Empangan Kenyir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Empangan Kenyir atau Stesen Kuasa Sultan Mahmud adalah sebuah empangan hidroelektrik utama di Terengganu. Ia terletak merentasi Sungai Terengganu lebih kurang 50 km ke barat laut Kuala Terengganu. Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali Tasik Kenyir.

Stesen kuasa[sunting | sunting sumber]

Stesen janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan keupayaan 100 MW sebuah, berjumlah 400 MW. Stesen ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad. Keupayaan terjamain adalah 165 MW dan janaan tenaga tahunan adalah 1,600 GWh.

Empangan Kenyir[sunting | sunting sumber]

Pembinaan dimulakan pada tahun 1978 dan disiapkan pada tahun 1986. Empangan ini memulakan operasi pada tahun 1987 dan dirasmikan pada 1988 oleh sultan Terengganu, almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Spesifikasi Empangan Kenyir[sunting | sunting sumber]

Bahagian kekal empangan adalah seperti berikut:

  • Empangan utama
    • Tinggi 150m dari tapak ke puncak. Panjang 800 m dari hujung ke hujung. Isipadu 15.20 juta meter padu.
    • Aras puncak ialah 155 m atas aras laut. Aras air maksima ialah 153 m. Aras operasi adalah 145 m maksima dan 120 m minima.
    • Takungan : luas permukaan pada 145m ialah 370 km persegi, dan kawasan tadahan ialah 2,600 km persegi. Isipadu takungan ialah 13,600 juta meter padu.
  • Tandop – 4 petak.
  • Alur limpah – luahan 7,000 meter padu sesaat.
  • Terowong jana – 4 terowong dengan x.x m bukaan rentang, dan panjang xxx m setiap satu.
  • Rumah janakuasa
    • Di atas tanah, 4 tingkat berukuran.
    • 4 set janakuasa merangkumi 4 turbin jenis Francis dengan bersaiz 100 MW sebuah, 4 janakuasa bersaiz 120 MVA sebuah dan 4 pembolehubah bersaiz 120 MVA sebuah.

Fakta menarik[sunting | sunting sumber]

  • Empangan Kenyir adalah empangan terbesar di Semenanjung Malaysia kini.
  • Tasik Kenyir adalah tasik paling luas dengan isipadu terbesar di Semenanjung Malaysia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]