Eros Djarot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Eros Djarot
Eros pada 2006
Kelahiran (1950-07-22) 22 Julai 1950 (umur 73)
Rangkasbitung, Banten, Indonesia
WarganegaraIndonesia
Pusat pendidikanUniversiti Sains Gunaan Cologne
PekerjaanPenulis lagu, pengarah, ahli politik
Tahun aktif1976–kini
Karya terkenal
Badai Pasti Berlalu (1977)
Tjoet Nja' Dhien (1988)
SaudaraSlamet Rahardjo (abang)

Eros Djarot (lahir 22 Julai 1950) merupakan seorang penulis lagu, pengarah dan ahli politik Indonesia dan adik kepada pelakon dan pengarah veteran Indonesia, Slamet Rahardjo. Beliau memulakan kerjaya muziknya menerusi runut bunyi filem Kawin Lari pada tahun 1976, dan terkenal menerusi kejayaan filem Badai Pasti Berlalu dan album runut bunyinya. Pada tahun 1988, beliau mengarahkan filem Tjoet Nja' Dhien yang menerima sembilan Anugerah Citra dan merupakan penyerahan Indonesia di Anugerah Akademi ke-62 bagi Filem Bahasa Asing Terbaik. Pada akhir 1990-an, Eros menceburi bidang politik, kemudian menubuhkan Partai Kebangsaan Bung Karno pada tahun 2002.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Eros dilahirkan di Rangkasbitung, Banten pada 22 Julai 1950.[1] Beliau menghadiri sekolah rendah dan menengah atas di Yogyakarta, di mana beliau aktif bersama pertubuhan pelajar Gerakan Siswa Nasional Indonesia. Beliau kemudiannya menghadiri sekolah menengah atas di Belitung, Sumatera Selatan. Pada 1969, beliau terbang ke Cologne, Jerman Barat dimana beliau mempelajari Kejuruteraan Industri di Universiti Sains Gunaan Cologne.[2]

Pada 1975, Eros kembali ke Indonesia dan menubuhkan kumpulan muzik Barong. Pada tahun berikutnya, Kedutaan Amerika Syarikat menawarkan Eros peluang untuk belajar di London International Film School.[2]

Beliau kemudiannya menjadi komposer runut bunyi, bekerja untuk filem seperti Kawin Lari (1976), Badai Pasti Berlalu (1977), Usia 18 (1981), Ponirah Terpidana (1984), dan Secangkir Kopi Pahit (1986). Di antara ini, hasil kerjanya yang paling popular ialah Badai Pasti Berlalu, yang dikeluarkan hingga menjadi satu kejayaan,[1] melayakkan beliau menerima anugerah Festival Filem Indonesia bagi Skor Asal Terbaik; album runut bunyi dengan judul sama, dibuat dibawah arahan Eros,[3] telah dipilih oleh Rolling Stone Indonesia sebagai album Indonesia terbaik sepanjang masa.[4]

Bersama Chrisye dan Jockie Soerjoprajogo, Eros menerbitkan trilogi album, Resesi (1983),[5] Metropolitan (1984), dan Nona (1984).[6] Di antara ini, Resesi paling laris, terjual sebanyak 350,000 unit dan menerima pensijilan perak.[7]

Pada 1988, Eros menduduki kerusi pengarah dengan mengarahkan filem pertamanya Tjoet Nja' Dhien, yang menerima 9 Anugerah Citra, termasuk Pengarah Terbaik, dan merupakan penyerahan Indonesia di Anugerah Akademi ke-62 bagi Filem Bahasa Asing Terbaik.[2][8]

Djarot menceburi bidang politik dengan menyertai Partai Demokrasi Indonesia. Bagaimanapun, ketidakpersetujuan daripada pemimpin parti ketika itu Soerjadi, Djarot menyertai Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P).[1] Berikutan ketidakpersetujuan dengan pemimpin parti Megawati Sukarnoputri, Eros meninggalkan PDI-P dan pada 2002 menubuhkan partinya sendiri, Partai Nasional Bung Karno berdasarkan dari Sukarnoisme.[2] Parti itu kemudiannya dinamakan sebagai Partai Nasional Kebebasan.[1]

Pada 2008, filem Eros, Lastri, sebuah kisah cinta antara ahli Komunis Gerwani, telah dihalang daripada penggambaran di Surakarta, Jawa Tengah kerana polis Surakarta tidak memberi kebenaran; sebelum Eros telah mendapat kebenaran dari ibu pejabat Polis Negara Indonesia di Jakarta. Laporan menyebut kebimbangan bahawa Lastri akan "menyebarkan komunisme". The Jakarta Post memanggil pengharaman "melanggar jaminan perlembagaan dalam kebebasan bersuara".[9]

Karya[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
1976 Kawin Lari Komposer runut bunyi
1977 Badai Pasti Berlalu
1981 Usia 18
1984 Ponirah Terpidana
1986 Secangkir Kopi Pahit
1988 Tjoet Nja' Dhien Pengarah

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
1977 Badai Pasti Berlalu
1981 Resesi
1984 Metropolitan
Nona

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki
  1. ^ a b c d Tifa Asrianti (25 January 2009). "Eros Djarot: Makes a comeback with new album" [Eros Djarot: Muncul dengan album baru]. The Jakarta Post. Dicapai pada 14 July 2011. (Indonesia)
  2. ^ a b c d "Eros Djarot". Jakarta City Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-30. Dicapai pada 14 July 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Badai Pasti Berlalu Diarkibkan 2011-08-16 di Wayback Machine. FilmIndonesia.org. (Indonesia)
  4. ^ "150 Album Indonesia Terbaik Sepanjang Masa". Rolling Stone Indonesia. December 2007. (Indonesia).
  5. ^ Endah 2007, halaman 228
  6. ^ Endah 2007, halaman 229
  7. ^ Endah 2007, halaman 330
  8. ^ "Upaya Indonesia Mencari Peluang". Suara Pembaruan. 2007-11-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-12. Dicapai pada 2008-09-23. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan) (Indonesia)
  9. ^ "Editorial: Censored by the mob" [Editorial: Ditapis oleh orang ramai]. The Jakarta Post. 20 November 2008. Dicapai pada 14 July 2011. (Inggeris)
Bibliografi

Pautan luar[sunting | sunting sumber]