Cintamani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cintamani (Sanskrit: चिंतामणि cintāmaṇi[1] Jawi: چينتاماني; bahasa Cina: 如意 寶珠 pinyin: Rúyì bǎozhū, romaji: Nyoihōju) adalah permata yang dipercayai dalam tradisi Hindu dan Buddha mampu mengabulkan hajat.[2][3]

Kepercayaan[sunting | sunting sumber]

Dalam mitos Hindu[sunting | sunting sumber]

Kepercayaan agama Hindu menghubungkan permata cintamani dengan dewa-dewa Wisnu dan Ganesha.

Dalam anutan Buddha[sunting | sunting sumber]

Agama Buddha mempercayai bahawa permata ini dipegang oleh orang-orang mulia Avalokiteshvara dan Ksitigarbha; permata ini dipercayai mempunyai mantera tersendiri (dharani) yang dibacakan kononnya untuk mendapatkan kebijaksanaan dan kebenaran Buddha serta mengubah penderitaan diri menjadi suatu langkah mencapai pencerahan.

Dalam tradisi Melayu lama[sunting | sunting sumber]

Permata cintamani sering dikaitkan dengan kewujudan seekor ular (yakni, "ular cintamani") tampak keemasan atau biru "berkilat-kilat" yang dipercayai muncul menetas dari telur burung cenderawasih.[4] Ular ini dipercayai membawa pengasih, tuah dan kebahagiaan[3] dengan seruan bomoh atau sesiapa sahaja yang mampu membacakan jampi serapah yang berpadanan[5] terutamanya dalam upacara menyeru dan mengambil Semangat Padi.[4] Ular ini turut ada muncul disebutkan dalam Hikayat Hang Tuah di mana penangkapan ia oleh Hang Tuah dalam perjalanannya di Pulau Biram Dewa disebutkan sebagai bukti keperkasaan atau kekuatan watak tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 398. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 52–53.
  2. ^ Guénon, René (1962). Symbols of Sacred Science (ed. kemaskini 2004). Sophia Perennis, USA. m/s. 277. ISBN 0-900588-78-0.
  3. ^ a b "cintamani". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  4. ^ a b Skeat, Walter William (1900). "Chapter 5: Magic Rites connected with the Several Departments of Nature". Malay Magic. London: Macmillan and Co., Limited. m/s. 304 – melalui Project Gutenberg.
  5. ^ Haron Daud (April 2010). "Oral traditions in Malaysia: A discussion of shamanism". Wacana. Universitas Indonesia. 12 (1): 181–200.