Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
IUCN
Jenis Pertubuhan antarabangsa
Industri Pemuliharaan
Ditubuhkan Oktober 1948, Fontainebleau, Perancis
Ibu pejabat Rue Mauverney 28, 1196 Gland, Switzerland
Perancang utama Valli Moosa
Julia Marton-Lefèvre
Hasil SFr 99,348 (2005)
Pekerja kk. 1,100 (seluruh dunia)
Laman web www.iucn.org

International Union for Conservation of Nature (IUCN, Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar) ialah pertubuhan antarabangsa yang mengkhususkan pemuliharaan sumber semula jadi. Diasaskan pada 1948, dengan ibu pejabatnya di kawasan Tasik Geneva di Gland, Switzerland, IUCN mempertemukan 83 negara, 108 agensi pemerintahan, 766 pertubuhan bukan kerajaan, dan 81 pertubuhan antarabangsa serta juga sekitar 10,000 pakar dan ahli sains daripada negara-negara di seluruh dunia.[1]

Misi IUCN adalah untuk mempengaruhi, menggalakkan, dan membantu persatuan-persatuan di seluruh dunia memuliharakan keutuhan dan kepelbagaian alam sekitar serta memastikan bahawa sebarang penggunaan sumber alam semula jadi adalah adil dan dapat dikekalkan daripada segi ekologi.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Logo sebelum "World Conservation Union" digugurkan sebagai nama rasmi.

Sir Julian Huxley, Ketua Pengarah pertama UNESCO, mengingini memberi UNESCO suatu asas yang lebih saintifik, lalu menganjurkan sebuah kongres untuk mengasaskan sebuah institusi alam sekitar yang baharu demi membantu mencapai tujuan tersebut.[2] Dalam kongres pertama yang diadakan di Fontainebleau, Perancis pada 5 Oktober 1948, 18 buah pemerintahan, 7 pertubuhan antarabangsa, dan 107 pertubuhan pemuliharaan alam semula jadi negara kesemuanya bersetuju untuk membentuk institusi tersebut dan menandatangani "akta perlembagaan" bagi tujuan mencipta sebuah Kesatuan Antarabangsa untuk Melindungi Alama Semula Jadi.[2]

Sejak permulaan itu, strategi dan dasar utama institusi adalah untuk memeriksa dan mempromosikan usaha pemuliharaan yang saling memanfaatkan dan yang bersesuaian dengan usaha untuk menggalakkan pembangunan serta membantu penduduk dan negara memelihara flora dan fauna dengan lebih berkesan.[2] Sebagai prinsip kendalian utama, institusi itu (dalam segala bentuknya) sentiasa menegaskan keperluan untuk memenuhi keperluan negara, komuniti, dan penduduk tempatan supaya mereka boleh mengambil pemilikan matlamat dan tujuan pemuliharaan jangka panjang masa depan di kawasan masing-masing: [2]

Kawasan terlindung dan spesies terancum boleh dilindungi dengan paling berkesan jika orang tempatan menganggap perbuatan sedemikian sebagai sesuatu yang memanfaatkan sendiri. Bekerjasama dengan orang tempatan, berbanding dengan menentang mereka, merupakan prinsip kerja utama IUCN.
 
— m.s. 61

Strategi Pemuliharaan Sedunia IUCN (1980) diasaskan pada jenis prinsip tersebut, dengan cita-cita IUCN untuk mengadakan dialog yang lebih berkesan dengan para penggalak pembangunan manusia diumumkan dengan jelas. Strategi itu telah dipuji di seluruh pelosok dunia dan lantaran itu, mendatangkan biaya daripada banyak penderma yang tidak berasa diri atau Pertubuhan Bangsa Bersatu dan bank antarabangsa dapat berbuat sedemikian dengan negara-negara membangun secara berkesan.[2]

IUCN kini telah berkembang ke banyak negara di seluruh dunia. Ia menyediakan perkhidmatan sekumpulan pakar yang terdiri sebahagian besarnya daripada para sukarelawan yang memberi nasihat dan perkhidmatan pemuliharaan peringkat tempatan. Rangkaian Jawatankuasa dan badan penasihat kawasan kini juga diperluas ke semakin banyak negara.[2]

Kronologi[sunting | sunting sumber]

Sesetengah tarikh utama dalam pertumbuhan dan perkembangan pertubuhan IUCN termasuk: [2]

