dari tempat ke tempat, bergelut ataupun bertumbuk". Khususnya, istilah ini digunakan untuk memerikan pergerakan ayam jantan dalam pertempuran.

Baru-baru ini, Capoeira telah dipopularkan oleh pelbagai filem dan permainan komputer serta ditonjolkan oleh muzik pop moden.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]