Enggang Sulawesi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Enggang Sulawesi
Pasangan (betina di kiri) dalam kanopi hutan Rizab Semulajadi Tangkoko, Sulawesi
CITES Appendix II (CITES)[2]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Bucerotiformes
Keluarga: Bucerotidae
Genus: Rhyticeros
Spesies:
R. cassidix
Nama binomial
Rhyticeros cassidix
(Temminck, 1823)
Sinonim
  • Aceros cassidix Temminck, 1823

Enggang Sulawesi (Rhyticeros cassidix) ialah spesies enggang dalam keluarga Bucerotidae. Ia berwarna-warni dan ditemui di Indonesia. Ia kadangkala diletakkan dalam genus Aceros. Ia ialah lambang fauna provinsi Sulawesi Selatan.

Pemerihalan[sunting | sunting sumber]

Saiznya besar dan buluannya hitam dengan paruh kuning, bulu ekor putih, kulit biru pucat di sekeliling mata, kaki kehitaman, dan tekak biru tua yang terdedah. Jantannya mempunyai muka dan leher karat/kuning pucat, mata jingga-merah, dan cula merah tinggi di bahagian atas paruhnya. Betina mempunyai muka dan leher hitam, cula kuning, dan mata perang.[3]

Taburan dan habitat[sunting | sunting sumber]

Endemik di Indonesia, ia terdapat di Sulawesi, Buton, Lembeh, Togian, dan Pulau Muna. Ia mendiami hutan malar hijau pada ketinggian sehingga 1,800 m dan juga menggunakan hutan sekunder, hutan kayu, dan ladang untuk meramu.[1]

Jantan

Ekologi[sunting | sunting sumber]

Seperti enggang lain, ia dipercayai bersifat monogami. Pemakanannya terdiri terutamanya daripada buah-buahan, tetapi ia juga akan memakan serangga dan vertebrata kecil. Musim pembiakan menjangkau 27–30 minggu dan nampaknya dicetuskan oleh pengurangan mendadak dalam hujan. Betina mengurung dirinya di dalam lubang pokok untuk bertelur menggunakan najisnya sendiri. Pada masa tersebut, jantan akan menyediakan makanan untuk betina dan anak muda melalui celah pada penutup lubang kurungannya.[1][3]

Ia ialah penyebar benih penting dalam habitatnya dan mempengaruhi nasib awal benih beberapa spesies pokok hutan tropika.[4]

Status Pemuliharaan[sunting | sunting sumber]

Ia dinilaikan sebagai Terjejas oleh IUCN. Walaupun ia sangat biasa ditemui secara tempatan, ia diancam oleh kemusnahan habitat akibat pembalakan (kerana ia bergantung pada pokok besar dan matang untuk pembiakan) dan sedikit sebanyak oleh pemburuan.[1]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d BirdLife International (2017). "Rhyticeros cassidix". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017: e.T22682525A117182222. doi:10.2305/IUCN.UK.2017-3.RLTS.T22682525A117182222.en. Dicapai pada 19 November 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "iucn status 19 November 2021" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ "Appendices | CITES". cites.org. Dicapai pada 2022-01-14.
  3. ^ a b Josep del Hoyo; Andrew Elliott; David Christie, penyunting (2010). Handbook of the Birds of the World. Barcelona: Lynx Edicions.
  4. ^ Kinnaird, M. F. (1998). "Evidence for effective seed dispersal by the Sulawesi red-knobbed hornbill, Aceros cassidix". Biotropica. 30 (1): 50–55. doi:10.1111/j.1744-7429.1998.tb00368.x.