29 Mei
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Mei 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
| MMXII | ||||||
29 Mei merupakan hari ke-149 (hari ke-150 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 216 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Demokrasi di Nigeria.
[sunting] Peristiwa
- 1453 - Constantinople jatuh kepada angkatan tentera Turki Uthmaniyyah pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih (gambar), mengakhiri Empayar Byzantine.
- 1660 - Pengembalian Inggeris: Charles II (gambar) menaiki takhta England pada Hari Oak Apple.
- 1914 - Kapal samudera RMS Empress of Ireland tenggelam di Sungai Saint Lawrence selepas berlanggar dengan SS Storstad, menyebabkan 1,012 orang maut.
- 1919 - Pencerapan yang dibuat oleh Arthur Eddington sewaktu gerhana matahari mengesahkan sebahagian teori kerelatifan am Albert Einstein.
- 1953 - Penjelajah Sir Edmund Hillary dan Sherpa Tenzing Norgay menjadi orang pertama sampai ke kemuncak Gunung Everest (gambar).
- 1999 - Olusegun Obasanjo menjadi Presiden Nigeria, ketua negara Nigeria yang pertama dipilih dari kalangan awam selepas 16 tahun pemerintahan tentera.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||