Dinasti Kedua Puluh Lima Mesir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dinasti Kedua Puluh Lima Mesir
754 SM–656 SM
Patung pelbagai pemerintah Dinasti ke-25–awal zaman Napata. Dari kiri ke kanan: Tantamani, Taharqa (belakang), Senkamanisken, sekali lagi Tantamani (belakang), Aspelta, Anlamani, sekali lagi Senkamanisken; Muzium Kerma.[1] Dinasti Kedua Puluh Lima Mesir
Patung pelbagai pemerintah Dinasti ke-25–awal zaman Napata. Dari kiri ke kanan: Tantamani, Taharqa (belakang), Senkamanisken, sekali lagi Tantamani (belakang), Aspelta, Anlamani, sekali lagi Senkamanisken; Muzium Kerma.[1]
Pusat negeri Kush dan Empayar Kush dinasti ke-25 Mesir, sekitar 700 SM.[2]
Pusat negeri Kush dan Empayar Kush dinasti ke-25 Mesir, sekitar 700 SM.[2]
Ibu negaraNapata
Memphis
Bahasa yang umum digunakanMesir, Meroitik
Agama
Agama Mesir Purba
KerajaanMonarki
Firaun 
• 744–712 SM
Piye (pertama)
• 664–656 SM
Tantamani (terakhir)
Sejarah 
• Didirikan
754 SM
• Dibubarkan
656 SM
Didahului oleh
Diganti oleh
Dinasti Kedua Puluh Dua Mesir
Dinasti Kedua Puluh Tiga Mesir
Dinasti Kedua Puluh Empat Mesir
Kerajaan Kush
Zaman Lewat Mesir Purba
Penaklukan Assyria ke atas Mesir
Dinasti Kedua Puluh Enamm Mesir
Kerajaan Kush

Dinasti Kedua Puluh Lima Mesir (dinotasikan sebagai Dinasti XXV, atau Dinasti ke-25 atau Dinasti 25), juga dikenali sebagai Dinasti Nubia, Empayar Kush, Dinasti Firaun Hitam,[3] atau Dinasti Napata, sempena ibu kota mereka Napata,[4] ialah dinasti terakhir Tempoh Perantaraan Ketiga Mesir yang berlaku selepas pencerobohan Nubia.

Dinasti ke-25 merupakan sebuah kerabat firaun yang berasal dari Kerajaan Kush, yang terletak di Sudan utara dan Mesir Hulu sekarang. Kebanyakan raja dinasti ini menganggap Napata sebagai tanah air rohani mereka. Mereka memerintah sebahagian atau seluruh Mesir Purba selama hampir satu abad, dari 744 hingga 656 SM.[5][6][7][8]

Dinasti ke-25 sangat dipengaruhi Mesir, menggunakan bahasa dan sistem tulisan Mesir sebagai medium catatan dan mengabdikan diri kepada tradisi keagamaan, kesenian dan susastera Mesir. Sarjana-sarjana terdahulu menyatakan bahawa moyang dinasti itu ialah pendatang dari Mesir, khususnya pendeta-pendeta Amun Mesir.[9][10][11] Sarjana terkemuka masih percaya pada teori bahawa semasa tempoh pertengahan ketiga di Mesir purba, terdapat kedatangan dan pengaruh orang Mesir yang mendadak dari negeri Napata, dibuktikan dengan penemuan daripada penggalian di tanah perkuburan el-Kurru, yang merupakan tapak penting yang dikaitkan dengan asal usul Napata. Ini bertepatan dengan proses Pemesiran dalam tempoh itu.[12][13]

Penyatuan semula Dinasti ke-25 Mesir Hilir, Mesir Hulu, dan Kush mewujudkan empayar Mesir yang terbesar sejak Kerajaan Baru. Mereka berasimilasi ke dalam masyarakat dengan menegaskan semula tradisi agama, kuil, dan bentuk seni Mesir Purba, sambil memperkenalkan beberapa aspek unik budaya Kush.[14] Semasa dinasti ke-25, piramid dibina pada kadar yang tidak pernah dilihat sebelum itu di lembah Nil (kebanyakannya di kawasan yang kini dikenali sebagai Sudan Utara) sejak zaman Kerajaan Tengah.[15][16][17]

Selepas Raja-raja Assyria Sargon II dan Sennacherib mengalahkan percubaan raja-raja Nubia untuk bertapak di Timur Dekat, pewaris mereka Esarhaddon dan Asyurbanipal menyerang, mengalahkan, dan mengusir orang Nubia dalam penaklukan Assyria ke atas Mesir. Kejatuhan Dinasti ke-25 menandakan permulaan Zaman Akhir Mesir Purba. Dinasti Kedua Puluh Enam pada mulanya adalah dinasti boneka yang dibubuh oleh Assyria juga jajahan-jajahannya, dan merupakan dinasti peribumi terakhir yang memerintah Mesir sebelum pencerobohan oleh Empayar Achaemenid Parsi.

Beberapa sarjana mengkritik memanggil dinasti ini "Firaun Hitam" kerana ia membayangkan bahawa dinasti lain tidak juga datang dari selatan. Mereka percaya istilah ini mengabaikan hubungan genetik antara Nubia dan Mesir purba.[18][19]

Firaun-firaun Dinasti ke-25[sunting | sunting sumber]

Firaun-firaun Dinasti ke-25 memerintah selama kira-kira 91 tahun di Mesir, dari 747 SM hingga 656 SM.

