Steven Gerrard

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Steven Gerrard
Gerrard, playing for Liverpool
Maklumat peribadi
Nama penuh Steven George Gerrard
Tarikh lahir 30 Mei 1980 (34 tahun)
Tempat lahir Whiston, Merseyside, England
Tinggi 6 ft 1 in (1.85 m)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini Liverpool
Nombor 8
Kerjaya remaja
1987–1997 Liverpool
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1997– Liverpool 317 (61)
Pasukan kebangsaan
1999
2000–
England U21
England
004 0(1)
070 (14)[1]
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 15:33, 13 December 2008 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 27 October 2008 (UTC)

Steven Gerrard adalah seorang pemain bola sepak Inggeris yang beraksi untuk pasukan Liverpool F.C. Beliau dianggap sebagai antara pemain tengah terbaik di dunia, dan kini menjadi kapten pasukan Liverpool.

Gerrard memakai jersi nombor 8 di Liverpool (sebelum itu memakai jersi nombor 17 dan 28) dan ketika ini adalah Ketua Pasukan Liverpool. Steven Gerrard lebih gemar bermain di bahagian tengah midfield, tetapi dalam musim 2005-06 dia digunakan oelh Rafael Benitez di sebelah kanan pemain tengah. Ada kalinya Steven Gerrard digunakan sebagai penyerang sokongan oleh Rafael Benitez. Semasa Gerard Houllier pula, Gerrard selalu digunakan sebagai bek kanan. Ini membuktikan Steven Gerrard pemain serba boleh, dan bermain dengan cemerlang tidak kira di posisi mana beliau diturunkan.

Ciri permainan Steven Gerrard adalah larian menyerang yang kuat, sepakan yang menyengat dan kebolehannya untuk memberikan dorongan dan inspirasi kepada pemain-pemain di sekelilingnya. Antara perkara pertama dilakukan Rafael Benitez selepas menjadi pengurus Liverpool adalah untuk melatih Steven Gerrard mengurangkan lariannya tanpa menjejaskan keberkesannya di tengah padang.

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Steven Gerrard dilahirkan di Whiston, Merseyside dan membesar di Huyton, Merseyside. Beliau bersekolah di Cardinal Heenan Catholic High School di West Derby, Liverpool. Beliau meminati dan menyokong Liverpool dari sejak kecil lagi.

Semasa kecil Steven Gerrard pergi membuat tinjauan pasukan-pasukan lawan pasukan bola sepak sekolahnya. Dalam tahun 1994, Steven dipilih menyertai Skim Latihan Remaja dan hampir dapat menyertai pasukan bola sepak Sekolah-Sekolah England (England Schoolboys). Sepupu Steven, Anthony Gerrard adalah bekas pemain Everton yang kini bermain untuk Wallsall.

Steven Gerrard bertunang dengan Alex Curran dan mereka mempunyai dua orang anak perempuan Lily-Ella (lahir 23 Februari 2004) and Lexie (lahir 9 Mei 2006).

Steven Gerrard menyertai The Academy, pusat kecemerlangan pemain muda Liverpool, dalam tahun 1989 dan menunjukkan kemajuan pesat sehingga dapat menyertai pasukan utama Liverpool. Dengan itu, beliau bersama-sama Robbie Fowler, Michael Owen, Jamie Carragher dan Steve McManaman menjadi antara produk The Academy yang berjaya di peringkat tertinggi sebagai profesional bolas sepak.

Steven Gerrard pertama kali beraksi untuk Liverpool pada 30 November 1998 apabila beliau menggantikan Vegard Heggem dalam perlawanan menentang Blackburn Rovers. Beliau pertama kali dipilih dalam kesebelasan bermula dalam perlawanan Piala UEFA menentang Celta Vigo. Liverpool tewas dalam perlawanan tersebut tetapi Steven menunjukkan permainan yang mendapat pujian ramai. Steven menjaringkan gol pertama beliau dalam perlawanan menentang Sheffield Wednesday pada 5 Disember 1999, bila mana pemain-pemain muda Liverpool menunjukkan prestasi yang baik apabila ramai pemain senior terpaksa direhatkan disebabkan kecederaan.

Pada musim tersebut, Steven Gerrard memulakan kesemua tiga perlawanan akhir Liverpool (Piala Liga, Piala FA. dan Piala UEFA) dan diberikan anugerah Pemain Muda Terbaik (PFA Young Player of the Year) oleh Persatuan Pemain Profesional. Semasa musim panas tahun 2004, Chelsea memujuk Steven untuk menyertai pasukan itu, tetapi beliau enggan meninggalkan Liverpool. Pada mulanya, Steven cenderung untuk menyertai Chelsea tetapi dipujuk oleh keluarga dan rakan-rakan. Ketibaan Rafael Benítez sebagai pengurus baru Liverpool juga menjadi pendorong untuk Steven Gerrard kekal di Liverpool.

