Elia Suhana Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Elia Suhana Ahmad
Kelahiran
Elia Suhana binti Ahmad

(1979-07-02) 2 Julai 1979 (umur 44)
WarganegaraMalaysia
KerakyatanMelayu
PasanganSultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra (k. 2007; c. 2010)
Ibu bapaAhmad bin Abdul Hamid (Bapa)

Cik Puan Elia Suhana binti Ahmad merupakan bekas isteri kedua Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra. Mereka berkahwin pada 23 Disember 2007. Kononnya Cik Puan telah diceraikan pada 12 Februari 2010 di hadapan beberapa saksi di Singapura dan tidak layak melawat baginda.[1]

Proses mahkamah[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Februari 2010, Mahkamah Tinggi Syariah memberi hak melawat kepada Cik Puan Elia untuk melawat Tuanku Ismail Petra di Hospital Mount Elizabeth, Singapura setiap Sabtu sehingga pagi Isnin setiap minggu.[2] Sultan Ismail Petra menerima rawatan jantung di Singapura sejak Mei 2009.

3 Mac 2010, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid mengemukakan di Mahkamah Tinggi Syariah. Pedua Zainul Rijal Abu Bakar dan Abdul Halim Bahari mewakili Tengku Anis.


Pada 23 Mei 2010, Meskipun Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah kali kedua membenarkan Cik Puan Elia memasuki Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan.Panel tiga hakim iaitu Ketua Hakim Syarie Datuk Daud Mohamad, Hakim Tan Sri Nik Hashim Nik Abdul Rahman dan Hakim Wan Hassan Wan Muhamad membuat keputusan membenarkan lawatan itu setelah mengadakan semakan terhadap afidavit dan autoriti dari pihak Elia Suhana dan pihak Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.[3]

Kemelut Istana Kelantan[sunting | sunting sumber]

Sejak Sultan Ismail gering, berlaku kemelut istana Kelantan. Rakyat merasakan beberapa pihak mahu menguasai Istana Kelantan. Semasa ketiadaannya, anakanda sulung baginda, Tengku Muhammad Faris Petra, dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri sebagai Pemangku Raja mengikut dua pertiga daripada 17 anggota MPN pada 29 Mei tahun lalu.[4] Satu pihak lagi ialah adindanya, Tengku Muhammad Fakhry Petra serta bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. Datuk Wan Hashim Wan Daud, yang didakwa dilantik sebagai Setiausaha Sulit Kepada Sultan, mengumumkan tiada acara sambutan hari keputeraan sultan pada 30 Mac 2010. Pelantikan Wan Hashim Wan Daud sebagai Setiausaha Sulit Sultan, dipertikai oleh Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad.

Pada 25 Mac 2010, Wan Hashim mengumumkan titah Sultan bahawa Tengku Muhammad Faris Petra dilucutkan jawatannya serta merta sebagai Pemangku Raja dan digantikan oleh Tengku Abdul Aziz Hamzah. Bagaimanapun, pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad menyatakan bahawa Tengku Muhammad Faris kekal sebagai Pemangku Raja Kelantan, kerana mengikut Perlembagaan negeri sebarang pelantikan dan pemecatan ianya memerlukan dua pertiga persetujuan daripada ahli Majlis Perajaan Negeri dan bukannya daripada seseorang.

Elia tiba di pekarangan istana dengan menaiki Proton Perdana jam 12:55 tengah hari tetapi dihalang masuk. Elia dihalang oleh pegawai pengiring Sultan dengan alasan "telah melafazkan talak tiga. Elia diiringi oleh kakaknya dan dua peguam, Fakhrul Azman Abu Hassan dan Roshdan Sujak Raffie.

Rujukan[sunting | sunting sumber]