Edward, Si Putera Hitam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Edward dari Woodstock
Putera Wales ; putera dari Aquitaine dipanggil "Si Putera Hitam"
Edward, Si Putera Hitam dalamsebuah manuskrip berhias
Pasangan Joan, Countess Kent ke-4
Putera-puteri
Edward dari Angoulême
Richard II dari Bordeaux, Raja England
Keluarga diraja Kerabat Plantagenet
Ayahanda Edward III dari Windsor, Raja England
Bonda Philippa dari Hainault
Kelahiran 15 Jun 1330(1330-06-15)
Istana Woodstock, Oxfordshire
Kemangkatan 8 Jun 1376 (umur 45)
Pengebumian Kathedral Canterbury, Kent

Edward, Si Putera Hitam atau Edward dari Woodstock (15 Jun, 13308 Jun, 1376) adalah anak lelaki sulung kepada Raja Edward III dari England.

Edward telah dilahirkan di Istana Woodstock berdekatan Oxford. Beliau telah diangkat menjadi Putera Wales pada tahun 1343 dan mengikuti bapanya dalam peperangan menentang Perancis. Beliau adalah seorang tentera yang terkenal, dan telah membantu bapanya mencapai kemenangan dalam Pertempuran Crécy dan Pertempuran Poitiers. Pada tahun 1361, Edward telah mengahwini sepupu beliau, Joan dari Kent. Mereka memiliki dua orang anak lelaki, Edward dan Richard. Anak lelaki sulunya, Edward, meninggal dunia semasa berumur enam tahun.

Edward dikenali dalam sejarah sebagai "Si Putera Hitam", akan tetapi tiada seorangpun yang pasti alasan di atas nama gelaran ini. Edward meninggal dunia semasa berumur 45 tahun dan dikebumikan di Kathedral Canterbury. Disebabkan bapanya masih hidup, Edward tidak pernah menjadi seorang raja. Beliau telah meminta bapanya memberi gelaran Putera Wales kepada anak lelakinya Richard, yang kemudian menjadi Raja Richard II dari England.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]