Liverpool F.C.[sunting | sunting sumber]

Rafael Benítez melantik Steven menjadi kapten Liverpool menggantikan Sami Hyppia. Rafa melihat Steven sebagai ketua yang boleh mendorong dan memberi inspirasi kepada rakan sepasukannya. Rafa juga mahukan tanggungjawab sebagai kapten akan memperbaiki rekod disiplin Steven. Rafa berjaya, kerana dalam musim 2003–04, Steven hanya dilayangkan 2 kad kuning.

Kecederaan semasa menentang Manchester United pada 20 September 2005 memaksa beliau berehat sehinga lewat bulan November 2004. Steve kembali beraksi semasa perlawanan terakhir kumpulan kelayakan Liga Juara-Juara menentang Olympiakos. Liverpool perlu menang dengan kelebihan dua gol untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Malangnya, Liverpool ketinggalan apabila Rivaldo menjaring gol Olympiakos dari satu sepakan percuma. Liverpool kembali melawan dan menjaidkan kedudukan 2-1, amsih belum mencukupi kerana perlu mendapatkan kelebihan 2 gol. Steve menjaringkan gol ketiga Liverpool dari jarak 25 meter. Steve kemudiannya menyatakan jaringan itu sebagai jaringan gol paling penting beliau untuk Liverpool.

Semangat enggan mengalah beliau terserlah semasa perlawanan akhir Piala Eropah di Istanbul menentang A.C. Milan. Liverpoolketinggalan 3-0 semasa separuh masa pertama. Dengan kemasukan Dietmar Hamann di barisan tengah midfield, Steven Gerrard berperanan bermain lebih menyerang, dan menanduk masuk gol pertama Liverpool. Gol ini menyemarakkan semangat Liverpool, dan Vladimir Smicer mendapatkan gol kedua. Steven Gerrard dijatuhkan oleh Gennaro Ivan Gattuso dalam kotak penalti, dan Xabi Alonso menjaringkan gol ketiga untuk menyamakan kedudukan 3-3. Setelah menang melalaui sepak penalti, Steven Gerrard berkata "How can I leave after a night like this?"[2] dan membayangkan hasratnya untuk terus kekal di Liverpool

Dalam bulan Julai 2005, perundingan untuk memperbaharui kontrak tidak mencapai kesefahaman. Laporan akhbar menyatakan Steven Gerrard kesal dengan Liverpool kerana lewat mencapai persetujuan. Chelsea sekali lagi mempelawa Steven Gerrard ke kelab itu, dan satu tawaran membeli Steven Gerrard pada harga £32 juta ditolak oleh Liverpool. Liverpool bertegas bahawa mereka mahu Steven Gerrard kekal di Anfield. Rafael Benitez memberitahu akhbar beliau mahukan Steven Gerarrd menggantikan belaiu sebagai pengurus Liverpool.

Pada 5 Julai 2004, Steven Gerrard secara terbuka menyatakan hasrat untuk meninggalkan Liverpool. [3] Ini menimbulkan perasaan terkejut di kalangan peminat Liverpool. Ada yang marah sehingga membakar jersi nombor 17 yang dipakai Steven Gerrard.

Keesokan paginya, Rick Parry Ketua Eksekutif Liverpool mengumumkan bahawa Steven Gerrard telah menghubungi beliau pada pagi tersebut dan menyatakan hasrat untuk terus berada di Liverpool. [4] Pada 8 Julai 2004, Steven Gerrard, bersama-sama sahabat baik Jamie Carragher menandatangani perlanjutan kontrak mereka dengan Liverpool. Dalam tahun itu, Steven Gerrard dinamakan sebagai Pemain Paling Ternilai UEFA (Most Valuable Player) untuk pertandingan Piala Eropah bagi musim 2004-2005. pada akhir musim 2005-2006, Steven Gerrard diberikan anugerah PFA Player of the Year, pemain Liverpool pertama menerima anugerah tersebut sejak John Barnes.

Walaupun berpuas hati di Liverpool, Steven Gerrard terus menjadi buruan. Benito Floro, pengarah Real Madrid F.C. menyatakan secara terbuka "I've recommended (to club president Fernando Martin) as priority signings a powerful central striker like Adriano, and a top midfielder in case Zinedine Zidane leaves. Gerrard is the football player that I included on the list, a player that the club has already wanted to sign in previous seasons" [5]. Steven Gerrard terus menyangkal dakwaan tersebut, dan menyatakan belaiu tidak akan ke mana-mana dan gembira berada di Liverpool. "I'm not going to get involved in all that kind of speculation again, I'm settled and happy at Liverpool, and I'm not going to go through another summer like the last two. "I'll be staying here until the day someone tells me they don't want me."[6]

Steven Gerrard mengakhiri mjusim terbaik beliau [7] dengan mengetuai pasukannya menjulang Piala F.A. setelah mengalahkan West Ham United. Steven Gerrard menjaringkan gol penyamaan Liverpool dalam minit-minit terakhir perlawanan. Jaringan dari jarak 35 meter melepasi Shaka Hislop dikatakan antara gol terbaik di dalam perlawanan akhir Piala F.A. Gol tersebut dipilih oleh Match of the Day sebagai Goal of the Season musim 2005-2006. Kiraan dibuat menunjukkan bahawa dalam masa satu saat yang diambil bola tersebut dari saat disepak hingga sampai ke jaring gol, Steven Gerrard telah menyepak bola tersebut bergerak pada kelajuan 109 km sejam apabila ia disepak. [8] Kini Steven Gerrard telah menjaringkan gol di dalam 4 perlawanan akhir, Piala F.A. (2006 mln West Ham), Piala Liga (2003 mln Manchester United), Piala UEFA (2001 mln Alaves), dan Piala Eropah (2005 mln AC Milan).

