Ekonomi India

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sepanjang kebanyakan sejarah selepas merdeka, India berpegang teguh pada pendekatan separa sosialis dengan kawalan ketat terhadap penyertaan sektor swasta, perdagangan asing, dan pelaburan langsung asing. Namun, sejak tahun 1991, India membuka pasarannya secara beransur-ansur melalui pembaharuan ekonomi dan mengurangan kawalan kerajaan terhadap perdagangan dan pelaburan asing. Rizab pertukaran asing telah naik dari AS$5.8 bilion pada Mac 1991 kepada AS$247 bilion pada September 2007,[1] manakala kurangan belanjawan persekutuan dan negeri telah menurun.[2] Penswastaan syarikat-syarikat milikan awam serta pembukaan sektor-sektor tertentu kepada penyertaan swasta dan asing masih berterusan meskipun menghadapi perdebatan politik.[3] Dengan kadar peningkatan KDNK sebanyak 9.4% sepanjang tahun 2006-07, ekonomi India menjadi antara yang paling berkembang pesat di dunia.[4] KDNK India dari segi kadar pertukaran dolar AS ialah AS$1.103 trilion, menjadikannya ekonomi ke-12 terbesar di dunia.[5] Jika diukur dari segi pariti kuasa beli (PPP), India mempunyai KDNK keempat terbesar di dunia pada AS$4.156 trilion.[6] Pendapatan per kapita (nominal) India adalah pada $820, iaitu di tangga ke-128 di dunia, manakala pendapatan per kapita (PPP) pada US$3,700 pula adalah di tangga ke-118.

Ekonomi India telah berkembang secara berterusan selama dua dekad yang lalu; namun, pertumbuhan itu nyata tidak sekata apabila kita membandingkan kelompok-kelompok sosial, ekonomi dan rantau geografi yang berbeza, serta kawasan bandar dan luar bandar.[7] Meskipun ketidaksamaan pendapatan di India tidaklah besar sangat (Pekali Gini: 32.5 pada tahun 1999-2000)[8] namun dewasa ini jurangnya makin luas. Sungguhpun ekonomi banyak berkembang maju, namun sesuku penduduk negara memperoleh pendapatan yang kurang daripada ambang kemiskinan yang ditetapkan kerajaan pada $0.40 sehari. Tambahan pula, India mengalami kadar pemakanan tak seimbang yang tertinggi di kalangan kanak-kanak bawah umur tiga tahun (46% pada tahun 2007) di dunia.[7][9]

India dilengkapi tenaga kerja sebanyak 509.3 juta, 60% daripadanya bekerja dalam bidang pertanian dan industri-industri berkaitan; 28% dalam bidang perkhidmatan dan industri-industri berkaitan; dan 12% dalam perindustrian.[6] Tanaman-tanaman pertanian utama termasuklah beras, gandum, biji minyak, kapas, rami, tah, tebu, dan ubi kentang. Sektor pertanian membentuk 28% KDNK; sektor perkhidmatan dan perindustrian pula masing-masing membentuk 54% dan 18% KDNK. Perindustrian utama termasuk pembuatan kereta, simen, kimia, perkakas elektronik pengguna, pemprosesan makanan, jentera, perlombongan, petroleum, farmaseutikal, keluli, kelengkapan pengangkutan, dan tekstil.[6]

Pada tahun 2006, nilai eksport dianggarkan pada AS$112 bilion dan import pula sekitar AS$187.9 bilion. Tekstil, barang kemas, hasil kejuruteraan dan perisian merupakan komoditi-komoditi eksport yang utama. Minyak mentah, jentera, baja, dan kimia pula merupakan import utama. Rakan dagang India yang paling tuama ialah Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, China, dan Emiriah Arab Bersatu.[6]Kebelakangan ini, India telah mengambil kesempatan terhadap sekumpulan besar orang-orang berpendidikan tinggi dan fasih berbahasa Inggeris, serta pakar-pakar terlatih untuk dijadikan destinasi penyumberan penting untuk korporasi multinasional dan juga destinasi popular untuk pelancongan perubatan.[10] India juga telah menjadi pengeksport utama perisian dan juga perkhidmatan kewangan, penyelidikan, dan teknologi. Sumber alam semulajadinya termasuk tanah tanaman, bauksit, kromit, arang, intan, bijih besi, batu kapur, mangan, mika, gas asli, petroleum, dan bijih titanium.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Weekly Statistical Supplement". Bank Rizab India. 1 Jun, 2007. http://rbi.org.in/scripts/WSSView.aspx?Id=11220. Capaian 2007-06-11. 
  2. ""Revenue surge boosts fiscal health"". Business Standard. http://www.business-standard.com/common/storypage.php?autono=269424&leftnm=2&subLeft=0&chkFlg=. Capaian 2006-12-28. 
  3. . "Privatization in India: Issues and Evidence" (PDF). Indian Institute of Management, Ahmedabad. Dicapai pada 2007-08-03.
  4. ""Quarterly estimates of gross domestic product, 2006-07"". Kerajaan India. http://mospi.nic.in/pressnote_31may07.htm. Capaian 2007-05-31. 
  5. ""India twelfth wealthiest nation in 2005: World Bank"". The Economic Times. http://economictimes.indiatimes.com/Mr_Rupee_pulls_India_into_1_trillion_GDP_gang/articleshow/1957520.cms. Capaian 2006-07-08. 
  6. 6.0 6.1 6.2 6.3 "CIA Factbook: India". CIA Factbook. https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/in.html. Capaian 2007-03-10. 
  7. 7.0 7.1 ""Inclusive Growth and Service delivery: Building on India’s Success"". World Bank. 2006. http://siteresources.worldbank.org/SOUTHASIAEXT/Resources/DPR_FullReport.pdf. Capaian 2007-04-28. 
  8. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Gini tidak disediakan
  9. Page, Jeremy (22 Februari 2007). ""Indian children suffer more malnutrition than in Ethiopia"". The Times. http://www.timesonline.co.uk/tol/news/world/asia/article1421393.ece. Capaian 2007-04-28. 
  10. Mudur, Ganapati (Jun 2004). "Hospitals in India woo foreign patients". British Medical Journal 328: 1338. http://www.bmj.com/cgi/content/full/328/7452/1338. Capaian 2007-09-05. 
  11. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan LOC_PROFILE tidak disediakan