Es Con Field Hokkaido

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Es Con Field Hokkaido
エスコンフィールド北海道
AlamatHokkaido Ballpark F Village, Kyoei
LokasiKitahiroshima, Hokkaido, Jepun
Koordinat42°59′23″N 141°32′58″E / 42.98972°N 141.54944°E / 42.98972; 141.54944Koordinat: 42°59′23″N 141°32′58″E / 42.98972°N 141.54944°E / 42.98972; 141.54944
Transit awam JR Hokkaido:
Chitose Line di Kita-Hiroshima
PemilikFighters Sports & Entertainment
PentadbirFighters Sports & Entertainment
Kapasiti35,000
Saiz PadangKiri Padang – 97 m (318 ka)
Pusat Padang – 121 m (397 ka)
Kanan Padang – 99 m (325 ka)
PermukaanKentucky bluegrass
Pembinaan
Pecah tanah13 April 2020 (2020-04-13)
Dibuka14 Mac 2023 (2023-03-14)
ArkitekObayashi Corporation, HKS Architects[1]
JurubinaObayashi Corporation, Iwata Chizaki Inc.[1]
Tuan rumah
Hokkaido Nippon-Ham Fighters (NPB) (2023–kini)

Es Con Field Hokkaido (Jepun: エスコンフィールド北海道, Hepburn: Esukon Fīrudo Hokkaidō) merupakan stadium besbol yang terletak di Kitahiroshima, Hokkaido, Japan. Stadium ini dimiliki dan dioperasi oleh Nippon Ham, yang dijadikan sebagai gelanggang tuan rumah bagi pasukan Hokkaido Nippon-Ham Fighters di Nippon Professional Baseball (NPB) sejak pembukaannya pada tahun 2023. Hasil reka bentuk oleh Obayashi Corporation dan HKS Architects,[1] stadium ini mempunyai kapasiti yang mampu memuatkan seramai 35,000 orang. Stadium ini menjadi stadium kedua di Jepun yang mempunyai fasiliti bumbung boleh laras dan permukaan padang tak simetri merupakan padang rumput asli ketiga di NPB. Kawasan di sekeliling stadium telah dibangunkan sebagai Hokkaido Ballpark F Village, iaitu tempat hiburan yang mempunyai fasiliti komersial dan restoran.

Perlawanan pertama di stadium ini berlangsung pada 30 Mac 2023 di antara pasukan Nippon-Ham Fighters dan Tohoku Rakuten Golden Eagles. Bekas pengurus Nippon Ham Fighters, Hideki Kuriyama, Masataka Nashida dan Trey Hillman telah melakukan first pitch untuk meraikan pembukaan stadium.[2]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c 巨大開閉式屋根の球場「エスコンフィールド HOKKAIDO」をつくる (dalam bahasa Jepun). Obayashi Corporation. 8 March 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 June 2022. Dicapai pada 30 March 2023.
  2. ^ 【日本ハム】侍栗山監督が新球場凱旋!ヒルマン氏、梨田氏と歴代監督総出の始球式に新庄監督も拍手 (dalam bahasa Jepun). Nikkan Sports. 30 March 2023. Dicapai pada 30 March 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]