Dōjin
| Kandungan rencana ini tidak memetik sumber rujukan dan memerlukan pengesahan. Pembaca dinasihatkan membuat pertimbangan sendiri. Bantulah Wikipedia memperbaiki rencana ini dengan menambahkan sumber rujukan. Fakta yang tidak disahkan boleh dipertikai dan dipadam. (Mac 2007) |
Dōjin (同人 dōjin?), seringkali ditulis dalam huruf-huruf Roman sebagai doujin, merupakan istilah umum dalam bahasa Jepun yang merujuk kepada sekumpulan orang atau rakan-rakan yang berkongsi minat, aktiviti, hobi atau objektif yang sama. Perkataan ini kadang-kala diterjemah dalam bahasa Inggeris sebagai clique (klik), coterie (kelompok), society (masyarakat) atau circle (misalnya, sewing circle (peminat menjahit).
Di Jepun, istilah ini digunakan untuk merujuk kepada karya-karya terbitan amatur, termasuklah (namun tidak terhad kepada) manga, novel-novel, panduan peminat, keloksi seni, muzik dan permainan video. Sesetengah artis profesional mengambil bahagian sebagai suatu kaedah untuk menerbitkan bahan-bahan yang diluar skop industri terbitan biasa.
[sunting] Jenis-jenis
- Dōjinshi: manga. Sebuah sub-kategori dinamakan lebih tepat lagi sebagai dōjin CG (同人CG dōjin shiijii?) untuk seni-seni CG.
- Dōjin soft / permainan video dōjin (同人ソフト / 同人ゲーム dōjin sofuto / dōjin geimu?): judul-judul permainan video, perisian
- Dōjin muzik (同人音楽 dōjin ongaku?): muzik
- H dōjin (エッチ同人 ecchi dōjin?), atau "hentai", merupakan sejenis dōjin yang berunsurkan seks.
[sunting] Pautan luar
- (Inggeris) Doujinshi Online: laman web rujukan, menyenaraikan artis-artis berkumpulan
- (Inggeris) Passion: Laman senarai peminat dōjinshi terkenal
- (Inggeris) Doujinshi DB: pangkalan sumbangan pengguna untuk artis/buku/kumpulan dōjinshi, termasuklah penterjemahan nama-nama mereka