Edmund Hillary

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sir Edmund Hillary
Edmund Hilllary by Kubik 2004.JPG
Sir Edmund Hillary (2004)
Kelahiran 20 Julai 1919(1919-07-20)
Tuakau, North Island, New Zealand
Meninggal dunia 11 Januari 2008 (umur 88)
Auckland, New Zealand
Pasangan Louise Mary Rose (1953-1975), June Mulgrew (1989-2008)
Anak Peter (1954), Sarah (1955), and Belinda (1959-1975)
Ibu bapa Percival Augustus Hillary and Gertrude Hillary, née Clark
Sir Edmund Hillary selepas mengikuti kapal terbang pertama mendarat di landasan Marble Point - Antartika
Sir Edmund Hillary bersama Tenzing selepas turun daripada puncak Everest pada 1953

Sir Edmund Percival Hillary, KG, ONZ, KBE (20 Julai 1919 - 11 Januari 2008) adalah pengembara dan pendaki gunung (mountaineer) kelahiran New Zealand yang paling terkenal. Dia merupakan orang pertama yang berjaya mendaki Gunung Everest. Dia sampai ke puncak 8.850 meter (29,035 kaki) pada 29 Mei 1953 dengan pemandu Sherpa, Tenzing Norgay.

Dilahirkan di Tuakau, Waikato dia mula mendaki semasa remaja, pendakian paling menonjol pada 1939. Hillary menghadiri Auckland Grammar School. Semasa Perang Dunia II dia merupakan navigator RNZAF. Dia adalah sebahagian ahli ekspedisi New Zealand ke Everest yang gagal pada 1951 sebelum menyertai cubaan British yang berjaya pada 1953. Dia memanjat 10 puncak lain di Himalaya semasa lawatan lanjut pada 1956, 1960-61 dan 1963-65. Dia juga sampai ke Kutub selatan, sebagai ahli ekspedisi British Commonwealth Trans-Antarctic Expedition, pada 4 Januari 1958.

Dia telah dianugerahkan darjat Knight Commander of the Order of the British Empire (KBE) pada 16 Julai, 1953 dan telah mejadi ahli kepada Order of New Zealand (ONZ) pada 1987. Dia juga telah dikurniakan Knight of the Order of the Garter (KG) pada 23 April 1995.

Sir Edmund kemungkinan adalah rakyat New Zealand yang pertama dipaparkan dalam wang kertas walaupun dia masih hidup.

Edmund Hillary pada wang 5 dolar New Zealand

Dia telah banyak memperuntukan masa hidupnya untuk membantu orang Sherpa di Nepal melalui Himalayan Trust yang telah diasaskannya dan telah memberi banyak masa dan wang. Melalui usahanya, dia telah berjaya membina banyak sekolah dan hospital di kawasan ulu di Himalaya. Malah dia menyatakan bahawa ini adalah kejayaannya yang paling penting. Dia juga adalah Presiden Kehormat bagi American Himalayan Foundation, sebuah badan bukan kerajaan dari AS yang membantu memperbaiki ekologi dan keadaan hidup di Himalaya.

Sebagai memperingati ulangtahun ke-50 pendakian Everest yang pertama, kerajaan Nepal telah menganugerahkan kerakyatan kehormat untuk Sir Edmund pada sebuah majlis peringatan di ibu negara Nepal, Kathmandu. Sir Edmund ialah warganegara rakyat asing pertama yang menerima kurniaan sebegitu dari masyarakat Nepal.

Laluan Edmund Hillary yang digunakan untuk mendaki Gunung Everest bersama jurupandu

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Januari 2011, Sir Edmund Hillary meninggal dunia pada usia 88 tahun. Rakyat New Zealand itu meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di Hospital Auckland, New Zealand.[1]

Kronologi Hillary[sunting | sunting sumber]

• 1919 Lahir di Auckland, New Zealand

• 1939 Pendakian puncak utama pertama, Gunung Oliver

• 1943-1945 Berkhidmat sebagai jurumudi bot Catalina pada Perang Dunia Kedua

• 29 Mei 1953 Pendaki pertama sampai ke puncak Gunung Everest

• 1953 Menerima gelaran Sir dari Ratu Elizabeth

• 1958 Mengetuai kumpulan ekspedisi pertama berkenderaan ke Kutub Selatan

• 1975 Isteri, Louise dan anak bongsu perempuan, Belinda terbunuh dalam nahas pesawat di Nepal

• 1989 Mengahwini teman lama, June Mulgrew

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan