Christian Wulff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Christian Wulff
Christian Wulff

Tempoh berjawat
30 Jun 2010 – 17 Februari 2012
Didahului oleh Horst Köhler
Digantikan oleh Joachim Gauck

Tempoh berjawat
4 Mac 2003 – 30 Jun 2010
Didahului oleh Sigmar Gabriel
Digantikan oleh David McAllister

Tarikh lahir 19 Jun 1959 (54 tahun)
Tempat lahir Osnabrück, Jerman Barat
(kini Jerman)
Parti politik Kesatuan Demokratik Kristian
Pasangan Christiane Wulff
(m. 1988–2006, cerai)
Bettina Körner
(m. 2008–kini)
Anak Annalena
Linus
Alma mater Universiti Osnabrück
Agama Katolik Rom
Tandatangan Tandatangan Christian Wulff
Laman web Official website

Christian Wilhelm Walter Wulff (Sebutan bahasa Jerman: [ˈkʁɪstjan ˈvɪlhɛlm ˈvaltɐ vʊlf]; lahir 19 Jun 1959) ialah seorang ahli politik dan peguam Jerman yang berkhimdat sebagai Presiden Jerman mulai tahun 2010 hingga 2012. Ahli Kesatuan Demokratik Kristian ini berkhidmat selaku Menteri Besar negeri Niedersachsen pada tahun 2003 hingga 2010.[1] Beliau dipilih untuk menjadi presiden pada pilihan raya presiden pada 30 Jun 2010 setelah menumpaskan calon pembangkang, Joachim Gauck lalu memegang jawatan itu serta-merta,[2] sebelum mengangkat sumpah pada 2 Julai.[3]

Pada 17 Februari 2012, Wulff meletak jawatan selaku Presiden Jerman apabila berdepan dengan dakwaan rasuah ketika menjadi Menteri Besar Niedersachsen.[4] Horst Seehofer mengambil tempat beliau selaku pemangku ketua negara sementara menunggu pilihan raya untuk memilih pengganti Wulff.

Awal kehidupan dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Wulff dilahirkan di Osnabrück berugama Katolik Rom . Ayahnya meninggalkan keluarga lalu dibesarkan oleh ibunya. Sebagai remaja, dia harus menjaga adiknya kerana penyakit multiple sclerosis .Beliau belajar di Abitur di Ernst Moritz Arndt Gymnasium di Osnabrück.Kemudian Wulff pergi belajar undang-undang dan ekonomi di Universiti Osnabrück . Pada tahun 1987 dan 1990 beliau lulus untuk menjadi peguam.

Politik[sunting | sunting sumber]

Sejak 1975, Wulff telah menjadi ahli CDU. Dari 1978-1980, beliau berkhidmat sebagai ketua persekutuan Schülerunion, sebuah pertubuhan politik pelajar yang bergabung dengan Demokrat Kristian. 1979-1983, beliau menjadi ketua regional di Niedersachsen pada tahun 1983. Tapi kemudian mengundurkan diri kerana sambung belajar peringkat sarjana undang-undang hingga 1986. 1986 dipilih sebagai ahli dewan bandar di bandar kelahirannya. Sejak 1984, beliau menjadi ketua parti daerah CDU di Niedersachsen hingga 1994.

Presiden Jerman[sunting | sunting sumber]

Christian Wulff dipilih sebagai Presiden Jerman pada 30 Jun 2010 setelah menang 625 daripada 1.242 suara dalam pungutan suara ketiga di Konvensyen Persekutuan . Dia adalah Presiden Jerman termuda (51 tahun) dan Presiden Katolik Rom pertama lebih 40 tahun. (terakhir ialah Presiden Heinrich Lübke ). Wullf akan dilantik pada 2 Julai 2010 di depan Bundestag dan Bundesrat Jerman.

Pesaing utamanya dalam pilihanraya itu ialah Joachim Gauck seorang aktivis dari Jerman Timur dan bekas Pengerusi Federal Arkib STASI . Gauck dicalonkan oleh pembangkang SPD dan Hijau sebagai calon presiden mereka pada tarikh 3 Jun.

Wulff digantikan sebagai Perdana Menteri Niedersachsen oleh David McAllister . Pencalonan Wulff sebagai Presiden Jerman disahkan oleh Angela Merkel , Guido Westerwelle dan Horst Seehofer , ketua CDU , FDP dan pihak CSU pada malam hari 3 Jun 2010.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Christian Wulff bertemu dengan isteri pertamanya, peguam Christiane Wulff (lahir 1959), ketika mereka masih mahasiswa undang-undang di Osnabrück pada tahun 1983. Mereka berkahwin Mac 1988, dan mempunyai seorang puteri, Annalena (lahir 1993). Pada bulan Jun 2006, Wulff mengumumkan dia menceraikan isterinya.

Wulff kemudian berkahwin dengan pembantu Pejabat PM, Bettina Körner (lahir 1973 di Hanover), pada 21 Mac 2008 .Dia mempunyai seorang anak dari hubungan sebelumnya, dan pada tarikh 12 Mei 2008, dia melahirkan anak pertama mereka bersama, juga anak laki-laki.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Curriculum vitae of Prime Minister Christian Wulff – Office of the Prime Minister
  2. "Christian Wulff zum Bundespräsidenten gewählt", Official Website of German Bundestag, 30 Jun 2010. Dicapai pada 30 Jun 2010. “Mit der Annahme der Wahl hat Wulff zugleich sein neues Amt angetreten.” 
  3. "Merkel's Presidential Candidate Wulff Wins in Third-Round Vote", Bloomberg Businessweek, 30 Jun 2010. Dicapai pada 30 Jun 2010. “Wulff, who is married with one daughter and a son, will be sworn in on July 2.” 
  4. Waterfield, Bruno (17 February 2012). "Blow to Merkel as German president resigns". The Telegraph. http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/europe/germany/9088324/Blow-to-Merkel-as-German-president-resigns.html. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jawatan parti politik
Didahului oleh
Jürgen Gansäuer
Presiden Kesatuan Demokratik Kristian di Lower Saxony
1994–2008
Diikuti oleh:
David McAllister
Jawatan politik
Didahului oleh
Sigmar Gabriel
Menteri Presiden Niedersachsen
2003–2010
Diikuti oleh:
Jörg Bode
Acting
Didahului oleh
Horst Köhler
Presiden Jerman
2010–2012
Diikuti oleh:
Joachim Gauck
Pemegang jawatan kini

Templat:German presidents Templat:LowerSaxonyPMs Templat:Heads of state of the European Union Member states