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Steven Gerrard dilihat antara pemain midfeld terbaik pernah beraksi untuk England. Beliau menyarung jersi nombor 4 untuk pasukan England. Steven Gerrard adalah di antara 3 orang pemain Liverpool yang menjaringkan gol apabila England mengalahkan Jerman 5-1 semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia dalam bulan September 2001. Gol itu adalah gol sulung Steven Gerrard untuk England. England layak ke peringkat akhir Piala Dunia, tetapi nasib Steven tidak baik. Beliau mengalami kecederaan dan tidak dapat menyertai pertandingan Piala Dunia 2002 di Jepun/Korea.

Steven Gerrard mengalami kecederaan ringan sebelum Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman dan hampir tidak dapat bermain dalam permainan pertama England. [1] Kesungguhan beliau membolehkan beliau mengatasi kecederaan tersebut dan memulakan perlawanan melawan Paraguay di mana England menang 1-0. Steven Gerrard menjaringkan 1 gol dalam perlawanan menentang Trinidad & Tobago dalam masa kecederaan. Steven Gerrard direhatkan untuk perlawanan menentang Sweden. Tetapi apabila England gagal bermain dengan cemerlang, Steven Gerrard dimasukkan sebagai pemain gantian dan menanduk masuk gol untuk pasukan England.

Steven Gerrard bermain menentang Portugal dan ditugaskan untuk mengambil sepak penalti. beliau seorang daripada 3 pemain England yang gagal menjaringkan penalti apabila penaltinya diselamatkan oleh Ricardo Pereira.

Dalam bulan ogos 2006, Steven Gerrard menyatakan bahawa terlebih yakin menjadi punca kekalahan England semasa Piala Dunia FIFA 2006. Steven Gerrard juga membidas keputusan Sven-Goran Eriksson membawa pemain muda Theo Walcott bersama skuad England. [9]

Dalam bulan Ogos, 2006, Pengurus baru England Steve McClaren mengumumkan Steven Gerrard sebagai naib kapten England. Rafael Benitez menyatakan bahawa Steven Gerrard berasa kecewa kerana tidak dipilih menjadi kapten pasukan England [2]

Impian[sunting | sunting sumber]

Steven Gerrard menyatakan dalam autobiografinya bahawa beliau ingin satu hari nanti menjadi Pengurus di Liverpool. Rick Parry dalam temuramah dengan Radio Five Live menyatakan Liverpool mahukan Steven Gerrard terus berada di Anfield. [3] [4]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Gerrard juga tidak terlepas daripada kontoversi seperti eksiden pergaduhan di bar berdekatan dengan Merseyside.Punca berkenaan adalah disebabkan ketidak puashati Gerrard kepada pemain lagu di bar tersebut. Ianya menyebabkan Gerrard melakukan perkara dibawah batasan beliau.

Kontroversi yang paling menyerlah adalah sebuah gambar sewaktu Gerrard keci.Ia adalah gambar Gerrard memakai jersi Everton dan memegang tropi yang dimenangi oleh Everton. Apa yang diketahui umum, The Toffes adalah musuh Liverpool berabad lamanya dan perbuatan Gerrard adalah sesuatu yang dianggap tidak relevan. Namun didalam suatu wawancara pada Mac 2009, Gerrard memberitahu perbuatan itu menanda tanda hormatnya terhadap ibunya yang merupakan peminat fanatik Everton. Gerrard juga memaklumkan bahawa beliau tidak terlintas untuk mewakili Everton sekali pun diberi peluang. Ia juga berhasrat menjadi Pengurus Liverpool dimasa depan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Steven Gerrard Profile". The FA. Diperoleh pada 2008-12-19. 
  2. "Gerrard could stay after Euro win". news.bbc.co.uk. Diperoleh pada 23 May.  Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan)
  3. "I want to leave Anfield - Gerrard". news.bbc.co.uk. Diperoleh pada 23 May.  Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan)
  4. "Gerrard in shock Liverpool U-turn". news.bbc.co.uk. Diperoleh pada 23 May.  Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan)
  5. "Gerrard is 'priority' for Real Madrid". telegraph.co.uk. Diperoleh pada 23 May.  Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan)
  6. "Forget Madrid - Gerrard out to lead title surge". Liverpool Echo. Diperoleh pada 3 June.  Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan)
  7. "Gerrard - The Best Yet". Sporting Life. Diperoleh pada 23 May.  Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan)
  8. "Reds take FA Cup". sportal.com.au. Diperoleh pada 23 May.  Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan)
  9. "Gerrard points to complacency". skysports.com. Diperoleh pada 12 Ogos.  Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: