Bauksit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bauksit dibandingkan dengan sekeping duit syiling dolar.
Bauksit dengan kerak batuan yang tidak terhakis.

Bauksit ialah salah satu bijih terpenting bagi galian aluminium. Ia mengandungi sebatian oksida aluminium dan hidroksida boehmit γ-AlO(OH) dan gibsit Al(OH)3 bersama dengan silika selain oksida besi dan mineral lempung. Bauksit merupakan sisa-sisa mendapan lempung yang lazim terdapat di kawasan tropika dan subtropika. Namanya bersempena dengan sebuah kampung di selatan Perancis yang dikenali sebagai Les Baux, tempat bijih ini mula-mula ditemui pada tahun 1821 oleh seorang ahli geologi bernama Pierre Berthier.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.