Firaun Gambar Nama takhta Memerintah Piramid Permaisuri Komen
Piye Usimare c. 747–714 SM Kurru 17
Kashta kadangkala dianggap sebagai firaun pertama dinasti ini, dan bukan Piye.
Shebitku Djedkare 714–705 SM Kurru 18 Arty (Kurru 6)
Shabaka Nefer-ka-re 705–690 SM Kurru 15
Taharqa Khunefertumre 690–664 SM Nuri 1
Tantamani Bakare 664–656 SM Kurru 16
Kehilangan Mesir Hulu pada 656 SM apabila Psamtik I menawan Thebes pada tahun itu.

Garis masa Dinasti ke-25[sunting | sunting sumber]

TantamaniTaharqaShabakaShebitkuPiye

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Elshazly, Hesham. "Kerma and the royal cache" (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ "Dive beneath the pyramids of Sudan's black pharaohs". National Geographic. 2 Julai 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Julai 2019.
  3. ^ Morkot, Robert (2000). The black pharaohs : Egypt's Nubian rulers. London: Rubicon Press. ISBN 0-948695-23-4. OCLC 43901145.
  4. ^ Oliver, Roland (5 Mac 2018). The African Experience: From Olduvai Gorge to the 21st Century. Routledge. m/s. 66. ISBN 978-0-429-97650-6. Orang Napata, sekitar 900 SM menakluki Nubia Hilir dan Hulu, termasuklah lombong-lombong emas yang sangat penting, dan pada 750 cukup kuat untuk menakluki Mesir, di mana raja-raja mereka memerintah selama hampir satu abad sebagai Dinasti Kedua Puluh Lima
  5. ^ "Nubia | Definition, History, Map, & Facts". Encyclopedia Britannica. Dicapai pada 2021-05-28.
  6. ^ Bard, Kathryn A. (7 January 2015). An Introduction to the Archaeology of Ancient Egypt. John Wiley & Sons. m/s. 393. ISBN 978-1-118-89611-2.
  7. ^ Török, László (1998). The Kingdom of Kush: Handbook of the Napatan-Meroitic Civilization. Leiden: BRILL. m/s. 132–133, 153–184. ISBN 90-04-10448-8.
  8. ^ "King Piye and the Kushite control of Egypt". Smarthistory. Dicapai pada 2021-05-28.
  9. ^ Heinrich, Brugsch (1902). A history of Egypt under the Pharaohs. John Murray London. m/s. 387.
  10. ^ Breasted, J.H. (1924). A History of Egypt from the Earliest Times to the Persian Conquest. Charles Scribner's Sons. m/s. 538–539.
  11. ^ Drioton, E. (1962). Drioton, E; Vandier, J – Les Peuples de l'Orient Méditerranéen II L' Egypte. Paris: Presses universitaires de France. m/s. 524, 537–538.
  12. ^ Assmann, Jan (2002). The Mind of Egypt: History and Meaning in the Time of the Pharaohs. Metropolitan Books. m/s. 317–321.
  13. ^ Wenig, Steffen (1999). The origin of the Napatan state: El Kurru and the evidence for the royal ancestors. In Studien zum antiken Sudan: Akten der 7. Internationalen Tagung für meroitische Forschungen vom 14. bis 19. September 1992 in Gosen/bei Berlin. Harrassowitz; Bilingual edition. m/s. 3–117.
  14. ^ Bonnet, Charles (2006). The Nubian Pharaohs. New York: The American University in Cairo Press. m/s. 142–154. ISBN 978-977-416-010-3.
  15. ^ Mokhtar, G. (1990). General History of Africa. California, USA: University of California Press. m/s. 161–163. ISBN 0-520-06697-9.
  16. ^ Emberling, Geoff (2011). Nubia: Ancient Kingdoms of Africa. New York: Institute for the Study of the Ancient World. m/s. 9–11. ISBN 978-0-615-48102-9.
  17. ^ Silverman, David (1997). Ancient Egypt. New York: Oxford University Press. m/s. 36–37. ISBN 0-19-521270-3.
  18. ^ "Salah satu masalah lain dengan panggilan "Firaun Hitam" ialah ia seolah-olah mengatakan bahawa tiada seorang pun pemerintah Mesir Pradinastik, Protodinastik, atau dinasti lain boleh dipanggil "hitam"—dalam erti kata orang Kush—yang, walaupun tidak begitu menarik, adalah tidak benar. Malah Sir Flinders Petrie, bapa teori "Kaum Dinastik" Asiatik bagi asal usul dinasti Mesir, menyatakan bahawa pelbagai dinasti lain berasal dari rantau "Sudan" atau mempunyai hubungan di sana, berdasarkan fenotip; yang seakan-akan [salah] memaksudkan bahawa ciri-ciri tertentu mustahil ada pada bangsa Mesir, iaitu sebahagian daripada variasi biologi nenek moyang mereka." Keita, S. O. Y. (September 2022). "Ideas about "Race" in Nile Valley Histories: A Consideration of "Racial" Paradigms in Recent Presentations on Nile Valley Africa, from "Black Pharaohs" to Mummy Genomest". Journal of Ancient Egyptian Interconnections.
  19. ^ Crawford, Keith W. (2021). "Critique of the "Black Pharaohs" Theme: Racist Perspectives of Egyptian and Kushite/Nubian Interactions in Popular Media". African Archaeological Review. 38 (4): 695–712. doi:10.1007/s10437-021-09453-7. ISSN 0263-0338.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Reisner, G. A. (1919). "Discovery of the Tombs of the Egyptian XXVth Dynasty". Sudan Notes and Records. 2 (4): 237–254. JSTOR 41715805.
  • Morkot, R. G. (2000). The Black Pharaohs, Egypt's Nubian Rulers. London: Rubicon Press.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]