Dimitar Berbatov

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Dimitar Berbatov
Berbatov.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Dimitar Ivanov Berbatov
Tarikh lahir 30 Januari 1981 (33 tahun)
Tempat lahir Blagoevgrad, Bulgaria
Tinggi 1.89 m (6 ka 2+38 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini Manchester United
Nombor 9
Kerjaya remaja
Pirin Blagoevgrad
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1999–2001
2001–2006
2006–2008
2008–
CSKA Sofia
Bayer Leverkusen
Tottenham Hotspur
Manchester United
050 (25)
154 (69)
069 (27)
Pasukan kebangsaan
1999– Bulgaria 065 (39)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 21:42, 13 Mei 2008 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 16:51, 3 Jun 2007 (UTC)

Dimitar Berbatov (Bulgaria: Димитър Бербатов) (lahir 30 Januari 1981 di Blagoevgrad, Bulgaria) merupakan seorang pemain bola sepak Bulgaria yang bermain sebagai penyerang di kelab Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Beliau merupakan kapten bagi pasukan bola sepak kebangsaan Bulgaria. Beliau dikenali dengan sentuhannya yang cekap dan berkebolehan untuk menjaringkan gol, dan dianggap sebagai antara penyerang yang paling berbakat di Eropah.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Karier awal[sunting | sunting sumber]

Karier Berbatov bermula di kelab Pirin Blagoevgrad sebelum direkrut oleh Dimitar Penev.

CSKA Sofia[sunting | sunting sumber]

Berbatov berhijrah ke CSKA Sofia seawal usia 17 tahun, mengikut jejak bapanya Ivan yang pernah bermain dengan kelab tersebut sebagai pemain sayap dan pertahanan. Berbatov bermain dalam Bulgarian A PFG pada 1998 hingga Januari 2001, dengan penampilan sulungnya adalah pada musim 1998-99. Beliau mula menempa nama setelah menjaringkan 14 gol dalam 27 perlawanan liga dan memenangi Bulgarian National Cup pada 1999.

Pada Jun 2000 Berbatov hampir menyertai kelab Serie A Itali U.S. Lecce, namun gagal dipercayai atas permintaan Berbatov sendiri.

Bayer Leverkusen[sunting | sunting sumber]

Berbatov menyertai Bayer Leverkusen pada Januari 2001. Bagaimanapun, beliau membuat permulaan lembab dengan hanya 16 gol daripada 67 penampilannya bersama kelab. Namun beliau memainkan peranan penting dalam Liga Juara-Juara Eropah 2001-02 menerusi gerakan solo menentang Lyon, selain gol menentang Liverpool pada suku akhir. Beliau turut bermain dalam perlawanan akhir menentang Real Madrid, sebagai pemain gantian kepada Thomas Brdaric selepas 38 minit.

Pada musim 2002-03 Berbatov mula menjadi pilihan utama Leverkusen di barisan serangan namun hanya pada musim seterusnya iaitu pada 2003-04 barulah Berbatov mula menyerlah dengan 16 gol daripada 24 perlawanan. Dua musim selanjutnya nyata memihak kepadanya dengan menjaringkan 46 gol lagi termasuk 5 dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah 2004-05. Ini telah menarik minat kelab-kelab Eropah kepadanya.

Tottenham Hotspur[sunting | sunting sumber]

Spekulasi mula tercetus mengenai penghijrahan Berbatov ke Tottenham Hotspur, namun hanya pada bulan Mei 2006 Berbatov mengesahkan penghijrahannya dengan bayaran sebanyak €16m. Proses itu dilengkapkan pada 1 Julai 2006 setelah beliau memperoleh permit kerja, dan menjaringkan dua gol dalam masa dua minit ketika perlawanan sulungnya bersama Tottenham, menentang Birmingham City dalam perlawanan persahabatan pra-musim.

Gol kompetitif pertama Berbatov muncul dalam penampilan sulungnya dalam aksi tempat sendiri menentang Sheffield United di White Hart Lane. Gandingan beliau bersama Robbie Keane nyata menjadi buat Tottenham dalam saingan Piala UEFA, sebelum Tottenham disingkirkan oleh Seville pada pusingan suku akhir. Beliau kekal sebagai pilihan utama dalam barisan serangan Tottenham, walaupun penggiliran dilakukan oleh pengurus pasukan Martin Jol.