  • 1956: Nama pertubuhan ditukarkan daripada International Union for the Preservation of Nature (IUPN) kepada International Union for the Conservation of Nature and Natural Resources (IUCN)
  • 1959: UNESCO memutuskan untuk mencipta sebuah senarai antarabangsa Taman Alam Semula Jadi dan hutan simpan yang serupa. Justera, Ketua Setiausaha Pertubuhan Bangsa Bersatu meminta IUCN untuk menyediakan senarai tersebut.
  • 1961: Selepas menghadapi masalah pembiayaan selama melebihi sedekad, tokoh sains dan perniagaan yang terutama (termasuk Sir Julian Huxley) memutuskan untuk menubuhkan sebuah tabung pelengkap (Tabung Alam Sedunia) untuk menumpukan penubuhan tabung, hubungan awam, dan peningkatan sokongan awam terhadap pemuliharaan alam sekitar.
  • 1969: IUCN mendapat bantuan daripada Yayasan Ford yang membolehkanya mengukuhkan sekretariat antarabangsa dengan ketara.
  • 1972: UNESCO menerima Persidangan Mengenai Perlindungan Warisan Budaya dan Semula Jadi Sedunia dan IUCN diundang untuk memberi penilaian dan pengawasan teknikal.
  • 1974: IUCN terlibat dalam mendapatkan persetujaan daripada anggota-anggotanya untuk menandatangani Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES, Persidangan Mengenai Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Fauna dan Flora Liar). Sekretariat CITES pada mula-mulanya ditempatkan di dalam bangunan IUCN.
  • 1975: Keputusan Persidangan mengenai Tanah Lembap yang Berkepentingan Antarabangsa (Persidangan Ramsar) dikuatkuasakan dan sekretariatnya ditadbirkan dari ibu pejabat IUCN.
  • 1980: IUCN (bersama-sama dengan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa Bersatu dan Tabung Alam Sedunia) bermuafakat dengan UNESCO untuk menerbitkan Strategi Pemuliharaan Sedunia.
  • 1982: Menyusuli persediaan dan usaha IUCN, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu menerima Piagam Dunia untuk Alam Sekitar
  • 1990: Pertubuhan bermula menggunakan nama World Conservation Union sebagai nama rasmi, di samping terus menggunakan "IUCN" sebagai singkatan.
  • 1993: IUCN (bersama-sama dengan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa Bersatu dan Tabung Alam Sedunia) menerbitkan Caring for the Earth (Menyayangi Bumi).
  • 2008: Pertubuhan menghentikan penggunaan nama World Conservation Union sebagai nama rasmi dan mengembalikan namanya kepada International Union for Conservation of Nature.

Struktur organisasi[sunting | sunting sumber]

IUCN mempunyai tiga bahagian: [1]

  1. Pertubuhan anggota;
  2. 6 suruhanjaya saintifik;
  3. Sekretariat.

Anggota[sunting | sunting sumber]

IUCN menyatukan kedua-dua negara dan pertubuhan bukan kerajaan. Ia menentukan dasar Kesatuan dan program kerja sejagat, serta memilih Majlisnya (setanding dengan lembaga pengarah syarikat) dalam Kongres Pemuliharaan Dunia IUCN. Pertubuhan-pertubuhan anggota membahagikan diri kepada jawatankuasa-jawatankuasa nasional dan kawasan.[1]

Suruhanjaya[sunting | sunting sumber]

Terdapat enam suruhanjaya yang menilai keadaan sumber semula jadi sedunia dan membekali Kesatuan dengan pengetahuan yang kukuh dan nasihat dasar yang berkenaan dengan isu-isu pemuliharaan: [1]

Suruhanjaya tentang Pengurusan Ekosistem[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya tentang Pengurusan Ekosistem (CEM) IUCN: CEM membekalkan bimbingan kepakaran tentang pendekatan ekosistem bersepadu untuk mengurus ekosistem semula jadi serta ekosistem terubah suai. Pada bulan Mei 2008, ia mempunyai 400 anggota di bawah Pengerusi Hillary Masundire.[3][4]

Suruhanjaya tentang Pendidikan dan Komunikasi[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya tentang Pendidikan dan Komunikasi (CEC) IUCN: CEC memperjuangkan penggunaan strategi komunikasi dan pendidikan untuk mendidik pihak berkepentingan tentang penggunaan boleh kekal sumber semula jadi. Pada bulan Mei 2008, suruhanjaya ini mempunyai 500 anggota di bawah Pengerusi Keith Wheeler dan Naib Pengerusi Juanita Castaño.

Suruhanjaya tentang Dasar Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya tentang Dasar Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial (CEESP) IUCN: CEESP membekalkan kepakaran dan nasihat dasar tentang faktor-faktor ekonomi dan sosial untuk memuliharakan dan menggunakan kepelbagaian biologi secara boleh kekal. Pada bulan Mei 2008, CEESP mempunyai 500 anggota di bawah Pengerusi Taghi Farvar.

Suruhanjaya tentang Undang-undang Alam Sekitar[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya tentang Undang-undang Alam Sekitar (CEL) IUCN: CEL meningkat maju undang-undang alam sekitar menerusi pengembangan konsep undang-undang dan alat surat cara yang baharu dan membina keupayaan masyarakat untuk menggunakan undang-undang itu untuk pemuliharaan dan pembangunan boleh kekal. Pada bulan Mei 2008, suruhanjaya ini mempunyai 800 anggota di bawah Pengerusi Sheila Abed.

Suruhanjaya Kemandirian Spesies[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya Kemandirian Spesies (SSC) IUCN: SSC menasihati Kesatuan tentang aspek-aspek teknikal pemuliharaan spesies dan menjalankan kegiatan-kegiatan untuk menangani spesies-spesies yang menghadapi ancaman kepupusan. Ia adalah suruhanjaya yang bertanggungjawab untuk menghasilkan Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. Pada bulan Mei 2008, keanggotaan SSC berjumlah melebihi 7,000 pakar spesies dan biokepelbagaian di seluruh dunia di bawah Pengerusi Holly Dublin.

Ibu pejabat IUCN di Gland.

Suruhanjaya Dunia tentang Kawasan Terlindung[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya Dunia tentang Kawasan Terlindung (WCPA) IUCN

Sekretariat[sunting | sunting sumber]

Anggota dan suruhanjaya bekerja bersama-sama dengan sekretariat profesional yang terdiri daripada melebihi 1,100 orang di 62 buah negara yang berbeza. Julia Marton-Lefèvre — pakar global dan pemimpin dalam pembangunan dan pemuliharaan — memegang jawatan Ketua Pengarah sejak 2 Januari 2007. Beliau menggantikan Achim Steiner yang telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNEP) pada Jun 2006.

Keluaran dan sumbangan utama[sunting | sunting sumber]

Antara keluaran dan perkhidmatan IUCN yang utama ialah:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]