Deoksiribonukleotida

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Deoksiribonukleotida ialah nukleotida yang mengandungi deoksiribosa. Ia merupakan unit monomer bagi biopolimer maklumat, asid deoksiribonukleik (DNA). Setiap deoksiribonukleotida terdiri daripada tiga bahagian: gula deoksiribosa (monosakarida), bes bernitrogen dan satu kumpulan fosforil.[1] Bes bernitrogen adalah sama ada purina atau piridina, sebatian heterokitar dengan strukturnya menyokong interaksi pasangan bes khusus yang membolehkan asid nukleik meyimpan maklumatnya. Bes sentiasa terikat di 1'-karbon deoksiribosa, analog ribosa di mana kumpulan hidroksil daripada 2'-karbon digantikan dengan atom hidrogen. Komponen ketiga, kumpulan fosforil, terikat pada monomer deoksiribosa melalui kumpulan hidroksil pada 5'-karbon gula.

Apabila deoksiribonukleotida berpolimer untuk membentuk DNA, kumpulan fosfat daripada satu nukleotida akan terikat kepada karbon 3' pada nukleotida lain, membentuk ikatan fosfodiester melalui sintesis penyahhidratan. Nukleotida baharu sentiasa ditambah kepada karbon 3' nukleotida terakhir, jadi sintesis sentiasa berjalan dari 5' hingga 3'.

Seperti mana suatu nukleosida boleh dianggap sebagai nukleotida tanpa fosfat, begitu juga dengan deoksiribonukleosida, yakni deoksiribonukleotida tanpa fosfat.[2] Satu contoh ialah deoksisitidina.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dorland's Illustrated Medical Dictionary (ed. 32nd). Philadelphia: Saunders/Elsevier. 2012. m/s. 490. ISBN 978-1-4160-6257-8.
  2. ^ Deoxyribonucleosides dalam Tajuk Subjek Perubatan (MeSH) di Perpustakaan Perubatan Negara AS

Pautan luar[sunting | sunting sumber]