Walaupun beraksi dalam kejohanan benua, Berbatov mengambil masa untuk menyesuaikan dirinya dengan stail bola sepak Inggeris. Prestasinya mula meningkat ketika perlawanan menentang Wigan Athletic. Ianya diikuti dengan dua gol menentang Charlton Athletic. Gol sulung beliau dalam Piala FA muncul ketika menentang Fulham.

Berbatov dan rakan sepasukan beliau Robbie Keane dinamakan pemenang bersama Pemain Terbaik Liga pada bulan April, muncul sebagai pemain pertama untuk berkongsi anugerah sejak Dennis Bergkamp dan Edu dari Arsenal memenanginya pada Februari 2004. Beliau seterusnya menjaringkan gol ke-100 Tottenham dalam musim 2006-07, ketika kemenangan 2-0 ke atas Charlton Athletic pada 7 Mei 2007.

Permainan cemerlang beliau membawa kepada penganugerahan Pemain Terbaik Tahunan bagi Tottenham Hotspur pada 2006-07, selain disenaraikan dalam Pasukan Terbaik Tahunan Liga Perdana pada 21 April 2007. Berbatov adalah salah seorang daripada tiga pemain dalam senarai tersebut yang tidak bermain dengan pemenang liga Manchester United. Dua pemain lagi adalah Steven Gerrard dan Didier Drogba. Setelah Tottenham tewas tipis kepada Arsenal dalam pertembungan setempat London pada 22 Disember 2007, pengurus Arsenal Arsène Wenger menyamakan beliau dengan legenda Arsenal, Thierry Henry.

Hatrik pertama Liga Perdana beliau bersama Spurs muncul pada 29 Disember 2007, setelah menjaringkan 4 gol untuk membantu Tottenham menang 6-4 ke atas Reading.

Berbatov bermain dalam final kejohanan pertama bersama Tottenham dalam final Piala Liga pada 24 Februari 2008 di stadium Wembley, menentang Chelsea yang mana beliau menjaringkan gol menerusi sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan 1-1 dalam perlawanan yang dimenangi Tottenham 2-1. Beliau sekali lagi menjaringkan gol ke-100 Tottenham musim itu, dalam keputusan seri 1-1 menentang Wigan Athletic.

Musim 2008-09 bermula dengan agak sukar bagi Berbatov, setelah keinginannya untuk berhijrah ke pasukan yang lebih besar disiarkan secara meluas oleh media. Spekulasi mengenai tawaran daripada Manchester United untuk memperoleh khidmatnya memburukkan lagi keadaan, yang mana mengakibatkan Berbatov digugurkan daripada perlawanan menentang Sunderland.

Manchester United[sunting | sunting sumber]

Berbatov menyempurnakan perpindahannya ke Manchester United beberapa jam sebelum pintu perpindahan musim panas ditutup dengan bayaran sekitar £30.75 million, yang turut menyaksikan pemain muda United Fraizer Campbell menyertai Tottenham secara pinjaman semusim. Perpindahan itu disempurnakan sekalipun Tottenham menerima tawaran daripada Manchester City pada hari yang sama, yang mana City dibenarkan untuk berunding dengan Berbatov. Namun, Berbatov enggan dan tetap dengan keputusannya untuk menyertai United, menandatangani kontrak selama empat tahun. Beliau memakai jersi nombor 9 yang sebelumnya digunakan oleh Louis Saha.

Penampilan sulung beliau dengan United muncul ketika kunjungan ke Liverpool, yang mana hantaran beliau disempurnakan oleh Carlos Tevez untuk gol United. Gol pertama beliau untuk United muncul ketika perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Aalborg BK, dua gol untuk membantu kemenangan 3-0 United pada 30 September 2008. Gol liga pertama beliau untuk United muncul dalam kemenangan 4-0 menentang West Bromwich Albion pada 18 Oktober 2008. Seterusnya, jaringan minit akhir beliau menentang Bolton Wanderers pada 17 Januari 2009 membantu United menang 1-0 dan naik ke tangga teratas liga buat pertama kalinya dalam musim itu.