Empangan Semenyih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 3°04′37″N 101°53′05″E / 3.077057°N 101.884732°E / 3.077057; 101.884732

Empangan Semenyih adalah sebuah empangan air di Semenyih, Selangor. Ia dibina berikutan kerajaan Malaysia menjangkakan keperluan penduduk Lembah Kelang semakin bertambah. Selama ini penduduk Lembah Kelang mendapat bekalan air dari Empangan Batu dan Empangan Pangsun, Hulu Langat.

Hulu Semenyih telah dipilih sebagai lokasi empangan yang baru kerana lokasinya yang dekat dengan Kuala Lumpur. Empangan Semenyih berdekatan dengan sempadan Negeri Selangor dan Negeri Sembilan.

Penduduk di kawasan di kawasan empangan tidak ramai, cuma penduduk orang Asli Temuan sekitar 120 orang. Sebahagian jalan raya yang ditenggelamkan oleh air masih ada sehingga sekarang ini.

Saiz keluasan empangan ini ialah 1,500 ekar. Empangan ini menampung bekalan air 120 juta gelen sehari dan merupakan empangan air yang terbesar di Malaysia. Ia menelan kos sebanyak RM 400 juta dan disiapkan pada tahun 1986.

Pada tahun 1993, sebahagian jalan raya di tepi Empangan Semenyih telah runtuh dan kerja-kerja pembaikan telah dilakukan.

Tahun 1997-1998 air di Empangan Semenyih menyusut dengan banyak hingga menyebabkan krisis air di mana bekalan air terpaksa dicatu di Lembah Kelang.

Pelbagai jenis ikan terdapat di empangan ini. Jabatan Pertanian dan perikanan ada melepaskan beberapa spesis ikan yang sesuai dipelihara di kawasan empangan. Ikan-ikan ini merupakan petunjuk kepada kuali air. Contohnya, sekiranya ikan mati, kemungkinan terdapat pencemaran kepada bekalan air, dan langkah-langkah keselamatan bagi menguji bekalan air perlu diambil. Projek menternak ikan juga dijalan.

Ada peringkat awal, ramai penduduk Semenyih mengambil kesempatan memancing di kawasan empangan kerana jalan raya terletak bersembelahannya. Tetapi sejak tahun 2000, papan tanda larangan memancing telah dipasang.

Di sepanjang jalan raya di empangan ini menjadi lokasi remaja berlumba haram. Beberapa kes khalwat juga dilaporkan. Ada juga kes pembunuhan dan kematian di kawasan empangan. Lantaran itu Jabatan Bekalan Air dan sekarang pihak swasta telah mengetatkan kawalan di kawasan empangan[perlu rujukan].

Kawasan empangan ini sangat cantik terutama pada waktu pagi, melihat matahari naik di sebalik pepohon tanpa daun. Airnya tenang membiru. Sejauh mata memandang. Di seberang empangan indah dilihat tapi tak boleh pergi menyeberang ke sana. Oleh itu beberapa syarikat filem dan drama telah menjadikan empangan ini sebagai lokasi penggambaran.